Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

dan pengalaman koperasi dalam industri hartanah dan bahan binaan dimanfaatkan secara optimum demi pembangunan sektor koperasi. Selain itu, melalui rangkaian yang terlibat, pelbagai program boleh dirancang dan dijayakan bagi membentuk jaringan perniagaan berimpak tinggi antara koperasi dengan koperasi, pihak kerajaan mahupun swasta. Sehingga Jun 2018, terdapat 301 buah koperasi terlibat dalam aktiviti perumahan dan 250 koperasi pula terlibat dalam aktiviti pembinaan yang menyumbang perolehan keseluruhan sebanyak RM308 juta, aset sebanyak RM1.4 bilion, jumlah syer sebanyak RM250 juta dan keanggotaan individu seramai 211,075 orang. Bidang hartanah juga memerlukan modal yang besar untuk dilaksanakan. Menurut kajian semula Dasar Koperasi Negara (DKN), penubuhan konsortium merupakan strategi bagi sektor melangkah jauh menceburi bidang berimpak tinggi dalam skala yang lebih besar. Antara aktiviti yang diberi keutamaan oleh DKN dan sasaran pertumbuhannya adalah pemilikan bangunan komersial dan perumahan iaitu sebanyak enam peratus, pelaburan hartanah 10 peratus, pemilikan dan pajakan tanah sebanyak enam peratus, industri pembinaan 10 peratus dan pelaburan amanah hartanah lima peratus. Dalam tempoh 2016 hingga 2020, sektor tersebut disasarkan menyumbang RM22 bilion kepada perolehan koperasi, seterusnya diharapkan mencapai RM50 bilion sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sebanyak 1,017 buah koperasi disasarkan terlibat dalam sektor ini. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan juga berharap agar ANGKASA dapat memperkukuh rantaian nilai dengan agensi kerajaan dan merancakkan pemadanan perniagaan dengan sektor awam dan swasta.

» Sebahagian perwakilan koperasi yang hadir.

Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohamad Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Johor merangkap Setiausaha Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad, Haji Sazali Abdul Hamid; Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Hartanah ANGKASA, Che Yusof Che Mustafa dan Pengurus Besar KOPSYA, Puan Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta.

Mac 2019 PELANCAR

29

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease