4
PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -
Infaq Lil-Waqf ANGKASA Sumbang Bangunan Wakaf Bernilai RM4.6 Juta
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (tiga dari kanan) dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kiri) menekan butang pada skrin sebagai tanda pelancaran aplikasi mudah alih ePELANCAR.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA bernilai RM4.6 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh (tiga dari kiri).
M ajlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri sempena Per- sidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-34 telah berlangsung pada malam 28 Jun 2019 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis yang telah dihadiri hampir 4,000 perwakilan dan barisan tetamu itu telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Haji Ariffin Mamat dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso. Turut berlangsung dalam majlis yang sama adalah penyerahan cek sumbangan bangunan wakaf bernilai RM4.6 juta kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh. Bangunan wakaf yang disumbangkan menerusi Tabung Infaq Lil-Waqf ANGKASA merupakan sebuah kompleks kemudahan awam bertempat di Presint 11, Putrajaya. Semua koperasi sekolah di seluruh negara turut menerima sumbangan koleksi bahan bacaan daripada anak syarikat Utusan Malaysia, Tintarona Publications Sdn. Bhd. Tiga
wakil koperasi sekolah cemerlang yang menjana perolehan melebihi RM1 juta telah menerima tiga buah buku sebagai tanda simbolik sumbangan tersebut. Usaha ini merupakan salah satu program khidmat masyarakat Kumpulan Utusan bersama ANGKASA. Dalam usaha ANGKASA untuk memastikan perkongsian maklumat mengenai aktiviti dan pencapaian koperasi di seluruh negara dapat disebar secara lebih meluas, ANGKASA telah melancarkan aplikasi mudah alih ePELANCAR. Aplikasi tersebut kini boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple Store dan Play Store. Program Pembekalan Barangan Asas 100 atau lebih dikenali sebagai BA100 turut diperkenalkan kepada semua perwakilan yang hadir. BA100 merupakan satu program bersepadu yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusannya untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutama membantu dan menawarkan penjualan barangan asas pada harga berpatutan. Program ini telah mendapat sokongan pihak kerajaan untuk diperluaskan ke seluruh Malaysia. Majlis turut menyaksikan satu pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. dengan Ismail Holdings untuk usahasama penerbangan secara charter untuk umrah dan ziarah.
» Datuk Wan Suraya ditunjukkan cara penggunaan aplikasi mudah alih “Jimat” oleh kakitangan ANGKASA.
» Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (empat dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara Ismail Holdings yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Seri Haji Ismail Abdul Rahman (tiga dari kanan) dengan MyANGKASA Holdings yang diwakili oleh Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyerahkan sumbangan buku oleh Tintarona Publications kepada Pengerusi Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad, Encik Anuar Mohammad (dua dari kanan) sambal disaksikan oleh Pengurus Kanan Operasi Tintarona Publications, Encik Azlan Abdul Aziz (tiga dari kanan).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease