» Rambai Guest House dan kedai dobi milik Koperasi Keluarga Haji Abdullah Besut Berhad.
» Rombongan melawat Pusat Dialisis Lestari milik Koperasi Warga USM Kelantan Berhad.
Lawatan sekumpulan 29 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, warga kerja ANGKASA Negeri dan wakil-wakil koperasi ahli ANGKASA Negeri Sembilan ke koperasi-koperasi berkenaan adalah bertujuan menimba ilmu berkoperasi, berkongsi pengalaman kejayaan koperasi serta mengeratkan ukhuwah anggota koperasi. Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (KoopGuru) yang berada pada kedudukan ke - 48 Indeks 100 Koperasi Terbaik Tahun 2018 adalah sebuah koperasi kredit yang berjaya sejak didaftarkan pada 11 September 1940 di atas nama Sharikat Tolong Menolong Penjimatan Bagi Guru Guru Sekolah Melayu Kerajaan Kelantan Dengan Tanggongan Bersakat oleh pengasasnya YM Tengku Mahmood Mahyiddin yang merupakan Penguasa Pelajaran Kelantan pada ketika itu. Dengan keanggotaan lebih 10,000 orang, koperasi turut mengembangkan aktiviti koperasi dengan menceburi bidang hartanah dan perumahan, perhotelan, Ar-Rahnu, kedai tayar serta memiliki anak syarikat dikenali Bakti Guru Sdn. Bhd. Rombongan juga mengambil kesempatan melakukan kunjungan ke Pusat Dialisis Lestari milik penuh Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA). Istimewanya koperasi ini, COOPUSMA berada di bawah program ANGKASA melalui Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan dan ia dilihat mampu mengukuhkan pembangunan aktiviti dan perkhidmatan dalam rangkaian koperasi di Malaysia. COOPUSMA dimiliki sepenuhnya oleh kaum Bumiputera dan secara keseluruhannya menawarkan perkhidmatan seperti kemudahan kredit, Coop Mart (Peruncitan), Kopitiam Lestari (Makanan), Kompleks Perkembangan Kanak-kanak (ECCE) dan Unit Rakan Bayi, Perkhidmatan Kesihatan (Ambulans, Sports Rehab & Home Care), Kilang Air Osmosis Lestari, Kays Exclusive Motel (Hotel Bajet), E-Coopmart (E-Dagang), Hartanah dan Penyewaan Bangunan serta memiliki anak syarikat iaitu Pusat Dialysis Lestari (Subsidiari Milik Penuh COOPUSMA), Farmasi Lestari Sdn. Bhd (Subsidiari Milik Penuh COOPUSMA dan Telipot Medical Centre (TMC) Sdn. Bhd. (51% milik COOPUSMA). Koperasi Keluarga Haji Abdullah Besut Berhad yang terletak di Kampung Alor Keladi Besut, Terengganu yang didaftarkan pada 11 April 2017 lalu kini aktif mengusahakan kedai dobi, kedai serbaneka dan memiliki tiga homestay.
» Bergambar di bangunan ANGKASA Negeri Terengganu.
Manakala Koperasi Ummu Wahidah Terengganu Berhad (KUWAT) merupakan satu badan gerakan Koperasi Ibu Tunggal Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada 20 Jun 2006 oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Tunggal Terengganu (PITT) dan bernaung di bawah badan bukan kerajaan (NGO) tersebut. Antara aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh anggota koperasi adalah menjalankan penanaman pokok stevia; lebah madu kelulut; mengeluarkan produk minyak pati gelam; kraf tangan dan tenunan songket dan produk makananan. Walaupun koperasi ini terdiri daripada ibu tunggal, namun matlamat penubuhan koperasi untuk meningkatkan ekonomi anggota berjaya dicapai kerana penglibatan anggotanya dalam penghasilan produk dan peranan koperasi sebagai ejen pemasaran. Lawatan ini sedikit sebanyak telah memberi informasi dan inspirasi kepada peserta rombongan berkaitan keupayaan koperasi khususnya wanita untuk melangkah lebih jauh. Hasil lawatan ini juga telah mewujudkan kerjasama di antara Koperasi Wanita Wawasan Negeri Sembilan Berhad dengan Koperasi Ummu Wahidah Terengganu Berhad bagi pengedaran produk dari kedua-dua buah koperasi tersebut. Hari terakhir rombongan turut melakukan kunjungan ke Pejabat JPAN Terengganu. Rombongan diraikan oleh Timbalan Pengerusi JPAN Negeri Terengganu, Haji Yaakub Mohd @ Abdul Mutalib Mat dan Ahli JPAN Negeri Terengganu, Hajah Esah Omar dan Cik Rosnida Awang serta warga kerja ANGKASA Terengganu.
Mac 2019 PELANCAR
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease