Wadah PELANCAR Edisi Julai 2019

7

ANGKASA

Oleh : RAHMAT MOHD DID Johan Petanque Peringkat Sekolah Layak Wakili Negara

K ejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Sekolah akan dijenama- kan semula kepada Piala Petanque Junior Kebangsaan bagi membolehkan juara menjadi wakil negara di pertandingan peringkat antara- bangsa. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatan- kuasa Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, persetujuan bersama Majlis Petanque Kebangsaan telahpun dicapai dan akan dilaksanakan

» Dr. Mohd Azlan Yahya dan Haji Mohd Jamil Othman bergambar bersama para pemenang dan guru-guru pengiring Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019.

Kategori Dewasa Lelaki Johan

di Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Jitra, Kedah pada Ogos 2019 nanti. “Kita mahu atlet-atlet petanque ANGKASA ini lebih dihargai bakat mereka dan mampu pergi lebih jauh di peringkat antarabangsa, bukan sekadar tamat di peringkat kebangsaan sahaja.” Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019 yang berlangsung 15 Jun lalu di Gelanggang Petanque, SMK Permatang Tok Jaya, Butterworth, Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan hadiah tempat pertama sehingga keempat bagi Kategori Sekolah Lelaki dan Kategori Sekolah Perempuan. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman; Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Petanque ANGKASA Pulau Pinang, Encik Hassan Din; Arbiter Petanque Malaysia, Haji Zainal Abidin Mohd Tahir;

Penyelaras Kejohanan Petanque mewakili SMK Permatang Tok Jaya, Encik Nasri Ismail serta Anggota-Anggota JPAN Pulau Pinang.

: Koperasi Universiti Sains Malaysia (USM) Berhad

Naib Johan : Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad Tempat Ketiga : Koperasi Komuniti Kampung Pertama Permatang Pauh Berhad Tempat Keempat : Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad

Kategori Sekolah Lelaki Johan

: Koperasi SMK Permatang Rawa Berhad : Koperasi Kolej Vokasional Nibong Tebal Berhad

Naib Johan

Tempat Ketiga : Koperasi SMK Guar Perahu Berhad Tempat Keempat : Koperasi SMK Gemilang Berhad

Kategori Dewasa Wanita Johan

: Koperasi Kolej Komuniti Kepala Batas Berhad

Kategori Sekolah Perempuan Johan

Naib Johan : Koperasi Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Berhad Tempat Ketiga : Koperasi Universiti Sains Malaysia (USM) Berhad Tempat Keempat : Koperasi PDRM Pulau Pinang Berhad

: Koperasi SMK Telok Air Tawar Butterworth Berhad

Naib Johan : Koperasi SMK Seri Balik Pulau Berhad Tempat Ketiga : Koperasi SMK Batu Maung Berhad Tempat Keempat : Koperasi SMK Guar Perahu Berhad

#QuranHour: Al-Quran Bentuk Peribadi Muslim Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Program Satu Jam Bersama Al- Quran itu bertujuan menggalakkan usaha pengamalan nilai-nilai mulia menerusi Al-Quran selain membentuk jiwa berbudi dan penyayang dalam kehidupan setiap insan. World #QuranHour turut disambut di seluruh negara dengan tema “Dunia Berbudi Dan Penyayang” yang diambil dari Surah Al-Kahfi. Kempen tersebut membentuk landasan solidariti ummah seluruh dunia menerusi pembacaan Al- Quran dengan mengambil semangat dan keberkatan 10 hari terakhir Ramadan. Pemilihan Surah Al-Kahfi adalah bertepatan untuk kempen ini kerana kefahaman terhadap surah tersebut menjadi benteng dan landasan kepada ummah berupaya mengemudi kehidupan mengikut Al-Quran dari kerangka yang digariskan oleh Allah SWT.

» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya bersama warga kerja ANGKASA menunjukkan simbol #World QuranHour sebagai tanda sokongan terhadap kempen Satu Jam Bersama Al-Quran.

P rogram Coop Care Sempena Sambutan World #QuranHour yang berlangsung di Auditorium ANGKASA pada 30 Mei 2019 (25

Ramadan 1440H) lalu merupakan satu inisiatif menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui ‘Faham, Baca dan Amal’.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease