Lendu Lasak 2018: Monsoon Challenge
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Misi untuk menjadikan Taman Rekreasi D’baruh Kampung Lendu Hilir, Alor Gajah di Melaka sebagai destinasi sukan pelancongan berbasikal di Malaysia terus diperkasa melalui penganjuran aktiviti sukan tersebut oleh Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad (KOCHEME) dengan kerjasama ANGKASA.
Lasak MTB Challenge 2017’ yang diadakan pada 21 Mei 2017, disertai seramai 700 peserta yang terdiri dari peserta dalam dan luar negara seperti Singapura, Itali, Jepun, Australia dan Perancis. Ia sekaligus berjaya membantu menjana pendapatan koperasi dan masyarakat setempat selain menaikkan nama Negeri Melaka secara amnya.
Menerusi kerjasama itu, aktiviti berbasikal yang dikenali dengan nama ‘Lendu Lasak 2018: Monsoon Challenge’ dijangka akan berlangsung pada 15 Disember 2018. Pengerusi KOCHEME, Hajah Junaidah Ibrahim berkata, program sulung iaitu ‘Lendu
» Dato’ Abdul Fattah dan Hajah Junaidah Ibrahim menunjukkan dokumen perjanjian kerjasama yang telah ditandatangani dalam satu majlis yang berlangsung di Bandaraya Melaka baru-baru ini. Turut sama menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, Haji Muslim Md. Shah dan ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
48 PELANCAR Ogos 2018 Ogos 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease