Tujuan perlaksanaannya adalah untuk membangunkan Modul Integriti Koperasi bagi program kesedaran anti rasuah yang meliputi Tadbir Urus Koperasi, Liabiliti Korporat, Pencegahan Rasuah dan Pendedahan serta Pencegahan Kepentingan dalam koperasi. Selain itu, ia juga adalah bagi mengukuhkan lagi integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan operasi harian bagi proses dan prosedur perniagaan koperasi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang pentingnya amalan tadbir urus yang baik, berintegriti dalam menguruskan koperasi serta kepentingan Anti Rasuah dalam Sistem Pengurusan (ABMS). Sepanjang bengkel berlangsung, pelbagai isu diperbincangkan dan antaranya ialah tentang kesalahan-kesalahan rasuah menurut Akta SPRM 2009 dan risiko kepada anggota koperasi, penyelewengan dalam perolehan kerajaan dan langkah pencegahan jenayah rasuah, perlindungan pemberi maklumat dan saksi kes rasuah serta kesalahan rasuah organisasi komersial (Korporat Liabiliti). Taklimat berkaitan sistem piawaian dikenali sebagai Malaysian Standard MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) atau Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001:2016 turut dibentangkan oleh Pengurus Besar Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim. Menurut beliau, standard ini diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam menggalakkan amalan tadbir urus yang baik untuk sesebuah koperasi bagi melaksanakan sistem pengurusan anti rasuah yang berkesan. Sebelum berakhirnya bengkel, perbincangan serta latihan dalam kumpulan telah diadakan bagi mencari jalan penyelesaian tentang isu rasuah dalam kalangan anggota koperasi. Peserta juga turut menyatakan keterujaan dan berpuas hati kerana dapat menghadiri bengkel sebegini yang banyak memberi pengetahuan, pengalaman serta manfaat yang berguna untuk dibawa pulang ke koperasi masing-masing.
» Pengurus Besar Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim.
» Peserta bengkel di sesi perbincangan dalam kumpulan.
» Antara peserta yang hadir di bengkel tersebut.
Harapan mereka agar bengkel integriti koperasi ini dapat diperluaskan lagi ke seluruh negara agar matlamat dan inspirasi koperasi negara dalam menangani isu rasuah tercapai.
Mac 2019 PELANCAR
23
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease