Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

Oleh : KHALILUDDIN HAJI MD YATIM Pegawai ANGKASA Negeri Selangor Laporan JPAN Selangor

Saigon Coop - Model Contoh Pasaraya Koperasi

Vietnam yang merupakan salah satu di antara 10 negara Asia yang aktif dalam mempelbagaikan bidang perniagaan. Hanoi yang terletak di utara Vietnam merupakan ibu negara Vietnam dengan keluasan 331,114 kilometer persegi dan mempunyai anggaran populasi penduduk seramai tujuh juta orang.

DATO’ ALIAS HAMZAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor

Masyarakat dunia mungkin menganggap Hanoi atau Vietnam cuma sebagai tempat peninggalan perang yang kontang atau negara komunis yang digeruni. Namun sebaliknya kini masyarakat Hanoi atau Viet sebenarnya sudah bosan dengan cerita perang. Mereka lebih selesa bercakap tentang seni,

sejarah, warisan atau wang iaitu bagaimana mengumpul wang untuk membeli harta dan motosikal (basikal dan motosikal adalah kenderaan utama di Hanoi). Namun apa yang pasti, bandar itu kini sedang membangun dengan pesat. Semakin banyak industri komersil dibangunkan oleh pelabur asing termasuk para pelabur dari Malaysia. Ini terbukti dengan penubuhan begitu banyak hotel-hotel baharu bertaraf empat bintang di Hanoi.

» Sebahagian peserta program bergambar di hadapan Pasaraya Saigon Coop di Hanoi.

Pemilihan Hanoi sebagai destinasi tinjauan koperasi antarabangsa adalah penting kerana keinginan untuk melihat kebangkitan Vietnam membangunkan Negara melalui kepesatan ekonominya yang cepat berkembang. Antara sektor penyumbang ekonominya ialah pelancongan, perladangan dan pertanian, perhotelan,

56 PELANCAR Ogos 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease