Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

» Dato’ Abdul Fattah melihat pek khas produk Yom’s Cookies yang dijual sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Manfaatkan Kelebihan Untuk Kuasai Pasaran Koperasi yang menyertai program ‘100 Product Champion’ perlu memanfaatkan kelebihan produk masing-masing di pasaran menerusi pelbagai kaedah dan pendekatan melibatkan aspek pemasaran dan promosi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, selain perancangan aktiviti-aktiviti baharu, koperasi juga perlu sentiasa memastikan laporan semasa berkaitan peningkatan atau pertambahan kadar jualan dibentang dan diberi penambahbaikan. Katanya, ia bagi memastikan pelan pemasaran tersebut dapat dinilai selain dikongsi secara bersama oleh koperasi-koperasi yang lain bagi membantu menggandakan jualan rangkaian produk ‘100 Product Champion’ di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Menerusi perbincangan dan taklimat pemasaran kepada koperasi yang terlibat dalam program ‘100 Product Champion’ di Langkawi baru-baru ini, pendekatan lebih spesifik terhadap faktor pengeluaran dan promosi amat ditekankan oleh peruncit.

Haji Salihin Haji Saijan Pengerusi Koperasi Keluarga Saijan Saudah Kuala Langat Selangor Berhad (Koss Berhad)

40 PELANCAR Ogos 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease