Wadah PELANCAR Edisi Julai 2019

ANGKASA 10

ANGKASA Nafi Bersubahat Dalam Penipuan Pinjaman Koperasi

Oleh : RAHMAT MOHD DID

kalangan penjawat awam telah menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit melalui skim pinjaman peribadi yang mencecah angka RM340 juta sejak tujuh tahun lalu. Tugas ANGKASA hanya tertakluk kepada pengurusan pembayaran balik pinjaman termasuk membantu penjawat awam membayar caruman insurans bulanan, pelaburan, bayaran yuran, simpanan dan sumbangan. Potongan berkenaan hanya akan dibuat melalui persetujuan individu atau peminjam itu sendiri dan disahkan oleh majikan tempat individu berkenaan bekerja. Isu dan pertikaian tentang penyata gaji palsu dan jumlah potongan bulanan tidak sepatutnya timbul kerana ANGKASA mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dalam menangani penipuan sama ada melibatkan peminjam atau pemberi pinjaman. Urusan perkhidmatan potongan gaji ANGKASA juga dipantau ketat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Jabatan Akauntan Negara. Bagi meningkatkan kawalan dan kecekapan perkhidmatannya, ANGKASA telah memperkenalkan sistem laporan kredit yang dikenali sebagai Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAMCI (SPeKAR) pada tahun 2012. Melalui laporan sistem ini, had kemampuan berhutang peminjam boleh ditentukan

dan isu penipuan slip gaji boleh dikesan dari awal lagi. ANGKASA juga sudah melancarkan sistem permohonan pinjaman secara dalam talian melalui portal MyANGKASA AzZahra. Melaluinya, sistem pemprosesan permohonan pinjaman akan diproses secara lebih telus, cepat dan bersepadu berkonsepkan syariah. MyANGKASA AzZahra akan memastikan jumlah faedah dan fi yang dikenakan serta jumlah pinjaman yang sepatutnya diterima oleh peminjam adalah sama sebagaimana dinyatakan semasa permohonan dibuat. Pendekatan tersebut sekaligus meminimumkan penglibatan orang tengah atau ejen serta mengelak daripada kemungkinan berlakunya penipuan oleh sindiket tertentu. Penglibatan koperasi kredit dalam portal MyANGKASA AzZahra bukan sahaja perlu melalui proses penilaian yang sangat ketat malah hanya koperasi yang berkelayakan dengan rekod yang bersih dan hanya menawarkan pinjaman yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). ANGKASA mengalu-alukan tindakan pihak berkuasa untuk menyiasat perkara berkaitan aktiviti sindiket tersebut dan mengambil tindakan undang- undang bagi membendung atau memastikan kes penipuan seperti itu tidak lagi berlaku.

A NGKASA tidak pernah bersubahat dengan mana-mana pihak dalam kes-kes penipuan pinjaman melalui potongan gaji seperti yang didakwa dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 08 Jun 2019 bertajuk ‘Syndicated Loan Scam’. Artikel tersebut yang memetik satu kenyataan telah menyatakan bahawa lebih 170,000 peminjam dalam

Proses Sistem Potongan Gaji ANGKASA

Arahan Potongan Kebenaran potongan (BPA 1/79) Perubahan rekod (BPA 2/79)

Tuntutan Potongan

SPGA Had 60%

O R G A N I S A S I

P E L A N G G A N

P E M

Penghantaran data maklumat potongan, atau Penyata (manual)

Kelulusan Pinjaman

Semakan slip gaji & penyelesaian awal....

G A

ANGKASA 3 - 6 Hari

B A Y A R

Terimaan

J I

Cek bayaran / EFT dan data maklumat potongan yang telah diproses, atau Cek bayaran dan penyata manual

Kredit terus ke akaun bank Portal@SOLA.coop

Pembayaran

Cek / EFT dan fail maklumat bayaran anggota

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease