Koperasi sedia ada telah mula mengorak langkah untuk menceburi aktiviti perniagaan yang lebih berpotensi, seiring dengan bidang-bidang ekonomi utama yang giat dibangunkan kerajaan. Dalam usaha untuk memantapkan struktur organisasi koperasi bagi menghadapi masa depan yang dijangka akan lebih mencabar, koperasi disarankan supaya : 1. Mengadakan perancangan yang strategik dalam mengukuhkan aktiviti sedia ada di samping menceburi bidang-bidang perniagaan baharu yang berpotensi tinggi sama ada di peringkat tempatan mahupun global. Justeru, kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber haruslah secara optimum agar kos dapat diminimumkan. 2. Adaptasi dan praktikkan strategi yang berupaya melonjakkan prestasi koperasi ke tahap baharu
yang lebih berkualiti. Konsep kreativiti akan menjana buah fikiran yang dapat menghasilkan peningkatan yang berkesan. Ia sekaligus dapat membantu koperasi ke arah lebih produktif, inovatif dan cemerlang. 3. Memainkan peranan secara lebih berkesan bukan sahaja dalam meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan sosioekonomi anggota, malah dapat membantu kerajaan merealisasikan agenda pembangunan negara khususnya dalam bidang- bidang strategik seperti pertanian, pembangunan hartanah dan sebagainya. Justeru, sudah tiba masanya KPMNJ berusaha menerokai perniagaan yang berimpak tinggi dan berpotensi untuk menjana pulangan yang lebih baik. Mudah-mudahan inisiatif yang dijalankan dapat membantu KPMNJ membawa hala tujunya ke fasa baharu yang lebih cemerlang.
“Sungguh cantik si bunga kekwa, Dibawa untuk puteri yang menanti, Salam koperasi salam istimewa, Merapatkan bangsa menyatukan hati. Budak-budak bermain di tepi rumah, Di bawah pohon si kayu ara, Koperasi wadah perjuangan ummah, Memacu ekonomi bangsa dan negara.”
Bait pantun empat kerat yang disampaikan oleh Y.A.B. Dato’ Haji Osman bin Sapian, menjadi pembuka dan penutup bicara sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad Kali Ke-23.
Ogos 2018 PELANCAR
7
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease