Permintaan yang tinggi bagi produk halia muda di pasaran tempatan juga turut mendorong kepada usaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran menerusi projek tanaman yang sama di tempat lain khususnya di kawasan utara Semenanjung yang mempunyai kadar penembusan pencahayaan matahari yang baik sepanjang tahun. Dato’ Abdul Fattah bercakap kepada media selepas hadir menyaksikan proses tuaian halia di ladang solar ANGKASA di Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah yang diketuai Pengerusinya, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh dan Pengerusi Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad, Haji Abu Hassan Kasim. Tanaman halia secara fertigasi telah diusahakan di bawah panel solar seluas lebih 1.2 hektar itu dan setiap lot mampu menjana perolehan hasil jualan sehingga RM200 ribu semusim atau lebih kurang enam bulan.
Selain menerima sokongan daripada kerajaan negeri, projek tanaman halia yang diusahakan oleh Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad itu turut dibantu dan dibimbing oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Daerah Pendang Selatan. Kerjasama agensi tersebut adalah penting bagi memastikan hasil keluaran halia dapat memenuhi piawaian kualiti seperti yang dikehendaki oleh pasaran. Semua hasil tuaian halia turut ditempah dan dibeli sepenuhnya oleh PPK bagi memenuhi pasaran tempatan.
» Semua hasil tanaman dibeli dan dipasarkan oleh PPK Daerah Pendang Selatan.
12 PELANCAR Mac 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease