6
PERSIDANGAN KEBANGSAAN TAHUNAN ANGKASA KE -
Jurucakap Negeri Ketengah Suara Koperator
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
atau agensi yang lebih baik dari segi fungsi dan gerak kerjanya. Dalam isu yang sama, Prof. Dr. Mohamed Saat Ismail yang merupakan jurucakap Negeri Kelantan dari Koperasi Warga USM Kelantan Berhad berkata JPAN seharusnya menjadi penggerak atau perantara untuk membantu membangunkan koperasi mengikut sektor- sektor yang telah diwujudkan. Tambah beliau lagi, JPAN perlu berusaha menyediakan data raya di peringkat negeri masing- masing mengikut Entry Point Project dengan kerjasama SKM. Jurucakap Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Fadzil Abdul Ghani dari Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad mencadangkan anak-anak syarikat ANGKASA perlu merangka pelan perniagaan lebih rasional dan berdaya maju untuk meningkatkan pendapatan. Beliau turut berpandangan subsidiari- subsidiari perlu mempunyai tadbir urus dan rangka kerja kewangan yang lebih cekap dan setanding dengan pemain-pemain industri lain yang ada di pasaran sekarang. Haji Aarif Abdullah dari Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman Berhad yang merupakan jurucakap Negeri Kedah turut menyeru koperasi- koperasi di negeri tersebut supaya meneroka peluang perniagaan dalam sektor tenaga baharu khususnya solar memandangkan ANGKASA sedang mencari 200 ekar tanah untuk membangunkan projek solar di Kedah. Mengetengahkan agenda koperasi wanita turut dibangkitkan oleh jurucakap Wilayah Persekutuan, Puan Rosnah Ismail dari Koperasi Usahanita Muslimat Berhad.
Jurucakap Negeri Selangor, Encik Berahim Abdul Gapal mencadangkan “ANGKASA perlu mewujudkan tabung atau dana khas dengan peruntukan daripada keuntungan perniagaan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. atau daripada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi yang diamanahkan SKM bagi membantu koperasi- koperasi yang memerlukan bantuan/ sebagai insentif sokongan/galakan kepada perniagaan sedia ada.” Isu koperasi sekolah turut diketengahkan oleh jurucakap Negeri Kelantan, Haji Nik Zainal Nik Sulaiman dari Koperasi SMK Pangkal Kalong Kota Bharu Berhad yang mengatakan agak sukar untuk koperasi sekolah terutama yang terletak di kawasan pedalaman atau luar bandar untuk menjana perolehan lebih daripada RM1 juta seperti yang telah disasarkan oleh ANGKASA. Menurut beliau lagi, kepelbagaian aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi sekolah yang tidak mencatat perolehan seperti yang ditetapkan perlu diambil kira oleh ANGKASA. Jurucakap Negeri Pahang Zon 2, Haji Abu Hanifah BK Koya Moideen Kutty dari Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad turut berkata bersempena dengan kempen “Sayangi Minyak Sawitku”, ANGKASA perlu memainkan peranan dominan dengan mendidik ahli untuk membantu kerajaan bagi mempertahankan khazanah negara tersebut. Tambah beliau juga, koperasi mesti berperanan sebagai pemain utama dalam sektor hiliran seperti pembungkusan minyak masak.
A ntara isu yang telah dibangkitkan oleh jurucakap negeri adalah menghidupkan koperasi dorman. Menurut jurucakap Negeri Terengganu iaitu Haji Ismail Muda dari Koperasi PEKA Malaysia Berhad yang mengutarakan isu tersebut, di saat koperasi sedang gigih berusaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk merekod perolehan RM55 bilion menjelang 2020, jangan lupa untuk membantu koperasi- koperasi yang tidak aktif. Jurucakap Wilayah Persekutuan, Encik Raja Hang Tuah Raja Iskandar dari Koperasi Tenaga Nasional Berhad pula telah melahirkan kebimbangan perwakilan-perwakilan mengenai penguatkuasaan GP29: Garis Panduan Pelaksanaan Akaun Deposit Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 1 Januari 2019. Menurut beliau, penguatkuasaan GP29 mampu memberi masalah dari segi aliran tunai dan modal untuk koperasi lebih berdaya maju. Beliau berharap ANGKASA dapat meneliti perkara ini dan memaklumkan kepada SKM penambahbaikan yang boleh dilakukan. Memperkasakan lagi peranan, fungsi dan sistem gerak kerja Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) turut dibangkitkan oleh jurucakap Negeri Selangor, Encik Berahim Abdul Gapal dari Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad. Beliau berkata ANGKASA perlu melaksanakan penjenamaan semula atau menukar taraf JPAN, daripada hanya menjadi pusat perhubungan kepada taraf cawangan » Jurucakap Negeri bergambar bersama selepas selesai persidangan.
Keputusan Pemilihan Presiden dan Naib Presiden ANGKASA untuk Sesi 2019-2022
Presiden
Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
Naib Presiden
Keputusan pemilihan enam orang daripada perwakilan sebagai Jawatankuasa Menentusah Draf Minit PKTA Ke-34
1) Haji Alimen Ahmad 2) Puan Norizah Abdullah 3) Dato’ Haji Mat Rejab Kassim 4) Puan Siti Zawiyah Ahmad 5) Encik Putera Syyamil Ismail 6) Puan Fadzillah Arshad
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik meraikan kemenangan selepas masing-masing dipilih sebagai Presiden dan Naib Presiden ANGKASA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease