Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

Selain itu, pelbagai perkara berkaitan tadbir urus koperasi sekolah juga dapat dibentang dan dikongsi selain membincangkan tentang permasalahan, cadangan serta strategi yang lebih berkesan menerusi perkongsian bersama selain khidmat nasihat serta panduan yang boleh diperoleh secara terus dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri. Turut terlibat dalam majlis dialog tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor merangkap Jawatankuasa Bahagian Koperasi Sekolah, Dato’ Mohd Alias Hamzah dan Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Sazali Baharudin. Selain sesi dialog bersama Presiden ANGKASA, program yang berlangsung selama sehari itu juga turut diisi dengan beberapa siri pembentangan kertas kerja dan taklimat oleh pihak ANGKASA dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia selain pengalaman langsung oleh dua buah koperasi sekolah iaitu Koperasi SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) Tanah Merah Berhad dan Koperasi SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi Berhad. Majlis Dialog Pengetua Negeri Sembilan 2019 telah diadakan di Seremban pada Februari lalu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Majlis Dialog Pengetua Negeri Kelantan 2019 juga turut diadakan di Kota Bharu dan dihadiri oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

» Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan) bersama Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (dua dari kiri) sewaktu merasmikan Majlis Dialog Pengetua Negeri Sembilan 2019.

» Peserta juga berpeluang untuk mengajukan soalan selain berkongsi pandangan.

» Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tengah) bersama Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (kiri) sewaktu merasmikan Majlis Dialog Pengetua Negeri Kelantan 2019.

Mac 2019 PELANCAR

27

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease