Dari Meja Presiden
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Salam Sejahtera
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pada bulan Mac dan April 2019, bermulalah episod Persidangan Negeri (PN). Bermula pada 12 Mac 2019 untuk PN Selangor dan berakhir pada 27 April 2019 bagi negeri Sabah. Di sinilah bermula segalanya. Perwakilan dari koperasi ahli ANGKASA akan berkumpul dan bermesyuarat bagi menunaikan tanggungjawab mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA. Menurut Perkara 45 UUK ANGKASA, “Persidangan Negeri hendaklah diadakan sekali pada tiap-tiap tahun dan setiap koperasi ahli dalam negeri berkenaan berhak menghantar perwakilan” berdasarkan syarat-syarat yang termaktub dalam perkara ini. Ini bermakna, setiap koperasi ahli ANGKASA perlu menghantar perwakilan untuk hadir ke PN sebagai tanda menunaikan tanggungjawab selaras dengan UUK ANGKASA. Melalui PN, perwakilan dapat memberikan pandangan dan menyuarakan perkara berkenaan koperasi di samping membina jaringan perniagaan dari kalangan koperasi yang hadir. Di sinilah kekuatan koperasi. Kita bersatu di bawah satu gagasan yang mendokong aspirasi bersama. Kita mempunyai impian yang sama, iaitu mensejahterakan anggota khususnya dan masyarakat amnya. Ambillah peluang ini (menyertai PN), untuk kita bersama- sama memikirkan bagaimana untuk melonjakkan momentum pergerakan koperasi supaya mampu memberikan impak yang besar kepada ekonomi negara. PN merupakan wadah utama kita bersatu menyatakan pendirian terhadap sesuatu perkara dan mencapai kesepakatan untuk melaksanakan pembangunan koperasi di peringkat negeri. Hasil kesepakatan ini akan diangkat ke peringkat kebangsaan melalui Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) yang dijangka akan diadakan pada penghujung Jun 2019. Inilah kepentingan PN. Segala isu yang melibatkan koperasi, boleh dikupas secara tuntas untuk mencari penyelesaian dan membentangkan pelan tindakan ke hadapan untuk pembangunan koperasi. Tiada wadah terbaik selain daripada kita berkumpul bersama di samping mengeratkan silaturahim, membangun bersama dan menikmati manfaat bersama. Jagalah etika persidangan supaya persidangan dapat dijalankan mengikut aturan yang telah ditetapkan. Jagalah tatasusila supaya persidangan dapat dijalankan dengan penuh harmoni. Selamat Bersidang.
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Mac 2019 PELANCAR
1
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease