IKM 12
IKM Merentas Transformasi Pembangunan Modal Insan Koperasi Institut Koperasi Malaysia (IKM)
» Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi bergambar bersama warga kerja IKM, pelajar ICOOP serta koperator di Auditorium Dato’ Abdul Majid, IKM, Petaling Jaya
Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ I Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang dahulunya dikenali dengan nama Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah mencipta kecemerlangannya yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai pusat latihan koperasi terunggul di negara ini, Penjenamaan semula IKM memberi dimensi baharu kepada transformasi pusat kecemerlangan profesional selaras dengan aspirasi kerajaan yang mahu melihat IKM meningkatkan peranannya dan lebih berdaya maju dalam bidang koperasi di negara ini. The Institute For The Development Of Agriculture Co-operative (IDACA), di Jepun dan Pusat Latihan Otalora, Sepanyol merupakan antara negara yang memiliki pusat latihan koperasi dan memiliki sistem pendidikan yang tersendiri. Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1956, IKM kini berjaya membuktikan keupayaan membangunkan modal insan koperasi dan sentiasa memastikan golongan koperator sentiasa berilmu dan kompeten. Sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan koperasi, IKM telah menunjukkan kemampuan dan keupayaan melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan dalam membangunkan keperluan fizikal pembelajaran bagi menampung lebih ramai koperator mendapat peluang pendidikan dan latihan koperasi dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan. Sejarah merekodkan, IKM telah diiktiraf sebagai sebuah Badan Berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan 2011) [Akta 1398] yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2011 yang bertujuan memperkemaskan tadbir urus IKM supaya dapat merancang dan menjalankan program berinovatif dan kreatif bagi menyokong pembangunan gerakan koperasi.
IKM yang beralamat di 103 Jalan Templer, 46700, Petaling Jaya, Selangor (Kampus Induk) menawarkan program latihan dan pendidikan koperasi yang menyeluruh di seluruh negara. Pada Jun 1997, IKM telah membuka cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan telah menawarkan perkhidmatan di Kuching, Sarawak pada September 1998. Ini diikuti dengan pembukaan IKM Zon Timur di Pahang (2009), Zon Utara di Kedah (2010) dan Zon Selatan di Johor (2010). Motto “Menerajui Kecemerlangan” membuktikan IKM berkemampuan serta berkeupayaan untuk menerajui pendidikan dan latihan sektor koperasi ke arah meningkatkan kemahiran pengurusan pemimpin, usahawan dan tenaga kerja koperasi melalui program latihan, khidmat nasihat dan konsultansi. Pelancaran Penjenamaan IKM 2019 bertempat di Auditorium Dato’ Abdul Majid, IKM, Petaling Jaya pada 16 Mei 2019 lalu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi yang mewakili Menteri MED, YB. Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof. IKM yang kini diterajui Ketua Pengarahnya, Haji Ariffin Mamat terus komited untuk menjadi sebuah institusi pendidikan dan latihan koperasi unggul serta memastikan peranannya terus relevan. Inisiatif penjenamaan ini juga turut memberi penekanan kepada tiga pelan transformasi IKM yang akan dilaksanakan iaitu: 1. Transformasi OUTPUT ke OUTCOME dengan memberi fokus kepada memperkasakan pendapatan koperasi supaya 60 peratus daripada koperasi di seluruh negara mencapai pendapatan melebihi RM1 juta setahun. 2. Transformasi untuk melonjak sumbangan daripada koperasi kepada Kadar Dalam Negara
Kasar (KDNK) dari 42 bilion (2018 kepada RM55 bilion menjelang 2020 menerusi pelbagai program termasuk Million Ringgit Coop League (MiRiCLe) di bawah IKM 3. Transformasi struktur, budaya kerja dan pendekatan turun padang membantu koperator
insan koperator sekaligus menjadi titik permulaan untuk lebih berdaya saing sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa. Dalam menerajui proses transformasi ini, MED mahu aspek pembangunan kapasiti modal insan koperasi di seluruh negara terus diperkasa. MED juga yakin IKM mampu berperanan sebagai pencetus inovasi dan idea dalam memacu koperasi seiring dengan perkembangan terkini. Bagi merelisasikan hasrat tersebut, IKM akan memantau keberkesanan latihan-latihan yang disampaikan kepada pertumbuhan pendapatan koperasi yang merangkumi rundingan, latihan, mentoring, coaching, penyelidikan dan penerbitan melalui Program Million Ringgit Coop League (MiRiCLe). IKM juga akan mengembangkan peranan Kolej iCOOP daripada empat kursus peringkat Diploma kepada lebih banyak kursus-kursus berkaitan sehingga ke peringkat ijazah pada masa hadapan.
Justeru,
IKM
berusaha
meningkatkan
keupayaan
warga
kerjanya membudayakan amalan kerja cemerlang, memperkasa budaya produktif dan inovatif, dengan berprestasi serta berintegriti dalam memikul tanggungjawab bagi mencapai sasaran keberhasilan utama Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020. Maka, peranan IKM dalam Teras Strategik Ketiga DKN amat besar bagi mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi di Malaysia. MED berharap IKM dapat mencorakkan landskap gerakan koperasi secara lebih kondusif khususnya dalam meningkatkan modal
LOGO
Elemen utama adalah imej tangan yang divisualkan ke dalam imej grafik. Ia melambangkan kesungguhan, kerjasama serta keyakinan dalam merintis kecemerlangan. Lima jari membawa maksud tersendiri. Tiga jari bewarna merah di bahagian tengah mewakili VISI, MISI dan OBJEKTIF . Manakala dua jari bewarna biru di kiri dan kanan mewakili FUNGSI dan KUASA IKM . Warna Merah melambangkan kesungguhan dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab Warna Biru memberi erti muafakat dan kerjasama Warna Hitam mencerminkan kekuatan dan keyakinan terhadap kecemerlangan koperasi di Malaysia
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease