Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

Dari Meja Presiden

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Salam Sejahtera

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Pada bulan Mac dan April 2019, bermulalah episod Persidangan Negeri (PN). Bermula pada 12 Mac 2019 untuk PN Selangor dan berakhir pada 27 April 2019 bagi negeri Sabah. Di sinilah bermula segalanya. Perwakilan dari koperasi ahli ANGKASA akan berkumpul dan bermesyuarat bagi menunaikan tanggungjawab mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA. Menurut Perkara 45 UUK ANGKASA, “Persidangan Negeri hendaklah diadakan sekali pada tiap-tiap tahun dan setiap koperasi ahli dalam negeri berkenaan berhak menghantar perwakilan” berdasarkan syarat-syarat yang termaktub dalam perkara ini. Ini bermakna, setiap koperasi ahli ANGKASA perlu menghantar perwakilan untuk hadir ke PN sebagai tanda menunaikan tanggungjawab selaras dengan UUK ANGKASA. Melalui PN, perwakilan dapat memberikan pandangan dan menyuarakan perkara berkenaan koperasi di samping membina jaringan perniagaan dari kalangan koperasi yang hadir. Di sinilah kekuatan koperasi. Kita bersatu di bawah satu gagasan yang mendokong aspirasi bersama. Kita mempunyai impian yang sama, iaitu mensejahterakan anggota khususnya dan masyarakat amnya. Ambillah peluang ini (menyertai PN), untuk kita bersama- sama memikirkan bagaimana untuk melonjakkan momentum pergerakan koperasi supaya mampu memberikan impak yang besar kepada ekonomi negara. PN merupakan wadah utama kita bersatu menyatakan pendirian terhadap sesuatu perkara dan mencapai kesepakatan untuk melaksanakan pembangunan koperasi di peringkat negeri. Hasil kesepakatan ini akan diangkat ke peringkat kebangsaan melalui Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) yang dijangka akan diadakan pada penghujung Jun 2019. Inilah kepentingan PN. Segala isu yang melibatkan koperasi, boleh dikupas secara tuntas untuk mencari penyelesaian dan membentangkan pelan tindakan ke hadapan untuk pembangunan koperasi. Tiada wadah terbaik selain daripada kita berkumpul bersama di samping mengeratkan silaturahim, membangun bersama dan menikmati manfaat bersama. Jagalah etika persidangan supaya persidangan dapat dijalankan mengikut aturan yang telah ditetapkan. Jagalah tatasusila supaya persidangan dapat dijalankan dengan penuh harmoni. Selamat Bersidang.

Pengurus Mohd Zakuan Azmi

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15 40200 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Mac 2019 PELANCAR

1

MAC 2019

28 Konsortium Bantu Sedia Rumah Mampu Milik 33 Koperasi Turut Sumbang Tabung Kemanusiaan Rohingya PENGANTARA- BANGSAAN KOPERASI 30 ANGKASA Melaksanakan Tanggungjawab Sosial Di Kemboja JPAN 34 Negeri Sembilan : Koperasi Berjaya Beri Inspirasi Untuk Maju 36 Sarawak : Semangat Kerja Berpasukan Dan Integriti Teras Kejayaan 38 Selangor : Tingkatkan Jaringan Perniagaan Koperasi WAWANCARA 41 Jadikan Koperasi Sekolah Asas Pembinaan Nilai Moral Tinggi RENCANA 44 Keusahawanan Koperasi Perlu Sentiasa Fleksibel 46 Komunikasi Dalaman Antara Penyumbang Kejayaan Koperasi

7

MAC 2019

Komunikasi Dalaman Antara Penyumbang Kejayaan Koperasi

6

   Wawancara Khas

Pelajar Yayasan ANGKASA Pelapis Harapan Koperasi

9 770126 873000

JILID 46 BIL. 3 KDN PP2010/01/2013(031495) SEM. MALAYSIA RM1.70 SABAH/SARAWAK RM2.00

PERSIDANGAN NEGERI 2019

Selamat Bersidang Kepada Semua Perwakilan

Maklumat, tarikh dan tempat di mukasurat 4 dan 5

KETERANGAN GAMBAR KULIT Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Ismail melihat hasil tuaian halia di pusat tanaman halia milik Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad di bawah panel solar di Pendang, Kedah. Foto Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

KOPERASI 48 Penggerak Komuniti Koperasi Dalam Sektor Pelancongan 62 KOPUTRA Perkasa Perkhidmatan Ar-Rahnu 64 Membudayakan Infaq Dalam Organisasi Koperasi

ANGKASA 6

Perancangan Jangka Pendek Dan Jangka Panjang Modul Kejayaan Perniagaan Koperasi 10 Kepelbagaian Produk Mampu Perkasa Ekonomi Koperasi 11 Tanaman Halia Bawah Panel Solar Peluang Lebih Banyak Koperasi Sertai Projek 14 Peluang Koperasi Ceburi Industri Tenusu 16 Pelajar Yayasan ANGKASA Pelapis Harapan Koperasi 20 Reaksi Pelajar 22 Bengkel Pelaksanaan Modul Integriti Koperasi Kerjasama SPRM & ANGKASA 24 Bersama Tingkatkan Peranan Koperasi Sekolah 26 ANGKASA Memperkasakan

12

Bantu Koperasi Sekolah Melalui Dialog Pengetua

11

2 PELANCAR Mac 2019

63

64

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 51 Jepun Perlukan Produk Halal Malaysia

13

COOPMALAYSIA UPDATE 53 Co-op assist Taxi Operators to Involve in e-hailing via cALLme App 55 Revolutionize Your Business Through Co-op Point of Sale (CPOS) 59 Co-ops Must Embrace Digital Transformation MKM 61 Kursus Khas Perundangan Koperasi Untuk Subsidiari ANGKASA SAJAK 65 Hakikat Maknanya

43

30

Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.

Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop

@ANGKASACoop

28

Mac 2019 PELANCAR

3

Jadual Persidangan

Negeri

Tarikh

Tempat

Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

12 Mac 2019 (Selasa)

Selangor

Klana Resort Seremban, Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

13 Mac 2019 (Rabu)

Negeri Sembilan

Grand Riverview Hotel, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

19 Mac 2019 (Selasa)

Kelantan

Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin,

20 Mac 2019 (Rabu)

Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Terengganu

Premiera Hotel Kuala Lumpur, Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

24 Mac 2019 (Ahad)

Dewan Seri Perdana, Maktab Rendah Sains Mara Kubang Pasu, Kampung Hutan Terabak, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Hotel Putra Regency Kangar, 135 Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan. Hotel Meritz, 1657, Jalan Miri Pujut, Bintang Jaya,98000 Miri, Sarawak.

30 Mac 2019 (Sabtu)

Kedah

31 Mac 2019 (Ahad)

Perlis

06 April 2019 (Sabtu)

Sarawak

4 PELANCAR Mac 2019

ANGKASA Negeri 2019

Negeri

Tarikh

Tempat

Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. The Mudzaffar Hotel, Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. The Zenith Hotel Sdn. Bhd. Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Dewan Tun Razak, No.75, Jalan Ahmad Shah 1, Pusat Komersial Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Cherengin Hills Convention Dan SPA Resort, Lot 5540 & 5936, 28750 Janda Baik, Pahang Darul Makmur. Hotel Ixora, Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang.

10 April 2019 (Rabu)

Johor

11 April 2019 (Khamis)

Melaka

16 April 2019 (Selasa)

Pahang Zon 1

17 April 2019 (Rabu)

Pahang Zon 2

18 April 2019 (Khamis)

Pahang Zon 3

22 April 2019 (Isnin)

Pulau Pinang

Hotel Casuarina @ Meru, No.1-C, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

23 April 2019 (Selasa)

Perak

Promenade Hotel Tawau, Mile 1, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah.

27 April 2019 (Sabtu)

Sabah

Mac 2019 PELANCAR

5

Modul Kejayaan Perniagaan Koperasi Perancangan Jangka Pendek dan Jangka Panjang Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

» Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli bersama Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin merasmikan kilang air mineral Al-Ulum dan kilang roti Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad.

Persediaan awal melalui perancangan jangka pendek dan jangka panjang mampu menjadi modul perancangan terbaik dalam membina haluan yang positif bagi mencapai matlamat dalam sesebuah perniagaan tanpa menjejaskan perbelanjaan atau sesuatu pelaburan yang dibuat.

Integrasi antara aktiviti dan ilmu sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, mampu jadikan persekitaran koperasi menjadi lebih harmoni dan lestari dalam memperjuangkan matlamat penubuhannya. Demikian menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli ketika berucap merasmikan kilang pemprosesan air mineral jenama Al-Ulum dan kilang roti milik Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad pada 27 Januari lepas di Kampung Tebuk Yan 2, Pantai Remis, Perak. Katanya, perancangan lebih awal adalah sangat penting bagi mengelak berlakunya kesilapan yang boleh membawa kepada

kegagalan atau kerugian seiring dengan pepatah ‘sekiranya kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Namun sekiranya program yang bermula dari peringkat dasar, menengah dan lanjutan dapat diuruskan dengan baik berasaskan kepada kebolehan dan dana yang dilaburkan, sudah pasti usaha yang dijalankan akan memberi kejayaan yang lebih cemerlang. Modal dan kepakaran juga perlu diseimbangkan supaya tidak berlakunya masalah kualiti dan kekuatan pasaran. Kajian pasaran juga perlu dibuat terlebih dahulu bagi memastikan pasaran mampu ditembusi . Produk yang dikeluarkan juga perlu diiktiraf kualitinya terlebih dahulu sebelum dipasarkan termasuk pengiktirafan yang lain seperti pensijilan halal, GMP dan HACCP.

6 PELANCAR Mac 2019

Kesediaan dan kesungguhan Pusat Tahfiz Al-Ulum untuk melaksanakan pelbagai agenda perniagaan melalui koperasi amat dikagumi dan boleh menjadi contoh yang baik bukan sahaja kepada anggota dan pelajarnya, malah kepada masyarakat setempat. Beliau juga turut memberi dorongan kepada para pelajar di pusat tahfiz berkenaan agar turut mempelajari ilmu keusahawanan selain aktif terlibat membantu koperasi dalam menjalankan aktiviti perniagaan koperasi. “Saya amat yakin sekiranya ilmu dan semangat itu sudah berada kuat dalam jiwa setiap pelajar, mereka (alumni) pasti akan kembali suatu masa nanti untuk menyumbangkan bakti dan tenaga bagi membantu memperkasakan lagi koperasi yang dinaungi.

» Meninjau mesin pengeluaran air mineral.

» Tetamu turut dibawa melawat ke pusat ternakan yang terdapat di dalam kawasan Kompleks Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat.

“Apabila produknya baik, pasarannya baik dan penerimaannya baik maka koperasi juga akan dapat menumpang nama baik dan dihormati masyarakat,” ujarnya. Turut sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Perak, Encik Azam Sulaiman; Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan dan sektor Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus; YDP Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia, Dato’ Seri Khairul Khuzaini Zamsani dan Pengerusi Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad, Ustaz Maulana Jalaluddin Abdul Rahman Al-Hafiz.

» Melawat gerai pameran produk keluaran Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad.

Mac 2019 PELANCAR

7

YB Dato’ Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dato’ Seri Khairul Khuzaini Zamsan bergambar bersama tetamu, barisan tenaga pengajar dan pelajar Pusat Tahfiz Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat di tapak cadangan pembinaan Masjid Al-Ulum Wattoiyibah, Jalan Pantai Remis, Kampung Tebuk Yan 2, Pantai Remis, Perak.

8 PELANCAR Mac 2019

Mac 2019 PELANCAR

8

» YB Dato’ Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli melakukan gimik upacara pecah tanah bagi pembangunan Al-Ulum Wattoiyibah sambil disaksikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin.

9 Mac 2019 PELANCAR 9 PELANCAR

Kepelbagaian Produk Mampu Perkasa Ekonomi Koperasi Kepelbagaian produk yang dikeluarkan oleh Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad bukan sahaja dapat menjadikan jenama Al-Ulum sebagai satu jenama yang terkenal, malah akan turut memperkasa ekonomi dan memudahkan urusan pemasaran apabila lebih banyak pilihan dapat ditawarkan kepada peruncit mahupun pengguna.

Kesungguhan koperasi tersebut untuk menjana ekonomi ummah melalui aktiviti perniagaan perlu dilihat sebagai usaha yang murni demi menjaga kebajikan anggota dan patut dicontohi khususnya tentang bagaimana untuk mendapatkan dana bagi menguruskan kelangsungan Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat. Koperasi ini ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi anggota dan juga memberi sumbangan berbentuk keuntungan kepada anggota selain membangunkan ekonomi kepada madrasah tersebut. Koperasi ini juga bijak mempelbagaikan produk keluarannya berasaskan sumber dalaman dan luaran berperanan sebagai pemasar yang lebih dominan khususnya terhadap produk makanan halal. yang diperoleh sekaligus dapat

» YB Dato’ Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli mencuba produk Kordial Herba Al-Ulum sambil disaksikan oleh Haji Mohamad Azmi Omaruddin, Dato’ Seri Khairul Khuzaini Zamsani (dua dari kanan) dan Ustaz Maulana Jalaluddin Abdul Rahman Al-Hafiz (paling kanan). ANGKASA sedia membantu koperasi tersebut dengan membuat penilaian kualiti produk selain membangunkan produk yang berpotensi menerusi program ‘Product 100 Champion’. Di samping itu, ANGKASA juga sedia membantu mencari peluang pemasaran baharu terhadap produk-produk terpilih keluaran koperasi tersebut untuk bukan sahaja dalam negara malah di luar negara. Permintaan yang tinggi dan konsisten khususnya terhadap produk makanan halal juga dilihat sebagai penyumbang dan meyakinkan pihak luar untuk membeli produk halal keluaran negara. Kesempatan ini perlu direbut dan diharap Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad memastikan piawaian kualiti produknya sentiasa terjaga dan diperakui.

10 PELANCAR Mac 2019

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Tanaman Halia Bawah Panel Solar

PELUANG LEBIH BANYAK KOPERASI SERTAI PROJEK

Kejayaan projek tanaman halia di bawah panel solar ANGKASA di Sungai Tiang, Pendang, Kedah mampu dijadikan sebagai panduan dan pendorong kepada koperasi-koperasi yang lain untuk membangunkan projek seumpamanya di tempat lain.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA sedia menjadi pembimbing kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menceburi projek berimpak tinggi seperti yang telah dijalankan itu melalui kerjasama antara koperasi atau konsortium koperasi. Katanya, selain dapat memperoleh pendapatan menerusi kontrak bekalan tenaga elektrik berjumlah kira-kira RM100 ribu sebulan, ruang yang luas dan teduh di bawah panel solar tersebut boleh dijadikan sebagai tapak untuk menjalankan projek yang bersesuaian seperti tanaman, ternakan dan sebagainya.

Menurut beliau, program dua dalam satu yang dijalankan itu turut selari dengan Mekanisma Tarif Galakan (FiT) seperti yang digariskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia bagi membolehkan kadar harga jualan bekalan tenaga elektrik dapat ditingkatkan. “Koperasi yang berminat boleh datang ke sini untuk melihat dan menilai perkembangan projek ini. ANGKASA menerusi Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani sedia memberi bimbingan kepada koperasi sehingga berjaya mencapai matlamat seperti yang dihasratkan,” katanya.

Mac 2019 PELANCAR

11

Permintaan yang tinggi bagi produk halia muda di pasaran tempatan juga turut mendorong kepada usaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran menerusi projek tanaman yang sama di tempat lain khususnya di kawasan utara Semenanjung yang mempunyai kadar penembusan pencahayaan matahari yang baik sepanjang tahun. Dato’ Abdul Fattah bercakap kepada media selepas hadir menyaksikan proses tuaian halia di ladang solar ANGKASA di Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah yang diketuai Pengerusinya, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Pengerusi Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad, Haji Abu Hassan Kasim. Tanaman halia secara fertigasi telah diusahakan di bawah panel solar seluas lebih 1.2 hektar itu dan setiap lot mampu menjana perolehan hasil jualan sehingga RM200 ribu semusim atau lebih kurang enam bulan.

Selain menerima sokongan daripada kerajaan negeri, projek tanaman halia yang diusahakan oleh Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad itu turut dibantu dan dibimbing oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Daerah Pendang Selatan. Kerjasama agensi tersebut adalah penting bagi memastikan hasil keluaran halia dapat memenuhi piawaian kualiti seperti yang dikehendaki oleh pasaran. Semua hasil tuaian halia turut ditempah dan dibeli sepenuhnya oleh PPK bagi memenuhi pasaran tempatan.

» Semua hasil tanaman dibeli dan dipasarkan oleh PPK Daerah Pendang Selatan.

12 PELANCAR Mac 2019

» Dato’ Abdul Fattah dan Dato’ Haji Kamarudin melihat tanaman halia yang sudah sedia untuk dituai.

Mac 2019 PELANCAR

13

Peluang Koperasi Ceburi Industri Tenusu Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Dato’ Abdul Fattah dan Pengerusi KOMARDI Dato’ Dr. Azizan (dua dari kanan) menunjukkan nota MoU yang ditandatangani mengenai Projek Heifers Park. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin (paling kiri) .

Industri tenusu di negara ini kini mula menunjukkan permintaan yang memberangsangkan daripada segenap lapisan masyarakat. Permintaan yang menggalakkan ini telah membuka peluang lebih luas kepada penternak lembu susu khususnya koperasi untuk menghasilkan produk tenusu sekaligus memberi pulangan tinggi kepada mereka.

Menyedari kepentingan ini, ANGKASA telah mengambil inisiatif mewujudkan jalinan kerjasama dalam industri tenusu ini dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Mardi Berhad (KOMARDI) menerusi Projek Heifers Park iaitu Projek Pengeluaran Anak Lembu Tenusu Dara Pengganti Bunting Komposisi Baka Kacukan Friesian Jersey yang berkualiti tinggi. Bentuk kerjasama ini direalisasikan menerusi satu Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara kedua-dia pihak yang diwakili Presiden ANGKASA,

Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Timbalannya, Dato; Haji Kamarudin Ismail manakala KOMARDI diwakili Pengerusinya iaitu Dato’ Dr. Azizan Ab. Rashid. Kerjasama ini dapat membuka jalan ke arah usaha kedua- dua pihak untuk membangunkan industri tenusu negara dan secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan negara terhadap produk tenusu import. Ini termasuk memberi faedah dan manfaat kepada sektor koperasi dan penternak-penternak lembu termasuklah menghasilkan kualiti baka bermutu tinggi setanding luar negara, kos belian baka yang lebih murah dan pengeluaran susu yang lebih tinggi.

14 PELANCAR Mac 2019

14 PELANCAR Mac 2019

menjadi Perniagaan Sektor (CEP 1) bagi Sektor Pertanian Dan Industri Asas Tani,” katanya. Katanya, di samping itu, ANGKASA juga akan menjalin kerjasama denganNational Agricultural Co-operative Federation (NACF), Korea dari segi pemindahan teknologi dan kepakaran ke arah penternakan yang lebih sistematik. Beliau menyeru koperasi supaya mengambil peluang mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan khususnya bagi merealisasikan pembangunan industri

» Dato’ Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan pada Majlis MoU Di Antara ANGKASA Dengan KOMARDI mengenai usahasama Projek Heifers Park.

tenusu ini. Banyak kemudahan yang disediakan pihak kerajaan melalui agensi-agensi seperti Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA), SKM, Jabatan Veterinar dan Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi merealisasikan pembangunan industri tenusu ini. “Melalui kerjasama ini juga, diharap akan menjadi titik permulaan bagi pembangunan industri tenusu yang lebih

» Pengerusi KOMARDI Dato’ Dr. Azizan (dua dari kanan) menerangkan produk susu berperisa coklat yang dihasilkan oleh KOMARDI kepada, Dato’ Abdul Fattah dan Dato’ Haji Kamarudin.

Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, ANGKASA sentiasa mengalu-alukan kerjasama seumpama ini, bukan sahaja sesama koperasi tetapi dengan sektor awam dan juga swasta. Penglibatan koperasi dalam projek ternakan lembu tenusu ini juga bertepatan dengan matlamat yang digariskan di bawah “National Key Economic Area” (NKEA). “ANGKASA sentiasa berusaha meningkatkan penglibatan koperasi dalam bidang penternakan lembu dengan mewujudkan koloni-koloni di bawah projek berkelompok koperasi. Untuk makluman, kerjasama ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah berjaya membentuk koloni-koloni di bawah projek berkelompok koperasi iaitu Koloni Mersing, Johor (Gabungan 10 buah koperasi); Koloni Gadong (KOMARDI) dan Koloni Londah, Negeri Sembilan (tiga buah koperasi). “Kesinambungan daripada kejayaan membentuk koloni ini, ANGKASA dengan KOMARDI mengadakan usahasama membangunkan projek ‘Heifers Park’ iaitu mengeluarkan baka lembu tenusu sendiri. Justeru, projek ‘Heifers Park’ ini dipilih

produktif dan mampu meningkatkan pendapatan koperasi. “Justeru, ANGKASA akan terus berusaha mencari jalan untuk membantu meningkatkan penglibatan koperasi dalam industri ini. Kejayaan gerakan koperasi tidak dijayakan oleh sebuah koperasi sahaja tetapi oleh seluruh gerakan koperasi di Malaysia,” katanya. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Tenusu, Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan, Jabatan Veterinar, Dr. Yuslan Saruddin; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md Yusof Haji Shamsudin dan Pengurus Besar Bahagian Perladangan, Pertanian dan Asas Tani ANGKASA, Encik Hasnan Mustapha serta barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian Perladangan, Pertanian & Asas Tani ANGKASA.

15 Mac 2019 PELANCAR 15 PELANCAR

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

Pelajar Yayasan ANGKASA Pelapis Harapan Koperasi Majlis Penyerahan Kontrak Pelajar Yayasan dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2019

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang, Safwana Afiqah Mahmood.

Seramai 112 pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd) dari seluruh negara, menerima dokumen kontrak pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi 2018 hingga 2019. Tujuh daripada pelajar yang tamat pengajian menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

Presiden ANGKASA, Dato ‘ Abdul Fattah Abdullah berkata, Yayasan ANGKASA bertanggungjawab menyediakan kemudahan boleh ubah iaitu biasiswa buat ahli koperasi dan anak-anak mereka bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam negara. Kita berharap penerima pembiayaan Yayasan ANGKASA menjadi satu keluarga koperasi dan sedia menyumbang tenaga atau sekurang-kurangnya berkongsi ilmu pengetahuan bagi membantu meningkatkan pendapatan sektor koperasi,” ujarnya.

Koperasi juga turut diseru agar dapat menyumbang kepada dana pendidikan Yayasan ANGKASA kerana selain dapat memakmurkan lagi pembangunan modal insan koperasi, sumbangan tersebut juga diberi pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bagi memastikan kecemerlangan berterusan pelajar, sebanyak empat program tahunan dianjurkan semasa cuti semester dan wajib diikuti iaitu program motivasi, kaunseling, kursus persediaan mendapat pekerjaan dan program keusahawanan pelajar. ANGKASA sendiri

16 PELANCAR Mac 2019

memperuntukkan sebanyak RM1 juta setiap tahun bagi disalurkan kepada program pembangunan pendidikan anggota serta anak-anak anggota koperasi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Yayasan ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib Presiden ANGKASA, Dr Mohd Azlan Yahya dan Ahli Lembaga Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Md Yusof Shamsudin.

KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

*Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tiada dikenakan sebarang caj faedah

STATISTIK JUMLAH PEMBIAYAAN & POTONGAN BIASISWA

Mac 2019 PELANCAR

17

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah beramah mesra dengan pelajar Cemerlang Yayasan ANGKASA 2019.

18 PELANCAR Mac 2019

19 Mac 2019 PELANCAR 19 PELANCAR

REAKSI PELAJAR

Fara Najwa Zai Effendy Pendidikan Perakaunan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Shanta Naggappan Kejuruteraan Petroleum Universiti Teknologi PETRONAS

Efred Jakius Pengurusan Universiti Sains Malaysia

“Bersyukur kerana mendapat tajaan daripada ANGKASA. Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada ANGKASA, kerana ditawarkan pembiayaan ini. Saya juga berazam untuk mendapatkan keputusan kelas pertama dalam pengajian supaya berpeluang menyumbang dana kepada Yayasan pada masa hadapan. Saya juga turut menyimpan cita-cita untuk menyumbang tenaga, dengan mengajar anak-anak anggota gerakan koperasi khususnya dalam bidang perakaunan”.

“Peluang yang diberikan dapat membantu menampung kos pengajian di universiti. Saya bersyukur kerana mendapat tawaran pembiayaan ini dan menyeru kepada semua untuk mengambil peluang ini bagi menampung biaya pendidikan. Saya akan berusaha untuk memastikan keputusan cemerlang dan menjadikan bantuan ini diubah kepada biasiswa. Pembiayaan itu benar-benar mampu mengurangkan beban ibu bapa saya dan kami amat menghargainya. Terima kasih”.

“Walaupun mempunyai pilihan lain dalam mendapatkan pembiayaan pengajian di IPTA, saya tetap memilih Yayasan ANGKASA. Ini kerana Yayasan ANGKASA menawarkan pembiayaan dengan tidak mengenakan faedah, malah boleh diubah kepada biasiswa jika memperoleh keputusan yang cemerlang. Justeru, selepas berjaya terpilih sebagai penerima pembiayaan itu, saya amat bersyukur dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada ANGKASA serta akan berusaha gigih untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan ”.

Mohd Faiz Mustafa Psikologi Open University Malaysia, Kedah

Abdul Muaz Abdul Mansor Kejuruteraan Awam Universiti Islam Antarabangsa

Nursyafiqah Norsofian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Malaysia Pahang

“Saya menyimpan hasrat untuk melibatkan diri secara serius dalam koperasi khususnya dalam menjalankan aktiviti sukarelawan bagi berkongsi idea dan pada masa yang sama dapat menyumbang tenaga bagi meningkatkan kejayaan koperasi. Saya juga sedia memberi khidmat sebagai kaunselor kepada koperasi yang memerlukan, khususnya dalam aspek farmaseutikal dan ubat-ubatan memandangkan saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan kini sedang bekerja sebagai jururawat penyelidikan di Hospital Sultanah Bahyah, Alor Setar, Kedah”.

“Saya berasa amat bersyukur kerana berjaya mendapat pembiayaan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan faedah dan boleh diubah menjadi biasiswa. Saya berazam untuk menggunakan peluang tersebut dengan menjadi pelajar cemerlang. Saya mempunyai minat dan pengalaman dalam bidang pertanian. Saya berazam untuk berkongsi kelebihan ini bagi membantu sektor koperasi yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri asas tani secara langsung”.

“Saya sedia untuk memberi bekerjasama dengan Yayasan ANGKASA dalam apa juga program yang dijalankan berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman sebagai fasilitator. Sebagai membalas jasa ANGKASA yang memberi peluang pembiayaan pelajaran ini, saya berhasrat untuk terus membantu gerakan koperasi khususnya dalam bidang kejuruteraan sivil, pembangunan cawangan koperasi, infrastruktur perumahan dan khidmat rundingan”.

20 PELANCAR Mac 2019

JOM JOIN ANGKASA

Keistimewaan Menjadi Ahli ANGKASA

PENDIDIKAN / LATIHAN • Kursus / Seminar / Konvensyen / Bengkel • Majalah PELANCAR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN • Bengkel Teknik Usahawan • Khidmat Senggara Pra Audit-Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA (SPBA) • Barangan untuk Koperasi Sekolah (Busana) • My ANGKASA Mobile (Telekomunikasi) • Pusat Dialisis • Farmasi PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN • Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA) • Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) - Kiosk - Sistem Penilaian Kredit ANGKASA-RAMCI (SpeKAR) • Pengurusan Wasiat dan Harta Pusaka GALAKAN PENUBUHAN KOPERASI

PERKHIDMATAN SOSIAL DAN PERLINDUNGAN • ANGKASA Wakil Amil Koperasi • Sijil Pematuhan Syariah • Infaq Lil-Waqf • Pusat Jagaan Darul Sakinah • Zakat • Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA • Akademi & Resort Langkawi • Umrah Koop

Syarat Keahlian 1. Keahlian terbuka kepada semua koperasi 2. Fi masuk sahaja yang dikenakan:

Kop. Dewasa (RM)

Kop. Sekolah (RM)

Kop. Asas

100.00 200.00 300.00

30.00 50.00

Kop. Menengah

Kop. Atasan

100.00

3. Dokumen yang diperlukan: • Borang permohonan • Sijil Pendaftaran Koperasi

• Koperasi Kariah Masjid • Konsortium Koperasi

- Penanaman Padi - Penternakan Ikan

• Undang-undang Kecil Koperasi • Borang Maklumat ALK / JAD (Borang boleh dimuat turun di laman web www.angkasa.coop)

PERKHIDMATAN ICT • Pembinaan Laman Web Koperasi • Web TV ANGKASA • Sistem Pendaftaran & Kira Undi Digital • e-dagang dan e-niaga • Sistem Pengurusan Berkomputer (SPBA)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Unit Perhubungan Keahlian Talian : 03-7800 7884 / 7841 / 03-7884 6453 Faks : 03-7804 2315 E-mel : urusetia@angkasa.coop

Oleh : ABDUL AZIZ MOHAMAD YUNUS Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA

Buat julung kalinya, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan “Bengkel Pelaksanaan Modul Integriti Koperasi : Kerjasama SPRM & ANGKASA” peringkat Zon Utara yang berlangsung di MyANGKASA Akademi & Resort, Langkawi pada 28 Januari lalu. Bengkel Pelaksanaan Modul Integriti Koperasi Kerjasama SPRM & ANGKASA

» Majlis perasmian Bengkel Modul Integriti Koperasi. Duduk dari kiri : Setiausaha JPAN Kedah, Haji Alimen Ahmad; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Pegawai SPRM, Tuan Azmi Yusuf.

22 PELANCAR Mac 2019

22 PELANCAR Mac 2019

Tujuan perlaksanaannya adalah untuk membangunkan Modul Integriti Koperasi bagi program kesedaran anti rasuah yang meliputi Tadbir Urus Koperasi, Liabiliti Korporat, Pencegahan Rasuah dan Pendedahan serta Pencegahan Kepentingan dalam koperasi. Selain itu, ia juga adalah bagi mengukuhkan lagi integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan operasi harian bagi proses dan prosedur perniagaan koperasi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang pentingnya amalan tadbir urus yang baik, berintegriti dalam menguruskan koperasi serta kepentingan Anti Rasuah dalam Sistem Pengurusan (ABMS). Sepanjang bengkel berlangsung, pelbagai isu diperbincangkan dan antaranya ialah tentang kesalahan-kesalahan rasuah menurut Akta SPRM 2009 dan risiko kepada anggota koperasi, penyelewengan dalam perolehan kerajaan dan langkah pencegahan jenayah rasuah, perlindungan pemberi maklumat dan saksi kes rasuah serta kesalahan rasuah organisasi komersial (Korporat Liabiliti). Taklimat berkaitan sistem piawaian dikenali sebagai Malaysian Standard MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) atau Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001:2016 turut dibentangkan oleh Pengurus Besar Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim. Menurut beliau, standard ini diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam menggalakkan amalan tadbir urus yang baik untuk sesebuah koperasi bagi melaksanakan sistem pengurusan anti rasuah yang berkesan. Sebelum berakhirnya bengkel, perbincangan serta latihan dalam kumpulan telah diadakan bagi mencari jalan penyelesaian tentang isu rasuah dalam kalangan anggota koperasi. Peserta juga turut menyatakan keterujaan dan berpuas hati kerana dapat menghadiri bengkel sebegini yang banyak memberi pengetahuan, pengalaman serta manfaat yang berguna untuk dibawa pulang ke koperasi masing-masing.

» Pengurus Besar Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim.

» Peserta bengkel di sesi perbincangan dalam kumpulan.

» Antara peserta yang hadir di bengkel tersebut.

Harapan mereka agar bengkel integriti koperasi ini dapat diperluaskan lagi ke seluruh negara agar matlamat dan inspirasi koperasi negara dalam menangani isu rasuah tercapai.

Mac 2019 PELANCAR

23

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Bersama Tingkatkan Peranan Koperasi Sekolah ‘Bengkel Bersama Jawatankuasa Teknikal Koperasi Sekolah dan Program Pembangunan Koperasi Sekolah 2019’ telah berlangsung selama dua hari bagi membincangkan tentang idea dan perancangan aktiviti koperasi sekolah di seluruh negara untuk tahun ini.

Program anjuran Bahagian Koperasi Sekolah (BKS) ANGKASA yang diadakan pada 13 dan 14 Februari di Pulau Langkawi itu disertai seramai 21 peserta yang mewakili beberapa agensi

utama seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM), MARA dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV). Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan perasmiannya berkata,

» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan ucapan perasmian.

24 PELANCAR Mac 2019

ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa BKS, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa BKS, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ahli- Ahli Jawatankuasa BKS iaitu Dato’ Mohd Alias Hamzah, Haji Mohd Jamil Othman dan Encik Wan Mohamad

idea dan pendekatan baharu dalam tadbir urus koperasi sekolah bukan sahaja diperlukan bagi menjana pembangunan program koperasi sekolah, malah kesepakatan yang wujud hasil perbincangan boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk terus bersama- sama meningkatkan peranan dan memperkasakan agenda pertumbuhan sosioekonomi koperasi sekolah secara lebih berinovatif, mampan dan profesional. “Sasaran untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 koperasi sekolah mencapai perolehan tahunan sebanyak RM1 juta pada tahun 2020 bukan hanya sekadar meniupkan

api semangat dan keyakinan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sekolah semata-mata. Kita perlukan limpahan idea dan pendekatan baharu yang bersesuaian dengan perkembangan semasa seperti mengenal pasti produk baharu yang sesuai dengan harga yang berpatutan, menjalankan aktiviti atau perkhidmatan yang relevan dengan kehendak pasaran serta menjalin hubungan perdagangan sesama koperasi menerusi jaringan perniagaan yang dibentuk”, ujar beliau. Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Timbalan Presiden

Zain Wan Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Pengarah Pembiayaan dan Kawalan Kredit SKM, Encik Mohd Yusof Khalid dan Timbalan Ketua Pengarah Akademik MKM, Haji Ramlan Kamsin.

Mac 2019 PELANCAR

25

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

ANGKASA Memperkasakan Bantu Koperasi Sekolah Melalui Dialog Pengetua

» Dato’ Abdul Fattah ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam sesi dialog.

ANGKASA meletakkan keyakinan tinggi dalam usahanya memastikan agar lebih banyak koperasi sekolah mencapai perolehan tahunan lebih tinggi sekaligus menepati landasan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 50 koperasi sekolah dapat mencipta rekod jualan melebihi angka RM1 juta pada tahun 2020.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi sekolah kini semakin berkembang dan berjaya menunjukkan prestasi jualan yang semakin tinggi. “Setakat ini, enam buah koperasi sekolah di Selangor berjaya merekodkan perolehan jualan tahunan melebihi setengah juta dan kita yakin enam koperasi tersebut akan dapat mencapai sasaran RM1 juta seperti yang dihasratkan.

Seramai 238 peserta terdiri daripada Pengetua, Pengerusi Koperasi dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sekolah seluruh negeri Selangor hadir dalam Dialog Pengetua / Pengerusi Sekolah Negeri Selangor 2019 (Pengurusan dan Pembangunan Perniagaan) di Hotel Aliya, Klang, 18 Februari lalu. Program tersebut yang dianjurkan oleh ANGKASA bertujuan untuk meningkatkan kefahaman kepada koperasi sekolah selain membincangkan tentang perancangan serta pendekatan baharu yang boleh diambil terhadap program pembangunan perniagaan koperasi sekolah untuk tahun 2019.

26 PELANCAR Mac 2019

26 PELANCAR Mac 2019

Selain itu, pelbagai perkara berkaitan tadbir urus koperasi sekolah juga dapat dibentang dan dikongsi selain membincangkan tentang permasalahan, cadangan serta strategi yang lebih berkesan menerusi perkongsian bersama selain khidmat nasihat serta panduan yang boleh diperoleh secara terus dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri. Turut terlibat dalam majlis dialog tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor merangkap Jawatankuasa Bahagian Koperasi Sekolah, Dato’ Mohd Alias Hamzah dan Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Sazali Baharudin. Selain sesi dialog bersama Presiden ANGKASA, program yang berlangsung selama sehari itu juga turut diisi dengan beberapa siri pembentangan kertas kerja dan taklimat oleh pihak ANGKASA dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia selain pengalaman langsung oleh dua buah koperasi sekolah iaitu Koperasi SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) Tanah Merah Berhad dan Koperasi SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi Berhad. Majlis Dialog Pengetua Negeri Sembilan 2019 telah diadakan di Seremban pada Februari lalu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Majlis Dialog Pengetua Negeri Kelantan 2019 juga turut diadakan di Kota Bharu dan dihadiri oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

» Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan) bersama Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (dua dari kiri) sewaktu merasmikan Majlis Dialog Pengetua Negeri Sembilan 2019.

» Peserta juga berpeluang untuk mengajukan soalan selain berkongsi pandangan.

» Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tengah) bersama Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (kiri) sewaktu merasmikan Majlis Dialog Pengetua Negeri Kelantan 2019.

Mac 2019 PELANCAR

27

Konsortium Bantu Sedia Rumah Mampu Milik Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

» Perwakilan koperasi merakam kenangan bersama Ahli Lembaga dan perwakilan yang hadir

Sebanyak 26 koperasi yang terlibat dalam bidang hartanah dan industri binaan bergabung di bawah Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad bagi membentuk satu jaringan ekonomi dan aktiviti pembangunan hartanah yang lebih berimpak tinggi.

Jaringan tersebut juga akan turut berperanan untuk saling membantu koperasi dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan dan pemasaran khususnya menerusi aktiviti pembangunan hartanah dan industri binaan secara amnya, selain membantu menyediakan kediaman buat anggota-anggota koperasi. Demikian menurut Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Presiden ANGKASA sewaktu melahirkan harapan tersebut menerusi ucapan yang disampaikan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Pertama Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad di Shah Alam, pertengahan Disember lalu. Katanya, kerjasama dalam kalangan koperasi tersebut juga dilihat sebagai sangat penting bagi menyediakan perkhidmatan konsultasi teknikal sekaligus membolehkan kepakaran, kemahiran

» Anggota mengajukan pertanyaan.

28 PELANCAR Mac 2019

28 PELANCAR Mac 2019

dan pengalaman koperasi dalam industri hartanah dan bahan binaan dimanfaatkan secara optimum demi pembangunan sektor koperasi. Selain itu, melalui rangkaian yang terlibat, pelbagai program boleh dirancang dan dijayakan bagi membentuk jaringan perniagaan berimpak tinggi antara koperasi dengan koperasi, pihak kerajaan mahupun swasta. Sehingga Jun 2018, terdapat 301 buah koperasi terlibat dalam aktiviti perumahan dan 250 koperasi pula terlibat dalam aktiviti pembinaan yang menyumbang perolehan keseluruhan sebanyak RM308 juta, aset sebanyak RM1.4 bilion, jumlah syer sebanyak RM250 juta dan keanggotaan individu seramai 211,075 orang. Bidang hartanah juga memerlukan modal yang besar untuk dilaksanakan. Menurut kajian semula Dasar Koperasi Negara (DKN), penubuhan konsortium merupakan strategi bagi sektor melangkah jauh menceburi bidang berimpak tinggi dalam skala yang lebih besar. Antara aktiviti yang diberi keutamaan oleh DKN dan sasaran pertumbuhannya adalah pemilikan bangunan komersial dan perumahan iaitu sebanyak enam peratus, pelaburan hartanah 10 peratus, pemilikan dan pajakan tanah sebanyak enam peratus, industri pembinaan 10 peratus dan pelaburan amanah hartanah lima peratus. Dalam tempoh 2016 hingga 2020, sektor tersebut disasarkan menyumbang RM22 bilion kepada perolehan koperasi, seterusnya diharapkan mencapai RM50 bilion sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sebanyak 1,017 buah koperasi disasarkan terlibat dalam sektor ini. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan juga berharap agar ANGKASA dapat memperkukuh rantaian nilai dengan agensi kerajaan dan merancakkan pemadanan perniagaan dengan sektor awam dan swasta.

» Sebahagian perwakilan koperasi yang hadir.

Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohamad Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Johor merangkap Setiausaha Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad, Haji Sazali Abdul Hamid; Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Hartanah ANGKASA, Che Yusof Che Mustafa dan Pengurus Besar KOPSYA, Puan Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta.

Mac 2019 PELANCAR

29

ANGKASA Melaksanakan Tanggungjawab Sosial di Kemboja Oleh : RAHMAT MOHD DID

» Senator Kementerian Luar Negara, Perhubungan Antarabangsa, Media dan Penerangan Kemboja, H.E. Chhay Vanna @ Haji Abu Pakar Mohd Saleh bergambar dengan delegasi dari Malaysia yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan wakil-wakil masyarakat dari 26 buah daerah di Kemboja.

Bertepatan dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu prihatin terhadap masyarakat, ANGKASA melalui Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) telah menyumbang sebanyak 1,000 naskhah Al-Quran terjemahan bahasa Khmer kepada masyarakat Muslim yang diwakili Imam, ustaz dan wakil masyarakat dari 26 daerah di Kemboja.

Senator Kementerian Luar Negara, Perhubungan Antarabangsa, Media dan Penerangan Kemboja, H.E. Chhay Vanna @ Haji Abu Pakar Mohd Saleh berkata, pihaknya berasa amat bersyukur dan bertuah di atas sumbangan tersebut yang dianggap sangat bermakna kepada masyarakat Muslim minoriti di Kemboja. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Penyerahan tersebut di pejabat Kedutaan Malaysia di Phnom Penh. Tambahnya, kerajaan Kemboja juga sedang dalam kajian untuk menjayakan lebih banyak program kerjasama dengan ANGKASA di masa hadapan khusus untuk membantu masyarakat Muslim yang kurang bernasib baik. Turut hadir pada majlis serahan

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kiri) menyerahkan Al-Quran Terjemahan Bahasa Khmer kepada Senator Kementerian Luar Negara, Perhubungan Antarabangsa, Media dan Penerangan Kemboja, H.E. Chhay Vanna @ Haji Abu Pakar Mohd Saleh (lima dari kanan).

ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dr. Mohd Azlan Yahya dan Pengerusi Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad, Tan Sri Zaharah Sulaiman.

tersebut ialah Setiausaha Kementerian Luar Bandar Cambodia, Puan Math Mara; Menteri Kedutaan, Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh, Cambodia, Haji Ruzaimi Mohamad; Presiden

30 PELANCAR Mac 2019

» Bergambar bersama-sama pelajar perempuan yang menerima sumbangan tudung dan alat tulis.

Sementara itu, ANGKASA melalui Program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) turut menyumbangkan tudung, kain pelikat, Al-Quran Terjemahan Bahasa Khmer dan peralatan sekolah kepada murid-murid Sekolah Kbal Boeng Sih, Kor Commune, Daerah Tboung Khmum, Kemboja. Setiausaha Kementerian Luar Bandar Cambodia, Puan Math Mara merasmikan siri keempat Program Sejuta Tudung anjuran ANGKASA tersebut dan amat berbesar hati dengan sumbangan ANGKASA untuk memartabatkan masyarakat Muslim minoriti di Kemboja.

“Kami amat mengalu-alukan usaha sebegini dari mana-mana pihak yang sudi membantu masyarakat muslim minoriti yang miskin dan kurang bernasib baik di sini untuk mendalami agama Islam dengan lebih sempurna,” katanya. Sementara itu, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, setakat ini sudah 50 ribu helai tudung diberikan kepada komuniti muslim di Kemboja dan lebih banyak lagi akan dibawa selepas ini. “Usaha ini amat bersesuaian dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu prihatin terhadap masyarakat dan kita berharap usaha yang tidak seberapa ini dapat membantu masyarakat yang lebih memerlukan di sini. Kami mahu membuktikan bahawa koperasi mampu menjadi instrumen penting dalam membantu masyarakat lebih-lebih lagi umat Islam sebagaimana yang dituntut oleh agama,” katanya. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama baik yang diterima daripada pihak kerajaan Kemboja dan amat teruja dengan sambutan meriah yang diterima. Seramai 1,500 murid dari enam buah sekolah di daerah tersebut termasuk penduduk kampung hadir menerima sumbangan berupa 700 helai tudung, 300 helai kain pelikat, Al-Quran Terjemahan Bahasa Khmer dan peralatan sekolah. Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dr. Mohd Azlan Yahya, Penasihat Dewan Rakyat Kemboja, Encik Sman Teath, Naib Gabenor Tboung Kmom, Keng Bunna dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah.

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah mendengar taklimat.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan sumbangan berupa kain pelikat kepada salah seorang penduduk Kbal Boeng Sih.

Mac 2019 PELANCAR

31

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah meluangkan masa bersama imam dan kariah Surau Taohidullah, Phnom Penh, Kemboja selepas program gotong-royong bersama sukarelawan ANGKASA yang melibatkan sembilan orang kakitangan.

» Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihkan surau, mencuci tingkap, membuang sawang dan menukar karpet baru bernilai USD1,665 kepada surau tersebut.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah; Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Datuk Shaharudin Mohd Sa’ad dan Encik Muhammad Salimi Sajari bergambar bersama-sama kariah Surau Taohidullah, Phnom Penh, Kemboja dan sembilan orang Sukarelawan ANGKASA selepas Majlis-Gotong-Royong membersihkan surau. ANGKASA turut menyumbang karpet baru yang bernilai USD 1665 kepada surau tersebut.

32 PELANCAR Mac 2019

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

» Dato’ Abdul Fattah menyerahkan sumbangan Tabung Kemanusiaan Rohingya berjumlah RM92,040.20 kepada Encik Khaidir Majid.

Tabung Kemanusiaan Rohingya oleh koperasi sebanyak RM92,040.20 telah diserahkan kepada wakil Media Prima dalam sebuah majlis yang diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Januari lalu. Sumbangan tersebut merupakan hasil inisiatif ANGKASA yang dilancarkan sejak September 2017 sebagai saluran untuk anggota koperasi seluruh negara menghulurkan sumbangan. Koperasi Turut Sumbang Tabung Kemanusiaan Rohingya

Sumbangan disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah kepada Pengarang Kumpulan BH, Encik Khaidir Majid. Wang sumbangan tersebut akan diberi kepada badan bukan kerajaan khususnya Mercy Malaysia yang melakukan misi bantuan perubatan dan kemanusiaan di Myanmar. Media difahamkan, Mercy Malaysia akan menggunakan wang tersebut untuk pembinaan klinik di Rakhine, Myanmar. Menurut Dato’ Abdul Fattah, program tabung kutipan anjuran ANGKASA bukan sahaja dibuat untuk membantu pelarian Rohingya, malah turut melibatkan mangsa bencana seperti taufan di Filipina dan gempa bumi di Sulawesi, Indonesia.

Katanya, ANGKASA juga turut mengalu-alukan kolobrasi dengan pihak Media Prima Berhad dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial koperasi (CSR) dan bekerjasama dalam program kesukarelawanan melalui Rakan Sukarelawan Coop Malaysia yang digerakkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

Mac 2019 PELANCAR

33

Kesepakatan dan komitmen tinggi yang ditonjolkan oleh anggota-anggota koperasi berjaya di Kelantan dan Terengganu melalui usaha menggerakkan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan perolehan koperasi menjadi pembakar semangat kepada sekumpulan 29 koperator Negeri Sembilan untuk memajukan koperasi masing- masing. KBU oen rpt iueIkrnaMsspi aiBjruae sr ij a y a Oleh : BADRUL HIZAM MOHD SHAFIEI Pegawai ANGKASA Negeri Sembilan Negeri Sembilan Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan

Kekuatan yang dimiliki oleh koperasi berkenaan bukan sahaja memiliki keanggotaan yang ramai, tetapi sifat daya saing yang tinggi dalam kalangan anggota-anggotanya telah mencetuskan semangat yang tinggi untuk memfokuskan bidang aktiviti yang diusahakan.

Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (KoopGuru); Koperasi; Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA); Koperasi Keluarga Haji Abdullah Besut Berhad dan Koperasi Ummu Wahidah Terengganu Berhad (KUWAT) adalah empat koperasi yang kini sedang melakar kejayaan tersendiri menerusi kepelbagaian bidang aktiviti yang dilaksanakan.

» Bergambar bersama ALK Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.

34 PELANCAR Mac 2019

34 PELANCAR Mac 2019

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease