tetapi juga anggota sendiri kerana segala keuntungan koperasi akan dipulangkan semula kepada anggota dalam bentuk dividen. Lebih besar saham maka lebih besarlah pulangannya,” katanya. ANGKASA sentiasa menyokong penuh usaha-usaha koperasi dan akan memberi segala bantuan yang diperlukan agar koperasi dapat bersaing dengan koperasi-koperasi lain yang lebih maju dan berjaya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung ke-31 Koperasi Getah Mukim Hulu Langat Berhad (KGMHLB) di Hulu Langat, Selangor.
Sementara itu, Pengerusi KGMHLB, Haji Solahuddin Othman dalam ucapan aluannya berkata, koperasi merancang untuk membesarkan lagi projek ternakan lembu sedia ada kepada ternakan secara fidlot di kawasan Padang Jawa. Setakat ini, koperasi tersebut telah mempunyai 35 ekor lembu. KGMHLB telah didaftarkan pada 7 Disember 1951 dengan anggota setakat ini seramai 246 orang. Koperasi ini mempunyai modal syer dibayar sebanyak RM290,241.05. Antara aset yang dimiliki oleh KGMHLB adalah sebidang tanah lot seluas lima ekar dan satu lot kedai di Hulu Langat.
HAJI SOLAHUDDIN OTHMAN, Pengerusi Koperasi Getah Mukim Hulu Langat Berhad (KGMHLB)
» Haji Mohamad Azmi Omaruddin bergambar bersama-sama kepimpinan dan anggota-anggota Koperasi Getah Mukim Hulu Langat Berhad (KGMHLB).
Ogos 2018 PELANCAR
51
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease