Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

Konsortium Bantu Sedia Rumah Mampu Milik Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

» Perwakilan koperasi merakam kenangan bersama Ahli Lembaga dan perwakilan yang hadir

Sebanyak 26 koperasi yang terlibat dalam bidang hartanah dan industri binaan bergabung di bawah Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad bagi membentuk satu jaringan ekonomi dan aktiviti pembangunan hartanah yang lebih berimpak tinggi.

Jaringan tersebut juga akan turut berperanan untuk saling membantu koperasi dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan dan pemasaran khususnya menerusi aktiviti pembangunan hartanah dan industri binaan secara amnya, selain membantu menyediakan kediaman buat anggota-anggota koperasi. Demikian menurut Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili Presiden ANGKASA sewaktu melahirkan harapan tersebut menerusi ucapan yang disampaikan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Pertama Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad di Shah Alam, pertengahan Disember lalu. Katanya, kerjasama dalam kalangan koperasi tersebut juga dilihat sebagai sangat penting bagi menyediakan perkhidmatan konsultasi teknikal sekaligus membolehkan kepakaran, kemahiran

» Anggota mengajukan pertanyaan.

28 PELANCAR Mac 2019

28 PELANCAR Mac 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease