Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Tanaman Halia Bawah Panel Solar
PELUANG LEBIH BANYAK KOPERASI SERTAI PROJEK
Kejayaan projek tanaman halia di bawah panel solar ANGKASA di Sungai Tiang, Pendang, Kedah mampu dijadikan sebagai panduan dan pendorong kepada koperasi-koperasi yang lain untuk membangunkan projek seumpamanya di tempat lain.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA sedia menjadi pembimbing kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menceburi projek berimpak tinggi seperti yang telah dijalankan itu melalui kerjasama antara koperasi atau konsortium koperasi. Katanya, selain dapat memperoleh pendapatan menerusi kontrak bekalan tenaga elektrik berjumlah kira-kira RM100 ribu sebulan, ruang yang luas dan teduh di bawah panel solar tersebut boleh dijadikan sebagai tapak untuk menjalankan projek yang bersesuaian seperti tanaman, ternakan dan sebagainya.
Menurut beliau, program dua dalam satu yang dijalankan itu turut selari dengan Mekanisma Tarif Galakan (FiT) seperti yang digariskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia bagi membolehkan kadar harga jualan bekalan tenaga elektrik dapat ditingkatkan. “Koperasi yang berminat boleh datang ke sini untuk melihat dan menilai perkembangan projek ini. ANGKASA menerusi Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani sedia memberi bimbingan kepada koperasi sehingga berjaya mencapai matlamat seperti yang dihasratkan,” katanya.
Mac 2019 PELANCAR
11
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease