Wadah PELANCAR Edisi Julai 2019

5

PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -

ANGKASA Penggerak Perdagangan Global Koperasi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

P residen ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan keyakinan teguh bahawa ANGKASA mampu menjadi “player” koperasi utama di rantau ASEAN dan rantau Asia Pasifik terutamanya dalam bidang perdagangan antarabangsa. Kepercayaan sebulat suara oleh gerakan koperasi ne-gara ASEAN yang melantik beliau sebagai Pre-siden ASEAN Co-operative Organisation (ACO) bagi penggal kedua bagi tempoh 2018 – 2022 jelas memberi tugas dan tanggungjawab

besar buat ANGKASA untuk berusaha menjadi player koperasi di rantau ASEAN. Justeru, bagi tempoh 2024 hingga 2030, ANGKASA menyasarkan untuk menjadi penggerak utama perdagangan global bagi gerakan koperasi khususnya di rantau ASEAN dan Asia Pasifik. “Dengan bilangan penduduk ASEAN seramai 641 juta dan bilangan koperasi kira-kira 238 ribu buah, ANGKASA komited dan sudah mula melaksanakan jalinan kerjasama perdagangan dengan koperasi-koperasi rantau ASEAN menerusi

pengwujudan “ASEAN CORNER” di setiap negara dan sekurang-kurangnya sepuluh produk terpilih setiap negara dipamer dan dipasarkan melalui koperasi. “Rantau Asia Pasifik pula mempunyai bilangan penduduk melebihi 4 bilion iaitu hampir 60 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia. Rantau ini merangkumi negara China dan India yang mempunyai kapasiti penduduk yang tinggi iaitu kira- kira 2.2 bilion orang. Ini membuktikan betapa besarnya peluang perniagaan dan potensi pengguna sekiranya koperasi-

koperasi Malaysia memasarkan produk mereka ke luar negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-34 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 29 Jun 2019 lalu. Dato’ Abdul Fattah berkata, ANGKASA sentiasa dan terus berusaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan koperasi di semua negara sebagai langkah proaktif sektor koperasi untuk menembusi pasaran global. Ini bertepatan dengan inisiatif ANGKASA yang menempatkan wakil gerakan koperasi dari China, Jepun dan Korea Selatan ketika ini di Malaysia Business Office (MBO) yang terletak di ANGKASA, Kelana Jaya dan jalinan kerjasama perdagangan kini sedang giat dijalankan sekaligus memberi peluang kepada Malaysia memainkan peranan penting dalam menggerakkan perdagangan koperasi secara aktif di rantau Asia Pasifik. Selain itu, dalam memajukan lagi perniagaan koperasi, ANGKASA akan terus memainkan peranan dalam mengenengahkan pelbagai inovasi, idea dan konsep serta bimbingan menerusi pelbagai program pendedahan ilmu yang dilaksanakan untuk kemajuan dan manfaat koperasi.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan ucapan.

4,373 Perwakilan Hadir PKTA Ke-34

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

S eramai 4,373 perwakilan daripada 4,368 buah koperasi telah menghadiri Persidangan Kebangsaan Tahu- nan ANGKASA (PKTA) Ke-34 pada 29 Jun 2019 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Persidangan yang dipen- gerusikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik telah berlangsung dengan baik dan teratur. Beliau turut dibantu oleh Timbalan Pengerusi Persidangan, Haji Mohamad Noor Mohamad dan Naib Pengerusi Persidangan, Dato’ Haji Haron Haji Abdullah.

Turut

hadir

dalam

majlis ialah

perasmian

tersebut

Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Hajah Meriam Mat Nor dan Pengarah Kanan Bahagian Koperasi, Kementerian Pembangunan Usahawan, Dr. Salmah Ishak. Kehadiran perwakilan ke PKTA kali ini meningkat sebanyak 14 peratus daripada 3,806 orang pada tahun 2018. Kehadiran yang memberangsangkan ini menunjukkan agenda koperasi negara merupakan perkara penting yang sentiasa diberikan perhatian oleh koperator.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease