Katanya, pada penganjuran kali ini, KOCHEME akan menyediakan ruang kepada koperasi-koperasi lain untuk membuat pameran dan menjual produk koperasi masing-masing termasuk SPA melalui penyewaan tapak jualan sepanjang dua hari program itu berlangsung. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, ‘Lendu Lasak 2018: Monsoon Challenge’ membuktikan sektor koperasi di Malaysia berupaya menganjurkan program yang bertaraf antarabangsa. Usaha seperti itu juga dapat membantu gerakan koperasi di Malaysia untuk membina pengaruh di peringkat dunia sekaligus mengukuhkan reputasi yang akhirnya akan memberi manfaat seperti peningkatan jumlah eksport dan perolehan koperasi. Katanya lagi, penganjuran program tersebut bukan sahaja dapat membantu koperasi- koperasi lain untuk turut terlibat, malah impak pelaksanaannya mampu memberi kesan positif terhadap peningkatan sosioekonomi masyarakat setempat.
Usaha yang dijalankan oleh koperasi ini dapat dijadikan sebagai galakan kepada koperasi yang lain untuk terus berusaha menjana aktiviti perniagaan berimpak tinggi. ANGKASA juga akan memastikan penglibatan koperasi-koperasi lain khususnya koperasi di Melaka untuk turut serta dalam program tersebut dan diharap agar koperasi yang terlibat dapat membantu mempromosikan produk-produk koperasi dan pelancongan kepada para peserta. Lendu Lasak merupakan satu jenama program sukan lasak yang diwujudkan oleh Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad (KOCHEME), di bawah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. Program ini telah menerima sambutan hebat pada tahun lalu dengan konsep ‘Lendu Lasak: Mountain Bike Challenge’. Pada tahun ini, Lendu Lasak akan tampil dengan konsep ‘Monsoon Challenge’ dengan jarak kayuhan sejauh 40 kilometer di Kampung Lendu, Alor Gajah, Melaka.
TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan berlangsung seperti berikut: Tarikh : 15 Disember 2018 (Sabtu) Masa : 6.30 pagi – 1.00 petang Aktiviti Jualan : 14 dan 15 Disember 2018 ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN 1. Lelaki Junior (18 tahun ke bawah) 2. Lelaki Terbuka (19-30 tahun) 3. Lelaki Junior Master (31-40 tahun) 4. Lelaki Senior Master (41-50 tahun) 5 Lelaki Veteran (50 tahun ke atas) 6. Wanita Terbuka (19 tahun ke atas) 7. Fat Bike 8. Heavy Weight (90 kg ke atas) 9. Penyertaan Berkumpulan Yang Teramai 10. Penyertaan Koperasi Yang Cantik dan Berdisiplin
» Lendu Lasak: Mountain Bike Challenge 2017.
Bayaran penyertaan untuk peserta dalam negara adalah RM70.00 seorang manakala peserta luar negara RM100.00 seorang.
Pendaftaran penyertaan adalah secara atas talian. Syarikat Sport 360 telah dilantik untuk menguruskan pendaftaran melalui laman sesawang www.sports360.my.
Ogos 2018 PELANCAR
49
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease