Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

KEPERLUAN KOPERASI MENGGUNAKAN KHIDMAT PERUNDING HARTANAH

Oleh : ROSLI HASSAN Sektor Pembangunan Hartanah

» Gambar Hiasan

Dalam urusniaga hartanah, peranan perunding hartanah sangat penting bagi mengerakkan urusniaga. Ejen dan perunding hartanah tertakluk kepada Akta Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah 1981 (Akta 242). Akta ini menjelaskan mengenai peranan, tugas, prosedur dan tanggungjawab ejen dan perunding.

Perunding hartanah adalah pekerja yang dilantik oleh ejen hartanah dan dikawal oleh mereka. Apa yang membezakan perunding hartanah dengan broker adalah, perunding hartanah bertindak berdasarkan Akta 242 dan mempunyai kad nama dan nama syarikat yang mereka didaftarkan. Broker pula adalah individu yang tidak terikat dengan Akta 242 dan tidak berdaftar dengan mana-mana syarikat. Ini bermakna, koperasi yang berurusan dengan broker akan terdedah dengan risiko seperti penipuan dan manipulasi. Ejen dan perunding hartanah (Real Estate Negotiator / REN) mestilah berdaftar dan mempunyai lesen (REN) bagi membolehkan

mereka menjalankan urusniaga jual beli, sewaan atau pajakan berkaitan dengan hartanah manakala Lembaga Penilaian, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) adalah organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada agen hartanah. LPPEH juga berhak untuk menggantung, membatal dan menarik balik lesen apabila ejen hartanah didapati tidak beretika dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang baik. Ini bagi memastikan kecekapan ejen dan perunding hartanah sentiasa berada di tahap terbaik dalam menjalankan tanggungjawab.

46 PELANCAR Ogos 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease