Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

Baik Sesama Koperasi

Hubungan baik antara Malaysia dengan Indonesia sejak sekian lama memudahkan koperasi di kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam perdagangan dan pelaburan. Tambah beliau lagi, ketibaan seramai 25.9 juta pelancong ke Malaysia pada tahun 2017, kedua tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara, menunjukkan industri pelancongan di Malaysia sebagai antara industri yang terbaik untuk diterokai oleh koperasi berikutan potensinya yang cukup besar. Malaysia juga turut menerima ketibaan seramai 2.7 juta pelancong dari Indonesia ke Malaysia pada tahun 2017, kedua tertinggi selepas Singapura (12.4 juta).

Lawatan seramai 71 delegasi dari Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) Wilayah Jawa Barat ke ibu pejabat ANGKASA yang diketuai oleh Pengerusinya, Dr. Mustofa Djamaludin membuktikan keutuhan hubungan antara dua koperasi apeks yang terjalin atas semangat perpaduan. Presiden ANGKASA yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Koperasi Se-ASEAN (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan beliau berkata, kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global dan Indonesia sebagai negara dengan jumlah populasi penduduk Islam terbesar di dunia, seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh koperasi di kedua- dua negara dalam meneroka pasaran baharu.

Ogos 2018 PELANCAR

53

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease