Wadah PELANCAR Edisi Julai 2019

13 KOPERASI

Wujudkan Jawatan Guru Koperasi Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ J awatan khas selaku Guru Koperasi wajar dipertimbangkan kerana mereka akan dipertanggungjawabkan untuk memacu pembangunan modal insan dan perniagaan koperasi sekolah secara lebih khusus. Presiden ANGKASA, Dato’

Abdul Fattah Abdullah ketika hadir merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Bimbingan Pembangunan Koperasi Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL) berkata, Kementerian Pendidikan digesa supaya mewujudkan satu jawatan khas guru koperasi bagi membantu membangunkan gerakan koperasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi. “Saya rasa tidak ada masalah untuk kita adakan satu jawatan khas guru koperasi seperti guru sukan. Dengan adanya jawatan ini, koperasi akan lebih teratur dan memandangkan mereka kerja lain daripada tugas guru, imbuhan boleh diberikan,” katanya. Beliau juga turut memuji usaha SMKAKL yang mewujudkan sekretariat koperasi yang berperanan memastikan kerja-kerja berkaitan koperasi lebih tersusun dan berjalan lancar.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersama tetamu dan peserta bengkel.

SMKAKL antara koperasi sekolah yang terbaik di Wilayah Persekutuan dengan pencapaian perolehan sehingga hampir RM800 ribu pada tahun lalu. merupakan

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengetua SMKAKL, Encik Azman Yusof; Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Haji Noradzmi Baba

dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Najib Abdul Latiff. Setiausaha

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ KOMEKAR Sasar Capai RM1 Juta Menjelang 2020 M ajlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) dan Sambutan Aidilfitri telah berlangsung di Sekolah Menengah

majlis tersebut bertujuan untuk menguar-uarkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah kepada alam pendidikan, dalam dan luar kelas. Ia berperanan menyemai nilai murni dalam koperasi, mendidik murid berniaga selain bekerjasama dalam menjalankan kegiatan serta prihatin terhadap masyarakat. Koperator pelajar dan guru turut menerima Anugerah Guru Koperasi, Anugerah Koperator Terbaik, Anugerah Guru Pembimbing Koperator Terbaik, sijil penghargaan, hamper dan kupon pengunjung pilihan serta peruntukan daripada Tabung Kebajikan. Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Prof. Dr. Mansor Ahmad dan Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Saufi Shafie. Selain mempunyai tapak semaian fertigasi cili serta cendawan sutera yang diusahakan oleh 45 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi, KOMEKAR juga turut mengendalikan coop mart dan kiosk.

Kebangsaan Rawang (SEMEKAR) pada 19 Jun 2019. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan hadir merasmikan majlis mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Beliau dalam ucapannya menyatakan rasa keyakinan bahawa koperasi sekolah ke-10 terbaik di Selangor itu boleh mencapai sasaran jualan sebanyak RM1 juta pada tahun hadapan memandangkan kini telah hampir menjangkau 25 peratus sasaran perolehan. Katanya lagi, koperasi merupakan hak semua dalam sekolah dan amat penting untuk anggota melanggan dengan koperasi. Amalan berkoperasi juga berjaya menjadikan anggotanya supaya lebih berdikari melalui perniagaan sesuai dengan tema sambutan AKKS pada tahun ini iaitu ‘Koperasi Sekolah Membentuk Kemenjadian Murid’. Terdahulu, Pengetua merangkap Pengerusi KOMEKAR, Puan Norzalina Abdul Kadir berkata,

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan hadiah kepada guru koperasi.

» Cendawan sutera menjadi sumber pendapatan koperasi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease