Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

» Bergambar bersama-sama pelajar perempuan yang menerima sumbangan tudung dan alat tulis.

Sementara itu, ANGKASA melalui Program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) turut menyumbangkan tudung, kain pelikat, Al-Quran Terjemahan Bahasa Khmer dan peralatan sekolah kepada murid-murid Sekolah Kbal Boeng Sih, Kor Commune, Daerah Tboung Khmum, Kemboja. Setiausaha Kementerian Luar Bandar Cambodia, Puan Math Mara merasmikan siri keempat Program Sejuta Tudung anjuran ANGKASA tersebut dan amat berbesar hati dengan sumbangan ANGKASA untuk memartabatkan masyarakat Muslim minoriti di Kemboja.

“Kami amat mengalu-alukan usaha sebegini dari mana-mana pihak yang sudi membantu masyarakat muslim minoriti yang miskin dan kurang bernasib baik di sini untuk mendalami agama Islam dengan lebih sempurna,” katanya. Sementara itu, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, setakat ini sudah 50 ribu helai tudung diberikan kepada komuniti muslim di Kemboja dan lebih banyak lagi akan dibawa selepas ini. “Usaha ini amat bersesuaian dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu prihatin terhadap masyarakat dan kita berharap usaha yang tidak seberapa ini dapat membantu masyarakat yang lebih memerlukan di sini. Kami mahu membuktikan bahawa koperasi mampu menjadi instrumen penting dalam membantu masyarakat lebih-lebih lagi umat Islam sebagaimana yang dituntut oleh agama,” katanya. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama baik yang diterima daripada pihak kerajaan Kemboja dan amat teruja dengan sambutan meriah yang diterima. Seramai 1,500 murid dari enam buah sekolah di daerah tersebut termasuk penduduk kampung hadir menerima sumbangan berupa 700 helai tudung, 300 helai kain pelikat, Al-Quran Terjemahan Bahasa Khmer dan peralatan sekolah. Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dr. Mohd Azlan Yahya, Penasihat Dewan Rakyat Kemboja, Encik Sman Teath, Naib Gabenor Tboung Kmom, Keng Bunna dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah.

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah mendengar taklimat.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan sumbangan berupa kain pelikat kepada salah seorang penduduk Kbal Boeng Sih.

Mac 2019 PELANCAR

31

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease