15 KOPERASI
CBP Merintis Kecemerlangan Sebagai Coop Bank Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Datuk Nordin Salleh (enam dari kiri) bergambar bersama Anggota Lembaga Koperasi (ALK) CBP. Turut dalam gambar ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Hajah Meriam Mohd Noor (enam dari kanan).
P restasi cemerlang Co-op Bank Pertama (CBP) yang meningkat setiap tahun wajar dijadikan penanda aras bagi memastikan CBP terus cemerlang dalam mencapai visinya sebagai sebuah Co-op Bank yang terunggul di Malaysia. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) CBP Ke-60, menyatakan rasa kagum dengan pengiktirafannya sebagai sebuah Co-op Bank oleh SKM pada tahun 2014 sekaligus membuktikan bahawa CBP mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan institusi kewangan lain di Malaysia. Katanya, pencapaian CBP yang menduduki tempat ketiga terbaik dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018 telah membuktikan kematangan serta keupayaan CBP untuk terus maju seterusnya dapat memainkan peranan penting dalam memperhebatkan gerakan koperasi di Malaysia. Beliau turut menyuarakan ke- yakinan sekiranya prestasi perniagaan cemerlang CBP dijadikan contoh oleh koperasi lain, gerakan koperasi di
Malaysia akan dapat diperhebatkan dan memenuhi aspirasi Kerajaan yang mahu meningkatkan pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) gerakan koperasi sebanyak RM55 bilion men- jelang tahun 2020. Sementara itu, Pengerusi Co-op Bank Pertama, Haji Kamari Zaman Juhari dalam ucapan aluannya berkata,
sebagai sebuah organisasi yang mem- punyai lebih daripada 85,000 anggota, CBP telah berjaya mengharungi pel- bagai cabaran perniagaan sejak awal penubuhannya enam dekad yang lalu. Berkat usaha serta sokongan semua pihak, CBP berjaya meningkat- kan prestasi perniagaan dan memenuhi aspirasi serta mandat yang diamanahkan
oleh para anggota, pengawalselia serta pelanggannya. Turut hadir pada perasmian tersebut ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Hajah Meriam Mohd Noor; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Naib Pengerusi CBP, Encik Omar Mat Som.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah turut hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) CBP Ke-60.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease