Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
» Dato’ Abdul Fattah menyerahkan sumbangan Tabung Kemanusiaan Rohingya berjumlah RM92,040.20 kepada Encik Khaidir Majid.
Tabung Kemanusiaan Rohingya oleh koperasi sebanyak RM92,040.20 telah diserahkan kepada wakil Media Prima dalam sebuah majlis yang diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Januari lalu. Sumbangan tersebut merupakan hasil inisiatif ANGKASA yang dilancarkan sejak September 2017 sebagai saluran untuk anggota koperasi seluruh negara menghulurkan sumbangan. Koperasi Turut Sumbang Tabung Kemanusiaan Rohingya
Sumbangan disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah kepada Pengarang Kumpulan BH, Encik Khaidir Majid. Wang sumbangan tersebut akan diberi kepada badan bukan kerajaan khususnya Mercy Malaysia yang melakukan misi bantuan perubatan dan kemanusiaan di Myanmar. Media difahamkan, Mercy Malaysia akan menggunakan wang tersebut untuk pembinaan klinik di Rakhine, Myanmar. Menurut Dato’ Abdul Fattah, program tabung kutipan anjuran ANGKASA bukan sahaja dibuat untuk membantu pelarian Rohingya, malah turut melibatkan mangsa bencana seperti taufan di Filipina dan gempa bumi di Sulawesi, Indonesia.
Katanya, ANGKASA juga turut mengalu-alukan kolobrasi dengan pihak Media Prima Berhad dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial koperasi (CSR) dan bekerjasama dalam program kesukarelawanan melalui Rakan Sukarelawan Coop Malaysia yang digerakkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
Mac 2019 PELANCAR
33
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease