Mohamad Darul Nizam Mat Darus, Ahli Lembaga KPDRM, Dato’ Zulkapli Ahmad dan Encik Abas Abd. Jalil. Menerusi kerjasama tersebut, MAAB menawarkan dua produk atau perkhidmatan kepada anggota KPDRM iaitu Wasiat Muslim & Konvensional dan Pentadbiran Pusaka manakala KPDRM pula akan memberi sokongan dan bantuan kepada MAAB dalam menjalankan promosi mengenai taklimat produk atau perkhidmatan tersebut kepada anggota KPDRM di premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara. Menariknya, inisiatif tersebut dibuat hasil pertemuan kunjungan hormat delegasi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ke Ibu Pejabat KDRM pada Januari lalu bagi meninjau perkembangan koperasi ahli. Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan mengenai aktiviti dan peluang kerjasama selain turut menyentuh berkaitan usaha yang boleh dilakukan secara bersama bagi mengukuhkan lagi sosioekonomi anggota melalui gerakan koperasi. “Menerusi kerjasama tersebut, MAAB menawarkan dua produk atau perkhidmatan kepada anggota KPDRM iaitu Wasiat Muslim & Konvensional dan Pentadbiran Pusaka manakala KPDRM pula akan memberi sokongan dan bantuan kepada MAAB dalam menjalankan promosi mengenai taklimat produk atau perkhidmatan tersebut kepada anggota KPDRM di premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara.”
Datuk Haji Mohamad Ali menyatakan, jalinan usahasama dengan KPDRM ini dilihat sebagai penyertaan Kerjasama Strategik Pengurusan Perwarisan khususnya ke arah menangani pengurusan isu-isu pusaka anggota koperasi. Beliau mencadangkan supaya kerjasama itu dapat mewujudkan “ green lane ” untuk pentadbiran pusaka bagi anggota polis yang meninggal dunia dengan membantu waris anggota dalam menguruskan pentadbiran pusaka dengan segera. Sementara itu, Tan Sri Hussin menjelaskan, anggota dapat menikmati harga khidmat wasiat yang murah berbanding harga pasaran, di samping turut mendapat pendedahan mengenai kesedaran berkaitan ilmu kepentingan membuat wasiat supaya kehidupan waris lebih terjamin.
» Tan Sri Hussin Haji Ismail Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Ogos 2018 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease