Tangani Isu Pusaka Anggota Polis Melalui MAAB
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Majlis MoU antara MyANGKASA Amanah Berhad dan KPDRM yang diwakili Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (lima dari kiri) dan Tan Sri Hussin Haji Ismail (empat dari kiri) di Ibu Pejabat KPDRM, Kuala Lumpur.
Sejumlah hampir 99,000 anggota Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) seluruh negara bakal menerima manfaat pengurusan wasiat dan pentadbiran pusaka menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB).
Ia bakal direalisasikan tidak lama lagi apabila kedua-dua pihak telah mengambil inisiatif mengadakan kerjasama melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) antara MAAB dan KPDRM yang berlangsung dalam satu majlis di Ibu Pejabat KPDRM, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. MAAB diwakili Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad
Ali Hasan manakala KPDRM diwakili oleh Pengerusinya, Tan Sri Hussin Haji Ismail. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Anggota Lembaga Pengarah MAAB, Haji Abdullah Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak, Haji Usuf Haji Samah @ Abu Samah; Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan dan Sektor Kewangan ANGKASA, Encik
44 PELANCAR Ogos 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease