Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika mengadakan lawatan kerja di pusat tersebut turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang diraih oleh KOPSAL dalam usaha mereka menjana kecemerlangan sektor koperasi khususnya sektor komuniti termasuk pembangunan industri asas tani. Katanya, pelbagai kaedah boleh dilakukan sekiranya inovasi dapat dikembangkan secara ilmiah kerana inovasi mampu melahirkan pelbagai peluang ekonomi yang mempunyai nilai tinggi di pasaran. Baja organik berasaskan najis lembu umpamanya merupakan sebahagian daripada projek ekonomi berskala tinggi yang boleh dikembangkan kerana permintaan terhadap produk tersebut bukan sahaja wujud di negara ini malah ia juga boleh dieksport. Selain aktiviti penternakan fidlot dan kraftangan, KOPSAL yang terletak di Jalan Sungai Lang, Kuala Langat Selangor turut menjalankan aktiviti pelancongan berasaskan ‘Coop Tour’ dan rangkaian homestay yang merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan ekonomi jangka panjang koperasi melibatkan penyertaan penduduk setempat. KOPSAL juga diharap mampu memainkan peranan lebih proaktif dalam melahirkan lebih ramai tenaga terlatih dan berkemahiran khususnya dalam industri ternakan fidlot selain mewujudkan lebih banyak peluang- peluang pekerjaan baharu bagi meningkatkan lagi pengeluaran sekaligus menjana perolehan lebih tinggi kepada koperasi.

» Bergambar di Teratak Kraf yang dibina menggunakan kayu palet terpakai.

» KOPSAL turut menyediakan kemudahan all-terrain vehicle (ATV) kepada pelancong yang ingin meninjau suasana perkampungan sekitar.

» Pusat pemprosesan makanan ternakan berasaskan pelepah kelapa sawit.

Ogos 2018 PELANCAR

39

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease