Wadah PELANCAR Edisi Julai 2019

14 KOPERASI

Projek Ladang Integrasi Pertanian Hosba Mampu Raih Jualan Tahunan Lebih RM1 Juta

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

P rogram pembangunan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA semakin diperkasa menerusi pembukaan tanah di Mukim Hosba, Jitra, Kedah bagi mengusahakan tanaman jagung bijian secara komersial. Tanah landai berkeluasan 83.4 hektar milik Bina Darulaman Berhad itu adalah sebahagian kepada program pembangunan di bawah Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA khusus bagi penanaman jagung bijian. Menariknya, majlis menandatangani Memo- randum Perjanjian dan Pecah Tanah Projek Ladang Integrasi Pertanian Hosba antara ANGKASA dengan Famox Plantation (M) Sdn. Bhd. berlangsung di tengah-tengah kawasan projek itu sendiri pada 15 Mei 2019 dan disaksikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Kubang Pasu, Puan Norashikin Abdul Razak yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan. MoU tersebut ditandatangani sendiri oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah manakala Famox diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Encik Ramana K. Naidu. Turut hadir menyaksikan majlis MoU tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah, Encik Fadzir Kamaruddin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Pengerusi JPAN Perlis, Haji Sahimi Shari dan Ahli JPAN kedua-dua negeri serta barisan pengurusan tertinggi ANGKASA.

Dato’ Abdul Fattah ketika bercakap dalam sidang media memberitahu bahawa ANGKASA sedia memberi peluang kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menyertai projek tersebut dalam bentuk pelaburan mengikut fasa dan keluasan. Katanya, usaha tersebut dilihat mampu membawa pulangan hasil yang memberangsangkan kepada pelabur selain mempunyai pasaran yang terjamin kerana komodoti tersebut banyak bergantung kepada sumber import yang dianggarkan sekitar RM3.9 bilion. Jagung bijian sememangnya mendapat permintaan yang cukup tinggi di pasaran khususnya oleh penternak ayam dan ruminan tempatan. Program penanaman yang berskala besar dan konsisten diyakini dapat membantu meningkatkan perolehan sektor koperasi sekaligus mencapai sasaran perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menurut beliau, penanaman tersebut yang dilaksanakan secara berperingkat bermula Jun 2019 dijangka mampu meraih hasil tuaian semusim (empat bulan) sekitar 520 tan metrik dengan nilai pasaran sekitar RM420 ribu (semusim) atau RM1.2 juta setahun.

» Dato’ Abdul fattah dan Encik Ramana K. Naidu menunjukkan dokumen Memorandum Perjanjian dan Pecah Tanah Projek Ladang Integrasi Pertanian Hosba.

» Encik Ramana K. Naidu memberi penerangan tentang keadaan tapak projek tanaman jagung bijian kepada Dato’ Abdul Fattah. Turut sama ialah Pengarah SKM Kedah, Encik Fadzir Kamaruddin (paling kanan).

» Dato’ Abdul Fattah melakukan gimik pecah tanah Projek Ladang Integrasi Pertanian Hosba turut serta ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah, Encik Fadzir Kamaruddin.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease