Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

REAKSI PELAJAR

Fara Najwa Zai Effendy Pendidikan Perakaunan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Shanta Naggappan Kejuruteraan Petroleum Universiti Teknologi PETRONAS

Efred Jakius Pengurusan Universiti Sains Malaysia

“Bersyukur kerana mendapat tajaan daripada ANGKASA. Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada ANGKASA, kerana ditawarkan pembiayaan ini. Saya juga berazam untuk mendapatkan keputusan kelas pertama dalam pengajian supaya berpeluang menyumbang dana kepada Yayasan pada masa hadapan. Saya juga turut menyimpan cita-cita untuk menyumbang tenaga, dengan mengajar anak-anak anggota gerakan koperasi khususnya dalam bidang perakaunan”.

“Peluang yang diberikan dapat membantu menampung kos pengajian di universiti. Saya bersyukur kerana mendapat tawaran pembiayaan ini dan menyeru kepada semua untuk mengambil peluang ini bagi menampung biaya pendidikan. Saya akan berusaha untuk memastikan keputusan cemerlang dan menjadikan bantuan ini diubah kepada biasiswa. Pembiayaan itu benar-benar mampu mengurangkan beban ibu bapa saya dan kami amat menghargainya. Terima kasih”.

“Walaupun mempunyai pilihan lain dalam mendapatkan pembiayaan pengajian di IPTA, saya tetap memilih Yayasan ANGKASA. Ini kerana Yayasan ANGKASA menawarkan pembiayaan dengan tidak mengenakan faedah, malah boleh diubah kepada biasiswa jika memperoleh keputusan yang cemerlang. Justeru, selepas berjaya terpilih sebagai penerima pembiayaan itu, saya amat bersyukur dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada ANGKASA serta akan berusaha gigih untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan ”.

Mohd Faiz Mustafa Psikologi Open University Malaysia, Kedah

Abdul Muaz Abdul Mansor Kejuruteraan Awam Universiti Islam Antarabangsa

Nursyafiqah Norsofian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Malaysia Pahang

“Saya menyimpan hasrat untuk melibatkan diri secara serius dalam koperasi khususnya dalam menjalankan aktiviti sukarelawan bagi berkongsi idea dan pada masa yang sama dapat menyumbang tenaga bagi meningkatkan kejayaan koperasi. Saya juga sedia memberi khidmat sebagai kaunselor kepada koperasi yang memerlukan, khususnya dalam aspek farmaseutikal dan ubat-ubatan memandangkan saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan kini sedang bekerja sebagai jururawat penyelidikan di Hospital Sultanah Bahyah, Alor Setar, Kedah”.

“Saya berasa amat bersyukur kerana berjaya mendapat pembiayaan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan faedah dan boleh diubah menjadi biasiswa. Saya berazam untuk menggunakan peluang tersebut dengan menjadi pelajar cemerlang. Saya mempunyai minat dan pengalaman dalam bidang pertanian. Saya berazam untuk berkongsi kelebihan ini bagi membantu sektor koperasi yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri asas tani secara langsung”.

“Saya sedia untuk memberi bekerjasama dengan Yayasan ANGKASA dalam apa juga program yang dijalankan berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman sebagai fasilitator. Sebagai membalas jasa ANGKASA yang memberi peluang pembiayaan pelajaran ini, saya berhasrat untuk terus membantu gerakan koperasi khususnya dalam bidang kejuruteraan sivil, pembangunan cawangan koperasi, infrastruktur perumahan dan khidmat rundingan”.

20 PELANCAR Mac 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease