Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

menjadi Perniagaan Sektor (CEP 1) bagi Sektor Pertanian Dan Industri Asas Tani,” katanya. Katanya, di samping itu, ANGKASA juga akan menjalin kerjasama denganNational Agricultural Co-operative Federation (NACF), Korea dari segi pemindahan teknologi dan kepakaran ke arah penternakan yang lebih sistematik. Beliau menyeru koperasi supaya mengambil peluang mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan khususnya bagi merealisasikan pembangunan industri

» Dato’ Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan pada Majlis MoU Di Antara ANGKASA Dengan KOMARDI mengenai usahasama Projek Heifers Park.

tenusu ini. Banyak kemudahan yang disediakan pihak kerajaan melalui agensi-agensi seperti Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA), SKM, Jabatan Veterinar dan Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi merealisasikan pembangunan industri tenusu ini. “Melalui kerjasama ini juga, diharap akan menjadi titik permulaan bagi pembangunan industri tenusu yang lebih

» Pengerusi KOMARDI Dato’ Dr. Azizan (dua dari kanan) menerangkan produk susu berperisa coklat yang dihasilkan oleh KOMARDI kepada, Dato’ Abdul Fattah dan Dato’ Haji Kamarudin.

Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, ANGKASA sentiasa mengalu-alukan kerjasama seumpama ini, bukan sahaja sesama koperasi tetapi dengan sektor awam dan juga swasta. Penglibatan koperasi dalam projek ternakan lembu tenusu ini juga bertepatan dengan matlamat yang digariskan di bawah “National Key Economic Area” (NKEA). “ANGKASA sentiasa berusaha meningkatkan penglibatan koperasi dalam bidang penternakan lembu dengan mewujudkan koloni-koloni di bawah projek berkelompok koperasi. Untuk makluman, kerjasama ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah berjaya membentuk koloni-koloni di bawah projek berkelompok koperasi iaitu Koloni Mersing, Johor (Gabungan 10 buah koperasi); Koloni Gadong (KOMARDI) dan Koloni Londah, Negeri Sembilan (tiga buah koperasi). “Kesinambungan daripada kejayaan membentuk koloni ini, ANGKASA dengan KOMARDI mengadakan usahasama membangunkan projek ‘Heifers Park’ iaitu mengeluarkan baka lembu tenusu sendiri. Justeru, projek ‘Heifers Park’ ini dipilih

produktif dan mampu meningkatkan pendapatan koperasi. “Justeru, ANGKASA akan terus berusaha mencari jalan untuk membantu meningkatkan penglibatan koperasi dalam industri ini. Kejayaan gerakan koperasi tidak dijayakan oleh sebuah koperasi sahaja tetapi oleh seluruh gerakan koperasi di Malaysia,” katanya. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Tenusu, Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan, Jabatan Veterinar, Dr. Yuslan Saruddin; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md Yusof Haji Shamsudin dan Pengurus Besar Bahagian Perladangan, Pertanian dan Asas Tani ANGKASA, Encik Hasnan Mustapha serta barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian Perladangan, Pertanian & Asas Tani ANGKASA.

15 Mac 2019 PELANCAR 15 PELANCAR

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease