Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
Pelajar Yayasan ANGKASA Pelapis Harapan Koperasi Majlis Penyerahan Kontrak Pelajar Yayasan dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2019
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang, Safwana Afiqah Mahmood.
Seramai 112 pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd) dari seluruh negara, menerima dokumen kontrak pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi 2018 hingga 2019. Tujuh daripada pelajar yang tamat pengajian menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.
Presiden ANGKASA, Dato ‘ Abdul Fattah Abdullah berkata, Yayasan ANGKASA bertanggungjawab menyediakan kemudahan boleh ubah iaitu biasiswa buat ahli koperasi dan anak-anak mereka bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam negara. Kita berharap penerima pembiayaan Yayasan ANGKASA menjadi satu keluarga koperasi dan sedia menyumbang tenaga atau sekurang-kurangnya berkongsi ilmu pengetahuan bagi membantu meningkatkan pendapatan sektor koperasi,” ujarnya.
Koperasi juga turut diseru agar dapat menyumbang kepada dana pendidikan Yayasan ANGKASA kerana selain dapat memakmurkan lagi pembangunan modal insan koperasi, sumbangan tersebut juga diberi pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bagi memastikan kecemerlangan berterusan pelajar, sebanyak empat program tahunan dianjurkan semasa cuti semester dan wajib diikuti iaitu program motivasi, kaunseling, kursus persediaan mendapat pekerjaan dan program keusahawanan pelajar. ANGKASA sendiri
16 PELANCAR Mac 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease