Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

Justeru, inilah yang

perlu difikirkan oleh sesebuah koperasi, kerana seandainya tidak memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam lapangan perniagaan, sudah pasti kesannya akan memberi imej yang kurang baik kepada koperasi dan secara tidak langsung boleh menjejaskan perolehan perniagaan itu sendiri. Di Maktab Koperasi Malaysia atau singkatannya MKM, pelbagai kursus yang menarik seiring dengan peredaran zaman ditawarkan kepada anggota koperasi

» Para peserta selesai berkursus dan menerima sijil.

bagi menyediakan diri anggota yang terlibat dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya. Antara bidang ilmu yang diberi pengkhususan adalah seperti, pengurusan, pentadbiran, pemasaran, kewangan, teknologi maklumat dan pengajian bahasa. Setiap tenaga pengajar atau penceramah yang dijemput mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Sudah pasti pelbagai tip dan panduan dapat dikongsi sewaktu sesi pembelajaran bagi membekalkan ilmu yang bermanfaat kepada anggota koperasi. Di MKM juga, tiada istilah perbezaan tua atau muda dalam menimba ilmu kerana sudah pasti setiap orang mempunyai ilmu dan pengalamannya yang tersendiri. Melaluinya juga, peserta boleh bertukar- tukar pandangan dan berkongsi idea dalam memajukan koperasi masing-masing. Kesimpulannya, ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan dan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan zaman bagi membolehkan sesebuah koperasi itu terus berdaya maju dan berdaya saing. Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kursus-kursus di MKM bolehlah melayari laman sesawang MKM iaitu www.mkm. edu.my atau hubungi di talian 03-7964 9000. Sehingga 31 Disem-ber 2017 MKM telah melaksanakan sebanyak 877 program iaitu pencapaian sebanyak 109 peratus yang terdiri daripada 681 kursus jangka pendek, 53 khidmat konsultasi, 4 program wajib online Video Learning Management System (VLMS), 85 program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK), 38 program E-Usahawan, 13 program Mikro Kredit (Bank Rakyat), 2 Bicara Ilmu (anjuran bersama) dan 1 program Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) seperti di Jadual 1 dan Rajah 1.

Jadual 1 : Statistik Prestasi Akademik Januari Hingga 31 Disember 2017 PROGRAM

JUMLAH

Kursus Jangka Pendek

681

Khidmat Konsultasi

53

VLMS

4

Lestari Modal Insan Koperasi

85 38 13

E-usahawan Mikro Kredit

Bicara Ilmu (anjuran bersama)

2 1

MTCP

Jumlah

877

Ogos 2018 PELANCAR

43

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease