Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

» Gambar Hiasan

Dengan adanya perunding hartanah, ia mampu mengelakkan penipuan yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada koperasi. Perunding hartanah akan memberi latihan khas bagi menguruskan sesuatu urusniaga hartanah. Perunding hartanah juga harus kompeten dan memenuhi standard yang ditetapkan dalam menguruskan urusniaga hartanah. Ini bagi memastikan agar kehendak koperasi dipenuhi tanpa sebarang masalah. Dalam menggunakan khidmat ejen dan perunding hartanah, koperasi harus membayar fee kepada perunding. Setakat ini, fee yang dibenarkan oleh LPPEH adalah sebanyak tiga peratus sahaja manakala kos lain biasanya akan ditanggung oleh perunding hartanah. Bagaimanapun, segala bayaran dan lain-lain kos tertakluk kepada terma dan syarat pelantikan perunding yang dipersetujui antara koperasi dan ejen hartanah. Perunding hartanah yang dilantik harus memastikan urusniaga berjalan dengan lancar dan mengikut perundangan semasa bagi memastikan kehendak koperasi tercapai. Perunding hartanah bertanggungjawab membantu memastikan matlamat koperasi itu terlaksana. Selain itu, perunding hartanah bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat yang sepatutnya kepada koperasi sepanjang urusniaga dilakukan. Antara khidmat nasihat yang diberikan oleh perunding hartanah kepada koperasi adalah mengenai harga atau sewaan semasa, syarat-syarat perjanjian, prosedur dan peraturan dalam penjanjian sewa beli atau perjanjian penyewaan serta hal ehwal pengurusan. Selain itu, perunding hartanah akan membantu koperasi dalam membuat pilihan hartanah yang ingin dilaburkan seperti lokasi dan jenis hartanah serta prospek masa depan hartanah. Kepakaran perunding hartanah akan menjimatkan masa Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dalam menguruskan jualbeli hartanah koperasi.

Dalam urusniaga hartanah milik koperasi, apa yang harus dilakukan oleh ALK adalah menghubungi ejen hartanah dan memberikan segala maklumat kepada ejen dan perunding hartanah. Selain itu, koperasi dan perunding hartanah yang dilantik harus mengenalpasti permasalahan hartanah yang akan diurusniaga. Perbincangan dengan perunding hartanah bagi mengatasi masalah harus dilakukan bagi mengurangkan risiko kerugian semasa urusniaga dilakukan. Perunding hartanah yang dilantik harus melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh koperasi. Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan mengharapkan agar koperasi mengunakan kepakaran ejen hartanah dalam menguruskan urusniaga hartanah milik koperasi. Ini bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan penipuan. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang merupakan Naib Presiden ANGKASA juga mengharapkan agar koperasi sendiri menceburi bidang ejen dan perunding hartanah. Anggota koperasi serta anak-anak anggota boleh dilatih dan dibantu untuk mendapatkan lesen bagi membantu koperasi menguruskan hartanah milik koperasi. Penggunaan ejen hartanah oleh koperasi akan mengelakkan kejadian manipulasi harga oleh orang tengah yang kerap merugikan koperasi. Penglibatan koperasi dalam bidang ejen hartanah akan memastikan spekulasi nilai hartanah dapat dielakkan dan membantu menstabilkan harga hartanah untuk membantu nilai hartanah di pasaran terkawal.

Ogos 2018 PELANCAR

47

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease