ANGKASA 11
Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA
A NGKASA melalui Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA telah merangka satu perkhidmatan di bawah projek ‘Co-operative Empowerment Plan 1’ (CEP1) yang dinamakan sebagai ‘Perkhidmatan kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA’ atau ‘ANGKASA Credit Collection and Recovery Services’ (ACCRS). Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu koperasi dalam mengutip semula tunggakan pembiayaan dan seterusnya memulihkan semula tunggakan tersebut. Pendekatan tersebut yang dijalankan secara profesional merangkumi pelbagai kaedah tuntutan termasuk penghantaran notis, panggilan telefon, faks dan lawatan ke premis. Perkhidmatan ini akan menyasarkan kepada semua 578 koperasi kredit di seluruh negara termasuklah 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan Bahagian Perkhidmatan ANGKASA (BPA), institusi-institusi perbankan dan agensi-agensi pembiayaan berlesen dengan kadar caj perkhidmatan yang minimum. Perkhidmatan ini tidak terhad kepada perkhidmatan kutipan sahaja tetapi lebih kepada satu instrumen pemulihan tunggakan pinjaman. Menerusinya, proses rundingan dan penyelesaian akan dibuat oleh pihak koperasi demi memastikan proses kutipan dibuat dengan lebih berhemah dan profesional mengikut tatacara kutipan yang ditetapkan. Mengimbas semula di awal perancangan perkhidmatan ini, pihak Sektor Kewangan telah menjalankan terlebih dahulu satu kajian melalui satu borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada beberapa koperasi kredit di seluruh negara bagi mendapatkan data ‘Non-Performing Financing (NPF) terkini. Melalui kajian tersebut, ANGKASA telah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut seperti : Oleh : MOHAMAD DARULNIZAM MAT DARUS Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan dan Sektor Kewangan
6.
Tiada kepakaran atau pengalaman dalam menguruskan kutipan balik tunggakan.
Kempen promosi di koperasi-koperasi kredit di seluruh negara telah giat dijalankan sejak Mac lalu bagi memberi penerangan secara lebih terperinci tentang perkhidmatan tersebut. Sehingga kini, terdapat 9 buah koperasi kredit telah menggunakan perkhidmatan ini dan dijangka akan meningkat bagi memastikan masalah tunggakan pembiayaan koperasi dapat diselesaikan sekaligus memberi impak positif kepada pencapaian perolehan koperasi. Sebarang maklumat dan informasi selanjutnya boleh menghubungi Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA di talian 03- 78846581 atau e-mel: sektorkewangan.angkasa@ gmail.com
Hasil dari kajian tersebut telah membawa kepada wujudnya ACCRS yang memberi penyelesaian kepada kutipan dan pemulihan (Collection and Recovery Solution) kepada koperasi yang memerlukan perkhidmatan ini. ANGKASA yakin dengan adanya infrastruktur sedia ada yang bakal menyokong perkhidmatan ini seperti SPGA oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan, unit SPeKAR, sistem kutipan menyeluruh serta pengkalan data yang meluas oleh panel-panel agensi yang dilantik, impaknya mampu memberi kelebihan kepada koperasi dalam mendapatkan semula bayaran tunggakan pembiayaan mereka pada kadar caj yang sangat minimum.
1.
Koperasi
tiada
kakitangan
untuk
menguruskan kutipan balik tunggakan.
2.
koperasi tiada sistem kutipan yang lengkap dalam menguruskan aktiviti kutipan tunggakan. Kekangan data terkini (Limitation of Data) menyukarkan koperasi menghubungi peminjam. Kesukaran koperasi dalam mendapatkan perkhidmatan DCA kerana caj yang dikenakan agak tinggi. Kurang kesedaran dalam kalangan koperasi terhadap kepentingan menguruskan tunggakan pinjaman koperasi.
Bagaimana ACCRS dapat membantu koperasi
3.
- Perkhidmatan kutipan dijalankan secara komprehensif atau menyeluruh.
- Mempunyai sistem kutipan bersepadu melalui rekod aktiviti, laporan dan data kutipan.
4.
- Semua kos berkaitan kutipan ditanggung walaupun tiada bayaran diterima.
- Pasukan khas yang terlatih dan profesional.
5.
- Mempunyai pengkalan data yang luas dalam menjalankan carian.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease