Peluang Koperasi Ceburi Industri Tenusu Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Dato’ Abdul Fattah dan Pengerusi KOMARDI Dato’ Dr. Azizan (dua dari kanan) menunjukkan nota MoU yang ditandatangani mengenai Projek Heifers Park. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin (paling kiri) .
Industri tenusu di negara ini kini mula menunjukkan permintaan yang memberangsangkan daripada segenap lapisan masyarakat. Permintaan yang menggalakkan ini telah membuka peluang lebih luas kepada penternak lembu susu khususnya koperasi untuk menghasilkan produk tenusu sekaligus memberi pulangan tinggi kepada mereka.
Menyedari kepentingan ini, ANGKASA telah mengambil inisiatif mewujudkan jalinan kerjasama dalam industri tenusu ini dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Mardi Berhad (KOMARDI) menerusi Projek Heifers Park iaitu Projek Pengeluaran Anak Lembu Tenusu Dara Pengganti Bunting Komposisi Baka Kacukan Friesian Jersey yang berkualiti tinggi. Bentuk kerjasama ini direalisasikan menerusi satu Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara kedua-dia pihak yang diwakili Presiden ANGKASA,
Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Timbalannya, Dato; Haji Kamarudin Ismail manakala KOMARDI diwakili Pengerusinya iaitu Dato’ Dr. Azizan Ab. Rashid. Kerjasama ini dapat membuka jalan ke arah usaha kedua- dua pihak untuk membangunkan industri tenusu negara dan secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan negara terhadap produk tenusu import. Ini termasuk memberi faedah dan manfaat kepada sektor koperasi dan penternak-penternak lembu termasuklah menghasilkan kualiti baka bermutu tinggi setanding luar negara, kos belian baka yang lebih murah dan pengeluaran susu yang lebih tinggi.
14 PELANCAR Mac 2019
14 PELANCAR Mac 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease