Anggota Digalak Tambah Saham Untuk Perkasa Koperasi Usaha berterusan dalam memastikan koperasi dapat terus berkembang dan menambah aktiviti perniagaan baharu perlu diterap kepada diri setiap warga koperasi selain sokongan padu melalui penyertaan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh : RAHMAT MOHD DID
Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin berkata, anggota koperasi boleh terlibat secara langsung dengan mencadangkan idea-idea perniagaan baharu dan bekerjasama dengan kepimpinan koperasi untuk melaksanakannya atau dengan cara menambahkan lagi saham dalam koperasi. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan kekuatan ekonomi dan potensi pelaburan yang lebih besar kepada koperasi untuk bergerak ke hadapan. “Anggota koperasi tidak boleh mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Jika mahu koperasi terus maju, anggota perlu terlibat sama dalam pembangunan tersebut. Menambahkan saham dalam koperasi adalah perkara baik yang bukan sahaja membantu koperasi,
50 PELANCAR Ogos 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease