Kepelbagaian Produk Mampu Perkasa Ekonomi Koperasi Kepelbagaian produk yang dikeluarkan oleh Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad bukan sahaja dapat menjadikan jenama Al-Ulum sebagai satu jenama yang terkenal, malah akan turut memperkasa ekonomi dan memudahkan urusan pemasaran apabila lebih banyak pilihan dapat ditawarkan kepada peruncit mahupun pengguna.
Kesungguhan koperasi tersebut untuk menjana ekonomi ummah melalui aktiviti perniagaan perlu dilihat sebagai usaha yang murni demi menjaga kebajikan anggota dan patut dicontohi khususnya tentang bagaimana untuk mendapatkan dana bagi menguruskan kelangsungan Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat. Koperasi ini ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi anggota dan juga memberi sumbangan berbentuk keuntungan kepada anggota selain membangunkan ekonomi kepada madrasah tersebut. Koperasi ini juga bijak mempelbagaikan produk keluarannya berasaskan sumber dalaman dan luaran berperanan sebagai pemasar yang lebih dominan khususnya terhadap produk makanan halal. yang diperoleh sekaligus dapat
» YB Dato’ Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli mencuba produk Kordial Herba Al-Ulum sambil disaksikan oleh Haji Mohamad Azmi Omaruddin, Dato’ Seri Khairul Khuzaini Zamsani (dua dari kanan) dan Ustaz Maulana Jalaluddin Abdul Rahman Al-Hafiz (paling kanan). ANGKASA sedia membantu koperasi tersebut dengan membuat penilaian kualiti produk selain membangunkan produk yang berpotensi menerusi program ‘Product 100 Champion’. Di samping itu, ANGKASA juga sedia membantu mencari peluang pemasaran baharu terhadap produk-produk terpilih keluaran koperasi tersebut untuk bukan sahaja dalam negara malah di luar negara. Permintaan yang tinggi dan konsisten khususnya terhadap produk makanan halal juga dilihat sebagai penyumbang dan meyakinkan pihak luar untuk membeli produk halal keluaran negara. Kesempatan ini perlu direbut dan diharap Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad memastikan piawaian kualiti produknya sentiasa terjaga dan diperakui.
10 PELANCAR Mac 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease