Wadah PELANCAR Edisi Julai 2019

3

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

ANGKASA Terus Perkasakan Peranan Sebagai Badan Apeks Koperasi Negara

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

A NGKASA akan terus memperkasakan peranannya dalam memajukan gerakan koperasi negara menerusi Pelan Strategik ANGKASA 2017-2050 selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Dasar Koperasi Negara. Menyedari sektor koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi negara, ANGKASA terus komited dan memastikan strategi yang dilaksanakan akan memberi kejayaan

kepada perkembangan koperasi negara kerana potensi sektor ini dilihat begitu besar dalam pembangunan negara. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapannya menyatakan, Pelan Strategik ANGKASA yang dirangka sejak tahun 2016 dan diterima pakai pada tahun 2017 itu telah mengambil kira pandangan semua pihak dan ANGKASA terus melangkah seiring dengan kemajuan negara. Usaha dan strategi itu juga sekaligus menyahut saranan yang

dilontarkan Menteri Pembangunan Usahawan, YB. Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof yang mahu melihat koperasi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 kepada RM55 bilion di sebalik kekangan dari pelbagai faktor khususnya ekosistem perniagaan dan undang-undang atau peraturan yang tidak mesra koperasi. Peningkatan RM5 bilion itu adalah angka penambahan kepada sasaran awal kerajaan iaitu RM50 bilion ke arah meningkatkan perolehan koperasi seterusnya melonjakkan pencapaian koperasi negara. “Dalam memenuhi hasrat kerajaan yang mahu melihat sektor koperasi berkembang maju, ANGKASA mahu memastikan koperasi dewasa terus diperkasakan di samping terus berusaha mempelbagaikan perniagaan koperasi sekolah supaya perolehannya terus meningkat. “Kini, perkembangan gerakan koperasi di Malaysia boleh disifatkan berlaku secara organik. Statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 31 Disember 2018 telah menyaksikan jumlah perangkaan yang besar dan jika dimanfaatkan ia boleh

dikembangkan lagi demi kemajuan koperasi. “Berdasarkan rekod, sebanyak 14,247 buah koperasi dengan jumlah anggota individu seramai kira-kira enam juta orang dan jumlah syer/ yuran adalah sebanyak RM14.91 bilion; jumlah aset keseluruhan bernilai RM142.86 bilion serta jumlah perolehan adalah sebanyak RM40.32 bilion. “Pencapaian ini jelas mem- buktikan bahawa potensi sektor koperasi begitu besar dan ia perlu diperkukuhkan supaya lebih banyak bidang perniagaan yang boleh diterokai khususnya melibatkan kegiatan perniagaan berimpak tinggi,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dan Makan Malam Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-34 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 28 Jun 2019 lalu. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA terdiri daripada Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Naib- Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Haji Mohamed Azmi Omaruddin, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA yang diketuai Dr. Ainuddin Bahari; Pengerusi Tetap Persidangan PKTA Ke-34, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Haji Abd. Aziz Jusoh.

» YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (duduk dari kiri) turut hadir dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Makan Malam PKTA Ke-34.

» Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease