Pengeluaran produk secara konsisten dan mampu menepati masa serta berupaya memenuhi permintaan dengan kapasiti yang diminta menjadi tunjang kepada jaminan perdagangan jangka panjang manakala pendekatan promosi pula lebih tertumpu kepada aspek periklanan yang berfungsi untuk mengetengahkan produk kepada orang ramai dan menarik perhatian mereka untuk membeli.
Bermula Jun lalu, tiga Unit Penyimpanan Stok (SKU) ‘100 Product Champion’ telah berada di 30 cawangan pasaraya Giant manakala 19 SKU lagi dijangka akan menyusul pada Ogos ini. Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan kerja bagi meninjau perkembangan pengeluaran produk oleh Koperasi Keluarga Saijan Saudah Kuala Langat Selangor Berhad (Koss Berhad) di Banting, Selangor. Dato’ Abdul Fattah juga turut mencadangkan agar Koss Berhad membuat kajian terhadap harga pasaran produk Yom’s Cookies bagi memenuhi permintaan pelajar sekolah menerusi kaedah pembungkusan yang lebih sesuai dan kompetitif.
Yom’s Cookies merupakan produk biskut cip coklat keluaran Koss Berhad yang tergolong dalam kategori ‘100 Product Champion’ dan produk itu dijual dalam bentuk pek seberat 70 gram dengan tiga jenis perisa iaitu Original, Raisin dan Almond. Koperasi juga sedang merancang untuk mempelbagaikan produk Yom’s Cookies dengan memperkenalkan perisa-perisa baharu bagi memenuhi permintaan pelanggan. Antara perisa yang dicadangkan adalah seperti durian, kopi dan lain-lain.
» Meninjau operasi pengeluaran Yom’s Cookies.
Rangkaian produk ‘100 Product Champion’ juga boleh dibeli di Pusat Khidmat Usahawan (PKU), Tingkat Bawah Bangunan ANGKASA Negeri Sarawak, Lot 433, Seksyen 65, Ktld, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak. Tel. : 082-536092 / 511 528
Ogos 2018 PELANCAR
41
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease