Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

Reaksi Koperator

“Kunjungan kami ke ANGKASA kali ini semestinya untuk mengetahui kegiatan dan perkembangan gerakan koperasi di Malaysia. Selain mendalami ilmu koperasi, kami berminat untuk mengetahui tentang perlembagaan koperasi di setiap negara yang dilawati. Saya juga ingin mengkaji tentang perniagaan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi di Malaysia, keanggotaan koperasi, persepsi dan sokongan kerajaan terhadap gerakan itu selain mendalami cara ANGKASA, sebagai badan apeks, menjalankan perniagaan.

Encik Nana Musa Koperasi Jaringan Usaha, Bandung, Jawa Barat, Indonesia

Saya berminat untuk mengetahui cara ANGKASA melatih anggota dalam berkoperasi. Di samping itu, kami ingin membuat tinjauan jenis produk koperasi dari Indonesia yang sesuai untuk dipasarkan oleh ANGKASA di Malaysia. Kami juga ingin mengenali agensi atau badan yang bertanggungjawab memantau produk-produk koperasi di Negara Malaysia dalam mengekalkan kualiti produk selain membuat tinjauan dan mengkaji kriteria atau syarat yang perlu dipenuhi oleh koperasi.

Encik Uung Rustiawan Koperasi Bayangkara, Sukabumi, Jawa Barat

Saya berminat untuk mendalami cara ANGKASA dan koperasi di Malaysia menjalankan perniagaan. Di Indonesia, DEKOPIN menjalankan pelbagai perniagaan seperti menyewa gedung, sistem bunyi dan lain-lain manakala di peringkat ASEAN, koperasi-koperasi dari Indonesia giat menyertai ekspo atau karnival.

Hajah Etly Mustopa Puskawan Jawa Barat

Kunjungan DEKOPIN kali ini adalah untuk meninjau dan mengkaji cara ANGKASA mempromosi produk-produk koperasinya terutama di luar negara. Melalui DEKOPIN, koperasi-koperasi di Indonesia aktif menyertai ekspo-ekspo dengan mempamerkan produk yang bercorak batik, pakaian, sejadah, kerepek dan hasil kraftangan yang lain. Saya berharap kerjasama antara ANGKASA dan DEKOPIN dalam mengembangkan pemasaran produk dan keakraban sesama ahli dapat diteruskan, malah semakin baik.

Hajah Iar Rusmiarsih Koperasi Provinsi, Dinas, Jawa Barat

ANGKASA dan DEKOPIN sudah sekian lama mempunyai hubungan yang baik. Justeru, adalah menjadi harapan kami agar lawatan ini dapat membuka peluang kerjasama antara ANGKASA dengan DEKOPIN.

Heira Hardiyanti Ketua Badan Komunikasi Wanita Koperasi

Ogos 2018 PELANCAR

55

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease