Wadah PELANCAR Edisi Ogos 2018

seni kraftangan, dan peruncitan. Selain itu, objektif utama lawatan adalah untuk melihat perkembangan koperasi di sana yang mungkin dapat dijadikan sebagai panduan dalam mempelbagaikan aktiviti koperasi di negara ini. Lawatan ini disertai oleh seramai 24 orang yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) dan wakil koperasi. Saigon Koop yang terletak di kota Hanoi. Saigon Koop adalah koperasi yang menjalankan aktiviti pasar raya. Bangunan pasaraya tiga tingkat ini tersergam gah di kota ini yang di dalamnya menjual pelbagai barangan koperasi termasuk bakeri yang menggunakan jenama “Bakery Saigon Coop”. Taklimat perkembangan koperasi telah disampaikan oleh Pegawai Program Bahagian Koperasi Antarabangsa, Saudari Vu Thanh Thuy. Kami mengambil masa hampir dua jam di sini.

Rumusan hasil lawatan adalah: 1. Memberi pengalaman dan pembelajaran kepada peserta melalui pendedahan semasa melihat dan mengenali budaya dan teknik pengusaha menjalankan aktiviti. 2. Melihat kesungguhan Saigon koop dalam menjalankan dan memajukan pasar raya untuk membantu anggota- anggota koperasi bagi memasarkan hasil-hasil yang mereka usahakan. 3. Melihat jati diri penduduk negara tersebut memberikan satu kesedaran kepada peserta untuk memajukan dan membangunkan institusi yang diwakili terutama dalam konteks pentadbiran koperasi. 4. Lawatan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jawatankuasa dan koperator. 5. Sebagai panduan kepada koperasi di Malaysia untuk membuka pasar raya sekaligus dapat membantu koperasi-koperasi yang lain.

Ogos 2018 PELANCAR Ogos 2018 PELANCAR

57

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease