Wadah PELANCAR Edisi Julai 2019

28 NOVEMBER - 1 DISEMBER 2019

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

JULAI 2019 JILID: WP01 / 4

ANGKASACoop

www.angkasa.coop RM1.00

Kertas Kitar Semula

Bersama Lonjak Pertumbuhan Sektor Koperasi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof berucap dalam Majlis Perasmian PKTA Ke-34.

K erajaan menyasarkan perolehan sektor koperasi negara kepada RM80 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof menyatakan sasaran perolehan

RM80 billion berkenaan adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat sektor ketiga negara diiktiraf dan ia menjadi teras penting dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030).

Beliau berkata, Buku DKN 2030 yang bakal dilancarkan pada 11 Julai 2019 depan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal menyaksikan sektor koperasi diletakkan sebagai satu teras pencapaian yang penting dan diberi penekanan menerusi pengiktirafannya dalam pembangunan negara.

bersambung di muka surat 2

2

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

dijalankan dengan negara asing serta kekuatan keanggotaan yang ramai ini untuk merealisasikan hasrat demi kemajuan gerakan koperasi di Malaysia,” katanya. Justeru, sektor koperasi perlu bersifat lebih berdaya saing, kompetitif, berintegriti dan bijak mengambil peluang. Beliau yakin ANGKASA mampu membantu koperasi sebagai fasilitator untuk mempelbagaikan perniagaan menerusi jaringan perniagaan yang disediakan. Datuk Seri Mohd Redzuan juga turut mengingatkan penggerak sektor koperasi supaya mencari bidang ekonomi baharu yang boleh membantu sektor koperasi menjadi lebih cemerlang dan kuat. Beliau turut menyatakan monopoli ANGKASA selaku satu-satunya badan apeks koperasi mungkin tidak kekal lama kerana ANGKASA perlukan persaingan untuk terus maju. Kenyataan ini ternyata memberi cabaran buat ANGKASA untuk bangkit dan meneroka peluang yang disediakan Kerajaan sekali gus membuktikan koperasi di Malaysia bukanlah “gergasi yang sedang tidur”. Selain itu, beliau turut menyentuh bahawa industri halal memiliki potensi yang amat besar dan boleh diperluaskan dalam sektor koperasi di negara ini sekali gus dapat membantu negara supaya tidak ketinggalan dengan negara-negara lain dalam memajukan industri halal masing- masing.

Datuk Seri Mohd Redzuan berkata, tersebut, sektor koperasi perlu bekerja kuat untuk membangunkan negara serta mengambil peluang melonjakkan sektor ini untuk mempamerkan kebolehan dan kehebatan tersendiri khususnya dari segi “Human Capital”. Katanya, sektor koperasi mampu men- jadi simbol komuniti yang relevan dalam pembangunan sosioekonomi negara menerusi penglibatan besar enam juta keanggotaan iaitu kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia. “Dengan jumlah bagi merealisasikan hasrat

keanggotaan yang ramai, ia dilihat begitu signifikan dalam melonjakkan gerakan koperasi negara di samping memper- pencapaian

teguhkan keberanian dan kehebatan sektor koperasi dalam me- nonjolkan simbol kekayaan negara,” ujarnya. Menyedari akan demografi koperasi yang terdiri daripada kelompok 40 peratus pendapatan rendah (B40), kerajaan mahu melihat sektor koperasi bangkit menyumbang dan berkongsi kekayaan negara menerusi penglibatan aktif dengan meneroka peluang perniagaan baharu. ANGKASA perlu memainkan peranan lebih proaktif dan menggunakan kesempatan menerusi hubungan perdagangan yang

Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof Menteri Pembangunan Usahawan

Menerusi buku ini katanya, kerajaan bersetuju bahawa sektor koperasi sebagai satu daripada teras dengan sasaran perolehan RM80 bilion dalam tempoh 10 tahun lagi,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-34 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 29 Jun 2019 lalu.

Dari Meja Presiden ANGKASA

menerusi FB Page saya: Presiden ANGKASA – Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah. Mari kita zahirkan hasrat murni membina kelestarian anggota demi kemajuan gerakan koperasi dalam erti kata yang sebenarnya.

adakah nilai tersebut setanding dengan bantuan seperti yang diberikan kerajaan kepada sektor swasta yang lain. Sektor koperasi yang masih berada di peringkat kecil dan sederhana sebenarnya mampu untuk berkembang maju sekiranya perancangan yang dibuat dapat direalisasikan dengan sokongan dan juga insentif yang setimpal oleh pihak kerajaan. Kelestarian koperasi terletak kepada bagaimana sesuatu aktiviti itu dapat memberi pulangan yang seimbang antara insaniah dan rohaniah. Pelbagai kaedah, pandangan dan cadangan oleh koperasi boleh dikongsi

A pabila kerajaan mengumumkan sasaran baharu KDNK sektor koperasi iaitu RM80 bilion menjelang tahun 2030, saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dan komen tentang beberapa perkara yang sering membelenggu pertumbuhan sosioekonomi sektor koperasi selama ini. ANGKASA sebagai sebuah badan Apeks yang sememangnya telah berperanan sejak dari awal penubuhannya lagi untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi dalam segenap aspek. Meskipun

pelbagai usaha telah dan sedang dilaksana dalam usaha untuk membantu perniagaan koperasi dapat berada di landasan yang kukuh dan terus meningkat, sektor koperasi masih berdepan dengan pelbagai halangan terutamanya berkaitan sokongan dan skim bantuan khususnya kewangan. Banyak perkara yang perlu dilihat dan dikaji bagi mengulas dan menilai sebelum menyahut cabaran KDNK RM80 bilion bukan sahaja dalam ruang lingkup berapa jumlah bajet kumpulan wang amanah pembangunan yang diberi kepada ANGKASA, malah jauh lebih penting,

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

3

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

ANGKASA Terus Perkasakan Peranan Sebagai Badan Apeks Koperasi Negara

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

A NGKASA akan terus memperkasakan peranannya dalam memajukan gerakan koperasi negara menerusi Pelan Strategik ANGKASA 2017-2050 selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Dasar Koperasi Negara. Menyedari sektor koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi negara, ANGKASA terus komited dan memastikan strategi yang dilaksanakan akan memberi kejayaan

kepada perkembangan koperasi negara kerana potensi sektor ini dilihat begitu besar dalam pembangunan negara. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapannya menyatakan, Pelan Strategik ANGKASA yang dirangka sejak tahun 2016 dan diterima pakai pada tahun 2017 itu telah mengambil kira pandangan semua pihak dan ANGKASA terus melangkah seiring dengan kemajuan negara. Usaha dan strategi itu juga sekaligus menyahut saranan yang

dilontarkan Menteri Pembangunan Usahawan, YB. Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof yang mahu melihat koperasi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 kepada RM55 bilion di sebalik kekangan dari pelbagai faktor khususnya ekosistem perniagaan dan undang-undang atau peraturan yang tidak mesra koperasi. Peningkatan RM5 bilion itu adalah angka penambahan kepada sasaran awal kerajaan iaitu RM50 bilion ke arah meningkatkan perolehan koperasi seterusnya melonjakkan pencapaian koperasi negara. “Dalam memenuhi hasrat kerajaan yang mahu melihat sektor koperasi berkembang maju, ANGKASA mahu memastikan koperasi dewasa terus diperkasakan di samping terus berusaha mempelbagaikan perniagaan koperasi sekolah supaya perolehannya terus meningkat. “Kini, perkembangan gerakan koperasi di Malaysia boleh disifatkan berlaku secara organik. Statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 31 Disember 2018 telah menyaksikan jumlah perangkaan yang besar dan jika dimanfaatkan ia boleh

dikembangkan lagi demi kemajuan koperasi. “Berdasarkan rekod, sebanyak 14,247 buah koperasi dengan jumlah anggota individu seramai kira-kira enam juta orang dan jumlah syer/ yuran adalah sebanyak RM14.91 bilion; jumlah aset keseluruhan bernilai RM142.86 bilion serta jumlah perolehan adalah sebanyak RM40.32 bilion. “Pencapaian ini jelas mem- buktikan bahawa potensi sektor koperasi begitu besar dan ia perlu diperkukuhkan supaya lebih banyak bidang perniagaan yang boleh diterokai khususnya melibatkan kegiatan perniagaan berimpak tinggi,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dan Makan Malam Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-34 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 28 Jun 2019 lalu. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA terdiri daripada Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Naib- Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Haji Mohamed Azmi Omaruddin, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Dr. Ainuddin Bahari; Pengerusi Tetap Persidangan PKTA Ke-34, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Haji Abd. Aziz Jusoh.

» YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (duduk dari kiri) turut hadir dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Makan Malam PKTA Ke-34.

» Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan.

4

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

Infaq Lil-Waqf ANGKASA Sumbang Bangunan Wakaf Bernilai RM4.6 Juta

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (tiga dari kanan) dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kiri) menekan butang pada skrin sebagai tanda pelancaran aplikasi mudah alih ePELANCAR.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA bernilai RM4.6 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh (tiga dari kiri).

M ajlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri sempena Per- sidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-34 telah berlangsung pada malam 28 Jun 2019 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis yang telah dihadiri hampir 4,000 perwakilan dan barisan tetamu itu telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Haji Ariffin Mamat dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso. Turut berlangsung dalam majlis yang sama adalah penyerahan cek sumbangan bangunan wakaf bernilai RM4.6 juta kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh. Bangunan wakaf yang disumbangkan menerusi Tabung Infaq Lil-Waqf ANGKASA merupakan sebuah kompleks kemudahan awam bertempat di Presint 11, Putrajaya. Semua koperasi sekolah di seluruh negara turut menerima sumbangan koleksi bahan bacaan daripada anak syarikat Utusan Malaysia, Tintarona Publications Sdn. Bhd. Tiga

wakil koperasi sekolah cemerlang yang menjana perolehan melebihi RM1 juta telah menerima tiga buah buku sebagai tanda simbolik sumbangan tersebut. Usaha ini merupakan salah satu program khidmat masyarakat Kumpulan Utusan bersama ANGKASA. Dalam usaha ANGKASA untuk memastikan perkongsian maklumat mengenai aktiviti dan pencapaian koperasi di seluruh negara dapat disebar secara lebih meluas, ANGKASA telah melancarkan aplikasi mudah alih ePELANCAR. Aplikasi tersebut kini boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple Store dan Play Store. Program Pembekalan Barangan Asas 100 atau lebih dikenali sebagai BA100 turut diperkenalkan kepada semua perwakilan yang hadir. BA100 merupakan satu program bersepadu yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusannya untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutama membantu dan menawarkan penjualan barangan asas pada harga berpatutan. Program ini telah mendapat sokongan pihak kerajaan untuk diperluaskan ke seluruh Malaysia. Majlis turut menyaksikan satu pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. dengan Ismail Holdings untuk usahasama penerbangan secara charter untuk umrah dan ziarah.

» Datuk Wan Suraya ditunjukkan cara penggunaan aplikasi mudah alih “Jimat” oleh kakitangan ANGKASA.

» Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (empat dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara Ismail Holdings yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Seri Haji Ismail Abdul Rahman (tiga dari kanan) dengan MyANGKASA Holdings yang diwakili oleh Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyerahkan sumbangan buku oleh Tintarona Publications kepada Pengerusi Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad, Encik Anuar Mohammad (dua dari kanan) sambal disaksikan oleh Pengurus Kanan Operasi Tintarona Publications, Encik Azlan Abdul Aziz (tiga dari kanan).

5

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

ANGKASA Penggerak Perdagangan Global Koperasi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

P residen ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan keyakinan teguh bahawa ANGKASA mampu menjadi “player” koperasi utama di rantau ASEAN dan rantau Asia Pasifik terutamanya dalam bidang perdagangan antarabangsa. Kepercayaan sebulat suara oleh gerakan koperasi ne-gara ASEAN yang melantik beliau sebagai Pre-siden ASEAN Co-operative Organisation (ACO) bagi penggal kedua bagi tempoh 2018 – 2022 jelas memberi tugas dan tanggungjawab

besar buat ANGKASA untuk berusaha menjadi player koperasi di rantau ASEAN. Justeru, bagi tempoh 2024 hingga 2030, ANGKASA menyasarkan untuk menjadi penggerak utama perdagangan global bagi gerakan koperasi khususnya di rantau ASEAN dan Asia Pasifik. “Dengan bilangan penduduk ASEAN seramai 641 juta dan bilangan koperasi kira-kira 238 ribu buah, ANGKASA komited dan sudah mula melaksanakan jalinan kerjasama perdagangan dengan koperasi-koperasi rantau ASEAN menerusi

pengwujudan “ASEAN CORNER” di setiap negara dan sekurang-kurangnya sepuluh produk terpilih setiap negara dipamer dan dipasarkan melalui koperasi. “Rantau Asia Pasifik pula mempunyai bilangan penduduk melebihi 4 bilion iaitu hampir 60 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia. Rantau ini merangkumi negara China dan India yang mempunyai kapasiti penduduk yang tinggi iaitu kira- kira 2.2 bilion orang. Ini membuktikan betapa besarnya peluang perniagaan dan potensi pengguna sekiranya koperasi-

koperasi Malaysia memasarkan produk mereka ke luar negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-34 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 29 Jun 2019 lalu. Dato’ Abdul Fattah berkata, ANGKASA sentiasa dan terus berusaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan koperasi di semua negara sebagai langkah proaktif sektor koperasi untuk menembusi pasaran global. Ini bertepatan dengan inisiatif ANGKASA yang menempatkan wakil gerakan koperasi dari China, Jepun dan Korea Selatan ketika ini di Malaysia Business Office (MBO) yang terletak di ANGKASA, Kelana Jaya dan jalinan kerjasama perdagangan kini sedang giat dijalankan sekaligus memberi peluang kepada Malaysia memainkan peranan penting dalam menggerakkan perdagangan koperasi secara aktif di rantau Asia Pasifik. Selain itu, dalam memajukan lagi perniagaan koperasi, ANGKASA akan terus memainkan peranan dalam mengenengahkan pelbagai inovasi, idea dan konsep serta bimbingan menerusi pelbagai program pendedahan ilmu yang dilaksanakan untuk kemajuan dan manfaat koperasi.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan ucapan.

4,373 Perwakilan Hadir PKTA Ke-34

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

S eramai 4,373 perwakilan daripada 4,368 buah koperasi telah menghadiri Persidangan Kebangsaan Tahu- nan ANGKASA (PKTA) Ke-34 pada 29 Jun 2019 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Persidangan yang dipen- gerusikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik telah berlangsung dengan baik dan teratur. Beliau turut dibantu oleh Timbalan Pengerusi Persidangan, Haji Mohamad Noor Mohamad dan Naib Pengerusi Persidangan, Dato’ Haji Haron Haji Abdullah.

Turut

hadir

dalam

majlis ialah

perasmian

tersebut

Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Hajah Meriam Mat Nor dan Pengarah Kanan Bahagian Koperasi, Kementerian Pembangunan Usahawan, Dr. Salmah Ishak. Kehadiran perwakilan ke PKTA kali ini meningkat sebanyak 14 peratus daripada 3,806 orang pada tahun 2018. Kehadiran yang memberangsangkan ini menunjukkan agenda koperasi negara merupakan perkara penting yang sentiasa diberikan perhatian oleh koperator.

6

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

Jurucakap Negeri Ketengah Suara Koperator

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

atau agensi yang lebih baik dari segi fungsi dan gerak kerjanya. Dalam isu yang sama, Prof. Dr. Mohamed Saat Ismail yang merupakan jurucakap Negeri Kelantan dari Koperasi Warga USM Kelantan Berhad berkata JPAN seharusnya menjadi penggerak atau perantara untuk membantu membangunkan koperasi mengikut sektor- sektor yang telah diwujudkan. Tambah beliau lagi, JPAN perlu berusaha menyediakan data raya di peringkat negeri masing- masing mengikut Entry Point Project dengan kerjasama SKM. Jurucakap Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Fadzil Abdul Ghani dari Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad mencadangkan anak-anak syarikat ANGKASA perlu merangka pelan perniagaan lebih rasional dan berdaya maju untuk meningkatkan pendapatan. Beliau turut berpandangan subsidiari- subsidiari perlu mempunyai tadbir urus dan rangka kerja kewangan yang lebih cekap dan setanding dengan pemain-pemain industri lain yang ada di pasaran sekarang. Haji Aarif Abdullah dari Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman Berhad yang merupakan jurucakap Negeri Kedah turut menyeru koperasi- koperasi di negeri tersebut supaya meneroka peluang perniagaan dalam sektor tenaga baharu khususnya solar memandangkan ANGKASA sedang mencari 200 ekar tanah untuk membangunkan projek solar di Kedah. Mengetengahkan agenda koperasi wanita turut dibangkitkan oleh jurucakap Wilayah Persekutuan, Puan Rosnah Ismail dari Koperasi Usahanita Muslimat Berhad.

Jurucakap Negeri Selangor, Encik Berahim Abdul Gapal mencadangkan “ANGKASA perlu mewujudkan tabung atau dana khas dengan peruntukan daripada keuntungan perniagaan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. atau daripada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi yang diamanahkan SKM bagi membantu koperasi- koperasi yang memerlukan bantuan/ sebagai insentif sokongan/galakan kepada perniagaan sedia ada.” Isu koperasi sekolah turut diketengahkan oleh jurucakap Negeri Kelantan, Haji Nik Zainal Nik Sulaiman dari Koperasi SMK Pangkal Kalong Kota Bharu Berhad yang mengatakan agak sukar untuk koperasi sekolah terutama yang terletak di kawasan pedalaman atau luar bandar untuk menjana perolehan lebih daripada RM1 juta seperti yang telah disasarkan oleh ANGKASA. Menurut beliau lagi, kepelbagaian aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi sekolah yang tidak mencatat perolehan seperti yang ditetapkan perlu diambil kira oleh ANGKASA. Jurucakap Negeri Pahang Zon 2, Haji Abu Hanifah BK Koya Moideen Kutty dari Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad turut berkata bersempena dengan kempen “Sayangi Minyak Sawitku”, ANGKASA perlu memainkan peranan dominan dengan mendidik ahli untuk membantu kerajaan bagi mempertahankan khazanah negara tersebut. Tambah beliau juga, koperasi mesti berperanan sebagai pemain utama dalam sektor hiliran seperti pembungkusan minyak masak.

A ntara isu yang telah dibangkitkan oleh jurucakap negeri adalah menghidupkan koperasi dorman. Menurut jurucakap Negeri Terengganu iaitu Haji Ismail Muda dari Koperasi PEKA Malaysia Berhad yang mengutarakan isu tersebut, di saat koperasi sedang gigih berusaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk merekod perolehan RM55 bilion menjelang 2020, jangan lupa untuk membantu koperasi- koperasi yang tidak aktif. Jurucakap Wilayah Persekutuan, Encik Raja Hang Tuah Raja Iskandar dari Koperasi Tenaga Nasional Berhad pula telah melahirkan kebimbangan perwakilan-perwakilan mengenai penguatkuasaan GP29: Garis Panduan Pelaksanaan Akaun Deposit Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 1 Januari 2019. Menurut beliau, penguatkuasaan GP29 mampu memberi masalah dari segi aliran tunai dan modal untuk koperasi lebih berdaya maju. Beliau berharap ANGKASA dapat meneliti perkara ini dan memaklumkan kepada SKM penambahbaikan yang boleh dilakukan. Memperkasakan lagi peranan, fungsi dan sistem gerak kerja Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) turut dibangkitkan oleh jurucakap Negeri Selangor, Encik Berahim Abdul Gapal dari Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad. Beliau berkata ANGKASA perlu melaksanakan penjenamaan semula atau menukar taraf JPAN, daripada hanya menjadi pusat perhubungan kepada taraf cawangan » Jurucakap Negeri bergambar bersama selepas selesai persidangan.

Keputusan Pemilihan Presiden dan Naib Presiden ANGKASA untuk Sesi 2019-2022

Presiden

Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Naib Presiden

Keputusan pemilihan enam orang daripada perwakilan sebagai Jawatankuasa Menentusah Draf Minit PKTA Ke-34

1) Haji Alimen Ahmad 2) Puan Norizah Abdullah 3) Dato’ Haji Mat Rejab Kassim 4) Puan Siti Zawiyah Ahmad 5) Encik Putera Syyamil Ismail 6) Puan Fadzillah Arshad

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik meraikan kemenangan selepas masing-masing dipilih sebagai Presiden dan Naib Presiden ANGKASA.

7

ANGKASA

Oleh : RAHMAT MOHD DID Johan Petanque Peringkat Sekolah Layak Wakili Negara

K ejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Sekolah akan dijenama- kan semula kepada Piala Petanque Junior Kebangsaan bagi membolehkan juara menjadi wakil negara di pertandingan peringkat antara- bangsa. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatan- kuasa Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, persetujuan bersama Majlis Petanque Kebangsaan telahpun dicapai dan akan dilaksanakan

» Dr. Mohd Azlan Yahya dan Haji Mohd Jamil Othman bergambar bersama para pemenang dan guru-guru pengiring Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019.

Kategori Dewasa Lelaki Johan

di Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Jitra, Kedah pada Ogos 2019 nanti. “Kita mahu atlet-atlet petanque ANGKASA ini lebih dihargai bakat mereka dan mampu pergi lebih jauh di peringkat antarabangsa, bukan sekadar tamat di peringkat kebangsaan sahaja.” Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019 yang berlangsung 15 Jun lalu di Gelanggang Petanque, SMK Permatang Tok Jaya, Butterworth, Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan hadiah tempat pertama sehingga keempat bagi Kategori Sekolah Lelaki dan Kategori Sekolah Perempuan. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman; Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Petanque ANGKASA Pulau Pinang, Encik Hassan Din; Arbiter Petanque Malaysia, Haji Zainal Abidin Mohd Tahir;

Penyelaras Kejohanan Petanque mewakili SMK Permatang Tok Jaya, Encik Nasri Ismail serta Anggota-Anggota JPAN Pulau Pinang.

: Koperasi Universiti Sains Malaysia (USM) Berhad

Naib Johan : Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad Tempat Ketiga : Koperasi Komuniti Kampung Pertama Permatang Pauh Berhad Tempat Keempat : Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad

Kategori Sekolah Lelaki Johan

: Koperasi SMK Permatang Rawa Berhad : Koperasi Kolej Vokasional Nibong Tebal Berhad

Naib Johan

Tempat Ketiga : Koperasi SMK Guar Perahu Berhad Tempat Keempat : Koperasi SMK Gemilang Berhad

Kategori Dewasa Wanita Johan

: Koperasi Kolej Komuniti Kepala Batas Berhad

Kategori Sekolah Perempuan Johan

Naib Johan : Koperasi Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Berhad Tempat Ketiga : Koperasi Universiti Sains Malaysia (USM) Berhad Tempat Keempat : Koperasi PDRM Pulau Pinang Berhad

: Koperasi SMK Telok Air Tawar Butterworth Berhad

Naib Johan : Koperasi SMK Seri Balik Pulau Berhad Tempat Ketiga : Koperasi SMK Batu Maung Berhad Tempat Keempat : Koperasi SMK Guar Perahu Berhad

#QuranHour: Al-Quran Bentuk Peribadi Muslim Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Program Satu Jam Bersama Al- Quran itu bertujuan menggalakkan usaha pengamalan nilai-nilai mulia menerusi Al-Quran selain membentuk jiwa berbudi dan penyayang dalam kehidupan setiap insan. World #QuranHour turut disambut di seluruh negara dengan tema “Dunia Berbudi Dan Penyayang” yang diambil dari Surah Al-Kahfi. Kempen tersebut membentuk landasan solidariti ummah seluruh dunia menerusi pembacaan Al- Quran dengan mengambil semangat dan keberkatan 10 hari terakhir Ramadan. Pemilihan Surah Al-Kahfi adalah bertepatan untuk kempen ini kerana kefahaman terhadap surah tersebut menjadi benteng dan landasan kepada ummah berupaya mengemudi kehidupan mengikut Al-Quran dari kerangka yang digariskan oleh Allah SWT.

» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya bersama warga kerja ANGKASA menunjukkan simbol #World QuranHour sebagai tanda sokongan terhadap kempen Satu Jam Bersama Al-Quran.

P rogram Coop Care Sempena Sambutan World #QuranHour yang berlangsung di Auditorium ANGKASA pada 30 Mei 2019 (25

Ramadan 1440H) lalu merupakan satu inisiatif menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui ‘Faham, Baca dan Amal’.

8

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

SETINGGI - TINGGI PENGHARGAAN DAN PERWAKILAN YANG HADIR MENJAYAKAN kepada TERIMA KASIH

Presiden ANGKASA Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja ANGKASA Ikhlas daripada: PADA 29 JUN 2019 DI DEWAN TUN RAZAK I, PWTC KUALA LUMPUR PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

9

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

» Perwakilan turut mengambil kesempatan bergambar bersama Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan sejurus selepas sesi perasmian PKTA Ke-34.

» Kepimpinan ANGKASA diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah melafazkan ikrar koperasi.

» Perwakilan mengunjungi booth PELANCAR ANGKASA di PKTA Ke-34.

» Sebahagian perwakilan yang hadir.

» Pelbagai informasi mengenai ANGKASA sebagai badan Apeks dipapar di sepanjang laluan dewan.

» Aplikasi canggih banyak membantu dalam melancarkan proses pendaftaran perwakilan.

» Gerai Sektor Pemborongan dan peruncitan sentiasa padat dengan aktiviti jualan produk-produk koperasi.

» Petugas sentiasa bersedia melayan perwakilan dengan baik dan saksama.

» Suasana gerai-gerai pameran ekslusif di ruang sekitar dewan persidangan.

ANGKASA 10

ANGKASA Nafi Bersubahat Dalam Penipuan Pinjaman Koperasi

Oleh : RAHMAT MOHD DID

kalangan penjawat awam telah menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit melalui skim pinjaman peribadi yang mencecah angka RM340 juta sejak tujuh tahun lalu. Tugas ANGKASA hanya tertakluk kepada pengurusan pembayaran balik pinjaman termasuk membantu penjawat awam membayar caruman insurans bulanan, pelaburan, bayaran yuran, simpanan dan sumbangan. Potongan berkenaan hanya akan dibuat melalui persetujuan individu atau peminjam itu sendiri dan disahkan oleh majikan tempat individu berkenaan bekerja. Isu dan pertikaian tentang penyata gaji palsu dan jumlah potongan bulanan tidak sepatutnya timbul kerana ANGKASA mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dalam menangani penipuan sama ada melibatkan peminjam atau pemberi pinjaman. Urusan perkhidmatan potongan gaji ANGKASA juga dipantau ketat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Jabatan Akauntan Negara. Bagi meningkatkan kawalan dan kecekapan perkhidmatannya, ANGKASA telah memperkenalkan sistem laporan kredit yang dikenali sebagai Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAMCI (SPeKAR) pada tahun 2012. Melalui laporan sistem ini, had kemampuan berhutang peminjam boleh ditentukan

dan isu penipuan slip gaji boleh dikesan dari awal lagi. ANGKASA juga sudah melancarkan sistem permohonan pinjaman secara dalam talian melalui portal MyANGKASA AzZahra. Melaluinya, sistem pemprosesan permohonan pinjaman akan diproses secara lebih telus, cepat dan bersepadu berkonsepkan syariah. MyANGKASA AzZahra akan memastikan jumlah faedah dan fi yang dikenakan serta jumlah pinjaman yang sepatutnya diterima oleh peminjam adalah sama sebagaimana dinyatakan semasa permohonan dibuat. Pendekatan tersebut sekaligus meminimumkan penglibatan orang tengah atau ejen serta mengelak daripada kemungkinan berlakunya penipuan oleh sindiket tertentu. Penglibatan koperasi kredit dalam portal MyANGKASA AzZahra bukan sahaja perlu melalui proses penilaian yang sangat ketat malah hanya koperasi yang berkelayakan dengan rekod yang bersih dan hanya menawarkan pinjaman yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). ANGKASA mengalu-alukan tindakan pihak berkuasa untuk menyiasat perkara berkaitan aktiviti sindiket tersebut dan mengambil tindakan undang- undang bagi membendung atau memastikan kes penipuan seperti itu tidak lagi berlaku.

A NGKASA tidak pernah bersubahat dengan mana-mana pihak dalam kes-kes penipuan pinjaman melalui potongan gaji seperti yang didakwa dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 08 Jun 2019 bertajuk ‘Syndicated Loan Scam’. Artikel tersebut yang memetik satu kenyataan telah menyatakan bahawa lebih 170,000 peminjam dalam

Proses Sistem Potongan Gaji ANGKASA

Arahan Potongan Kebenaran potongan (BPA 1/79) Perubahan rekod (BPA 2/79)

Tuntutan Potongan

SPGA Had 60%

O R G A N I S A S I

P E L A N G G A N

P E M

Penghantaran data maklumat potongan, atau Penyata (manual)

Kelulusan Pinjaman

Semakan slip gaji & penyelesaian awal....

G A

ANGKASA 3 - 6 Hari

B A Y A R

Terimaan

J I

Cek bayaran / EFT dan data maklumat potongan yang telah diproses, atau Cek bayaran dan penyata manual

Kredit terus ke akaun bank Portal@SOLA.coop

Pembayaran

Cek / EFT dan fail maklumat bayaran anggota

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA

ANGKASA 11

Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA

A NGKASA melalui Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA telah merangka satu perkhidmatan di bawah projek ‘Co-operative Empowerment Plan 1’ (CEP1) yang dinamakan sebagai ‘Perkhidmatan kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA’ atau ‘ANGKASA Credit Collection and Recovery Services’ (ACCRS). Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu koperasi dalam mengutip semula tunggakan pembiayaan dan seterusnya memulihkan semula tunggakan tersebut. Pendekatan tersebut yang dijalankan secara profesional merangkumi pelbagai kaedah tuntutan termasuk penghantaran notis, panggilan telefon, faks dan lawatan ke premis. Perkhidmatan ini akan menyasarkan kepada semua 578 koperasi kredit di seluruh negara termasuklah 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan Bahagian Perkhidmatan ANGKASA (BPA), institusi-institusi perbankan dan agensi-agensi pembiayaan berlesen dengan kadar caj perkhidmatan yang minimum. Perkhidmatan ini tidak terhad kepada perkhidmatan kutipan sahaja tetapi lebih kepada satu instrumen pemulihan tunggakan pinjaman. Menerusinya, proses rundingan dan penyelesaian akan dibuat oleh pihak koperasi demi memastikan proses kutipan dibuat dengan lebih berhemah dan profesional mengikut tatacara kutipan yang ditetapkan. Mengimbas semula di awal perancangan perkhidmatan ini, pihak Sektor Kewangan telah menjalankan terlebih dahulu satu kajian melalui satu borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada beberapa koperasi kredit di seluruh negara bagi mendapatkan data ‘Non-Performing Financing (NPF) terkini. Melalui kajian tersebut, ANGKASA telah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut seperti : Oleh : MOHAMAD DARULNIZAM MAT DARUS Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan dan Sektor Kewangan

6.

Tiada kepakaran atau pengalaman dalam menguruskan kutipan balik tunggakan.

Kempen promosi di koperasi-koperasi kredit di seluruh negara telah giat dijalankan sejak Mac lalu bagi memberi penerangan secara lebih terperinci tentang perkhidmatan tersebut. Sehingga kini, terdapat 9 buah koperasi kredit telah menggunakan perkhidmatan ini dan dijangka akan meningkat bagi memastikan masalah tunggakan pembiayaan koperasi dapat diselesaikan sekaligus memberi impak positif kepada pencapaian perolehan koperasi. Sebarang maklumat dan informasi selanjutnya boleh menghubungi Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA di talian 03- 78846581 atau e-mel: sektorkewangan.angkasa@ gmail.com

Hasil dari kajian tersebut telah membawa kepada wujudnya ACCRS yang memberi penyelesaian kepada kutipan dan pemulihan (Collection and Recovery Solution) kepada koperasi yang memerlukan perkhidmatan ini. ANGKASA yakin dengan adanya infrastruktur sedia ada yang bakal menyokong perkhidmatan ini seperti SPGA oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan, unit SPeKAR, sistem kutipan menyeluruh serta pengkalan data yang meluas oleh panel-panel agensi yang dilantik, impaknya mampu memberi kelebihan kepada koperasi dalam mendapatkan semula bayaran tunggakan pembiayaan mereka pada kadar caj yang sangat minimum.

1.

Koperasi

tiada

kakitangan

untuk

menguruskan kutipan balik tunggakan.

2.

koperasi tiada sistem kutipan yang lengkap dalam menguruskan aktiviti kutipan tunggakan. Kekangan data terkini (Limitation of Data) menyukarkan koperasi menghubungi peminjam. Kesukaran koperasi dalam mendapatkan perkhidmatan DCA kerana caj yang dikenakan agak tinggi. Kurang kesedaran dalam kalangan koperasi terhadap kepentingan menguruskan tunggakan pinjaman koperasi.

Bagaimana ACCRS dapat membantu koperasi

3.

- Perkhidmatan kutipan dijalankan secara komprehensif atau menyeluruh.

- Mempunyai sistem kutipan bersepadu melalui rekod aktiviti, laporan dan data kutipan.

4.

- Semua kos berkaitan kutipan ditanggung walaupun tiada bayaran diterima.

- Pasukan khas yang terlatih dan profesional.

5.

- Mempunyai pengkalan data yang luas dalam menjalankan carian.

IKM 12

IKM Merentas Transformasi Pembangunan Modal Insan Koperasi Institut Koperasi Malaysia (IKM)

» Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi bergambar bersama warga kerja IKM, pelajar ICOOP serta koperator di Auditorium Dato’ Abdul Majid, IKM, Petaling Jaya

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ I Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang dahulunya dikenali dengan nama Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah mencipta kecemerlangannya yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai pusat latihan koperasi terunggul di negara ini, Penjenamaan semula IKM memberi dimensi baharu kepada transformasi pusat kecemerlangan profesional selaras dengan aspirasi kerajaan yang mahu melihat IKM meningkatkan peranannya dan lebih berdaya maju dalam bidang koperasi di negara ini. The Institute For The Development Of Agriculture Co-operative (IDACA), di Jepun dan Pusat Latihan Otalora, Sepanyol merupakan antara negara yang memiliki pusat latihan koperasi dan memiliki sistem pendidikan yang tersendiri. Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1956, IKM kini berjaya membuktikan keupayaan membangunkan modal insan koperasi dan sentiasa memastikan golongan koperator sentiasa berilmu dan kompeten. Sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan koperasi, IKM telah menunjukkan kemampuan dan keupayaan melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan dalam membangunkan keperluan fizikal pembelajaran bagi menampung lebih ramai koperator mendapat peluang pendidikan dan latihan koperasi dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan. Sejarah merekodkan, IKM telah diiktiraf sebagai sebuah Badan Berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan 2011) [Akta 1398] yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2011 yang bertujuan memperkemaskan tadbir urus IKM supaya dapat merancang dan menjalankan program berinovatif dan kreatif bagi menyokong pembangunan gerakan koperasi.

IKM yang beralamat di 103 Jalan Templer, 46700, Petaling Jaya, Selangor (Kampus Induk) menawarkan program latihan dan pendidikan koperasi yang menyeluruh di seluruh negara. Pada Jun 1997, IKM telah membuka cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan telah menawarkan perkhidmatan di Kuching, Sarawak pada September 1998. Ini diikuti dengan pembukaan IKM Zon Timur di Pahang (2009), Zon Utara di Kedah (2010) dan Zon Selatan di Johor (2010). Motto “Menerajui Kecemerlangan” membuktikan IKM berkemampuan serta berkeupayaan untuk menerajui pendidikan dan latihan sektor koperasi ke arah meningkatkan kemahiran pengurusan pemimpin, usahawan dan tenaga kerja koperasi melalui program latihan, khidmat nasihat dan konsultansi. Pelancaran Penjenamaan IKM 2019 bertempat di Auditorium Dato’ Abdul Majid, IKM, Petaling Jaya pada 16 Mei 2019 lalu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi yang mewakili Menteri MED, YB. Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof. IKM yang kini diterajui Ketua Pengarahnya, Haji Ariffin Mamat terus komited untuk menjadi sebuah institusi pendidikan dan latihan koperasi unggul serta memastikan peranannya terus relevan. Inisiatif penjenamaan ini juga turut memberi penekanan kepada tiga pelan transformasi IKM yang akan dilaksanakan iaitu: 1. Transformasi OUTPUT ke OUTCOME dengan memberi fokus kepada memperkasakan pendapatan koperasi supaya 60 peratus daripada koperasi di seluruh negara mencapai pendapatan melebihi RM1 juta setahun. 2. Transformasi untuk melonjak sumbangan daripada koperasi kepada Kadar Dalam Negara

Kasar (KDNK) dari 42 bilion (2018 kepada RM55 bilion menjelang 2020 menerusi pelbagai program termasuk Million Ringgit Coop League (MiRiCLe) di bawah IKM 3. Transformasi struktur, budaya kerja dan pendekatan turun padang membantu koperator

insan koperator sekaligus menjadi titik permulaan untuk lebih berdaya saing sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa. Dalam menerajui proses transformasi ini, MED mahu aspek pembangunan kapasiti modal insan koperasi di seluruh negara terus diperkasa. MED juga yakin IKM mampu berperanan sebagai pencetus inovasi dan idea dalam memacu koperasi seiring dengan perkembangan terkini. Bagi merelisasikan hasrat tersebut, IKM akan memantau keberkesanan latihan-latihan yang disampaikan kepada pertumbuhan pendapatan koperasi yang merangkumi rundingan, latihan, mentoring, coaching, penyelidikan dan penerbitan melalui Program Million Ringgit Coop League (MiRiCLe). IKM juga akan mengembangkan peranan Kolej iCOOP daripada empat kursus peringkat Diploma kepada lebih banyak kursus-kursus berkaitan sehingga ke peringkat ijazah pada masa hadapan.

Justeru,

IKM

berusaha

meningkatkan

keupayaan

warga

kerjanya membudayakan amalan kerja cemerlang, memperkasa budaya produktif dan inovatif, dengan berprestasi serta berintegriti dalam memikul tanggungjawab bagi mencapai sasaran keberhasilan utama Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020. Maka, peranan IKM dalam Teras Strategik Ketiga DKN amat besar bagi mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi di Malaysia. MED berharap IKM dapat mencorakkan landskap gerakan koperasi secara lebih kondusif khususnya dalam meningkatkan modal

LOGO

Elemen utama adalah imej tangan yang divisualkan ke dalam imej grafik. Ia melambangkan kesungguhan, kerjasama serta keyakinan dalam merintis kecemerlangan. Lima jari membawa maksud tersendiri. Tiga jari bewarna merah di bahagian tengah mewakili VISI, MISI dan OBJEKTIF . Manakala dua jari bewarna biru di kiri dan kanan mewakili FUNGSI dan KUASA IKM . Warna Merah melambangkan kesungguhan dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab Warna Biru memberi erti muafakat dan kerjasama Warna Hitam mencerminkan kekuatan dan keyakinan terhadap kecemerlangan koperasi di Malaysia

13 KOPERASI

Wujudkan Jawatan Guru Koperasi Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ J awatan khas selaku Guru Koperasi wajar dipertimbangkan kerana mereka akan dipertanggungjawabkan untuk memacu pembangunan modal insan dan perniagaan koperasi sekolah secara lebih khusus. Presiden ANGKASA, Dato’

Abdul Fattah Abdullah ketika hadir merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Bimbingan Pembangunan Koperasi Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL) berkata, Kementerian Pendidikan digesa supaya mewujudkan satu jawatan khas guru koperasi bagi membantu membangunkan gerakan koperasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi. “Saya rasa tidak ada masalah untuk kita adakan satu jawatan khas guru koperasi seperti guru sukan. Dengan adanya jawatan ini, koperasi akan lebih teratur dan memandangkan mereka kerja lain daripada tugas guru, imbuhan boleh diberikan,” katanya. Beliau juga turut memuji usaha SMKAKL yang mewujudkan sekretariat koperasi yang berperanan memastikan kerja-kerja berkaitan koperasi lebih tersusun dan berjalan lancar.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersama tetamu dan peserta bengkel.

SMKAKL antara koperasi sekolah yang terbaik di Wilayah Persekutuan dengan pencapaian perolehan sehingga hampir RM800 ribu pada tahun lalu. merupakan

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengetua SMKAKL, Encik Azman Yusof; Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Haji Noradzmi Baba

dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Najib Abdul Latiff. Setiausaha

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ KOMEKAR Sasar Capai RM1 Juta Menjelang 2020 M ajlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) dan Sambutan Aidilfitri telah berlangsung di Sekolah Menengah

majlis tersebut bertujuan untuk menguar-uarkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah kepada alam pendidikan, dalam dan luar kelas. Ia berperanan menyemai nilai murni dalam koperasi, mendidik murid berniaga selain bekerjasama dalam menjalankan kegiatan serta prihatin terhadap masyarakat. Koperator pelajar dan guru turut menerima Anugerah Guru Koperasi, Anugerah Koperator Terbaik, Anugerah Guru Pembimbing Koperator Terbaik, sijil penghargaan, hamper dan kupon pengunjung pilihan serta peruntukan daripada Tabung Kebajikan. Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Prof. Dr. Mansor Ahmad dan Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Saufi Shafie. Selain mempunyai tapak semaian fertigasi cili serta cendawan sutera yang diusahakan oleh 45 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi, KOMEKAR juga turut mengendalikan coop mart dan kiosk.

Kebangsaan Rawang (SEMEKAR) pada 19 Jun 2019. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan hadir merasmikan majlis mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Beliau dalam ucapannya menyatakan rasa keyakinan bahawa koperasi sekolah ke-10 terbaik di Selangor itu boleh mencapai sasaran jualan sebanyak RM1 juta pada tahun hadapan memandangkan kini telah hampir menjangkau 25 peratus sasaran perolehan. Katanya lagi, koperasi merupakan hak semua dalam sekolah dan amat penting untuk anggota melanggan dengan koperasi. Amalan berkoperasi juga berjaya menjadikan anggotanya supaya lebih berdikari melalui perniagaan sesuai dengan tema sambutan AKKS pada tahun ini iaitu ‘Koperasi Sekolah Membentuk Kemenjadian Murid’. Terdahulu, Pengetua merangkap Pengerusi KOMEKAR, Puan Norzalina Abdul Kadir berkata,

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan hadiah kepada guru koperasi.

» Cendawan sutera menjadi sumber pendapatan koperasi.

14 KOPERASI

Projek Ladang Integrasi Pertanian Hosba Mampu Raih Jualan Tahunan Lebih RM1 Juta

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

P rogram pembangunan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA semakin diperkasa menerusi pembukaan tanah di Mukim Hosba, Jitra, Kedah bagi mengusahakan tanaman jagung bijian secara komersial. Tanah landai berkeluasan 83.4 hektar milik Bina Darulaman Berhad itu adalah sebahagian kepada program pembangunan di bawah Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA khusus bagi penanaman jagung bijian. Menariknya, majlis menandatangani Memo- randum Perjanjian dan Pecah Tanah Projek Ladang Integrasi Pertanian Hosba antara ANGKASA dengan Famox Plantation (M) Sdn. Bhd. berlangsung di tengah-tengah kawasan projek itu sendiri pada 15 Mei 2019 dan disaksikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Kubang Pasu, Puan Norashikin Abdul Razak yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan. MoU tersebut ditandatangani sendiri oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah manakala Famox diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Encik Ramana K. Naidu. Turut hadir menyaksikan majlis MoU tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah, Encik Fadzir Kamaruddin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Pengerusi JPAN Perlis, Haji Sahimi Shari dan Ahli JPAN kedua-dua negeri serta barisan pengurusan tertinggi ANGKASA.

Dato’ Abdul Fattah ketika bercakap dalam sidang media memberitahu bahawa ANGKASA sedia memberi peluang kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menyertai projek tersebut dalam bentuk pelaburan mengikut fasa dan keluasan. Katanya, usaha tersebut dilihat mampu membawa pulangan hasil yang memberangsangkan kepada pelabur selain mempunyai pasaran yang terjamin kerana komodoti tersebut banyak bergantung kepada sumber import yang dianggarkan sekitar RM3.9 bilion. Jagung bijian sememangnya mendapat permintaan yang cukup tinggi di pasaran khususnya oleh penternak ayam dan ruminan tempatan. Program penanaman yang berskala besar dan konsisten diyakini dapat membantu meningkatkan perolehan sektor koperasi sekaligus mencapai sasaran perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menurut beliau, penanaman tersebut yang dilaksanakan secara berperingkat bermula Jun 2019 dijangka mampu meraih hasil tuaian semusim (empat bulan) sekitar 520 tan metrik dengan nilai pasaran sekitar RM420 ribu (semusim) atau RM1.2 juta setahun.

» Dato’ Abdul fattah dan Encik Ramana K. Naidu menunjukkan dokumen Memorandum Perjanjian dan Pecah Tanah Projek Ladang Integrasi Pertanian Hosba.

» Encik Ramana K. Naidu memberi penerangan tentang keadaan tapak projek tanaman jagung bijian kepada Dato’ Abdul Fattah. Turut sama ialah Pengarah SKM Kedah, Encik Fadzir Kamaruddin (paling kanan).

» Dato’ Abdul Fattah melakukan gimik pecah tanah Projek Ladang Integrasi Pertanian Hosba turut serta ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah, Encik Fadzir Kamaruddin.

15 KOPERASI

CBP Merintis Kecemerlangan Sebagai Coop Bank Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Datuk Nordin Salleh (enam dari kiri) bergambar bersama Anggota Lembaga Koperasi (ALK) CBP. Turut dalam gambar ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Hajah Meriam Mohd Noor (enam dari kanan).

P restasi cemerlang Co-op Bank Pertama (CBP) yang meningkat setiap tahun wajar dijadikan penanda aras bagi memastikan CBP terus cemerlang dalam mencapai visinya sebagai sebuah Co-op Bank yang terunggul di Malaysia. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) CBP Ke-60, menyatakan rasa kagum dengan pengiktirafannya sebagai sebuah Co-op Bank oleh SKM pada tahun 2014 sekaligus membuktikan bahawa CBP mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan institusi kewangan lain di Malaysia. Katanya, pencapaian CBP yang menduduki tempat ketiga terbaik dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018 telah membuktikan kematangan serta keupayaan CBP untuk terus maju seterusnya dapat memainkan peranan penting dalam memperhebatkan gerakan koperasi di Malaysia. Beliau turut menyuarakan ke- yakinan sekiranya prestasi perniagaan cemerlang CBP dijadikan contoh oleh koperasi lain, gerakan koperasi di

Malaysia akan dapat diperhebatkan dan memenuhi aspirasi Kerajaan yang mahu meningkatkan pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) gerakan koperasi sebanyak RM55 bilion men- jelang tahun 2020. Sementara itu, Pengerusi Co-op Bank Pertama, Haji Kamari Zaman Juhari dalam ucapan aluannya berkata,

sebagai sebuah organisasi yang mem- punyai lebih daripada 85,000 anggota, CBP telah berjaya mengharungi pel- bagai cabaran perniagaan sejak awal penubuhannya enam dekad yang lalu. Berkat usaha serta sokongan semua pihak, CBP berjaya meningkat- kan prestasi perniagaan dan memenuhi aspirasi serta mandat yang diamanahkan

oleh para anggota, pengawalselia serta pelanggannya. Turut hadir pada perasmian tersebut ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Hajah Meriam Mohd Noor; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Naib Pengerusi CBP, Encik Omar Mat Som.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah turut hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) CBP Ke-60.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease