Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

1. Pengurusan pentadbiran koperasi yang cekap. 2. Pembentukan jati diri yang amanah, telus, bertanggungjawab dan bekerjasama. 3. Pembentukan aspek keusahawanan.

Komitmen ALK yang terpilih untuk bertugas di koperasi (guru dan pelajar) amatlah menggalakkan. Mereka ini bertugas di kedai koperasi tanpa dipengaruhi oleh upah. Menurut salah seorang petugas pelajar, keseronokan bekerja di koperasi selain menimba ilmu perniagaan adalah antara sebab yang menarik minat mereka untuk terlibat dalam koperasi. Jurujual koperasi akan diberi kebenaran untuk berada di koperasi 10 minit sebelum waktu rehat untuk membolehkan mereka membuat persiapan terlebih dahulu sebelum koperasi beroperasi. Jurujual juga turut diberi sagu hati bertugas. Namun, disebabkan minat dan keseronokan bertugas dengan rakan-rakan di koperasi, mereka tidak terlalu mengharapkan pemberian saguhati bertugas. Selain itu, tiada paksaan untuk mereka bertugas di koperasi kerana mereka kebanyakannya adalah ahli Kelab Koperasi SMK Bintulu Berhad. Koperasi SMK Bintulu Berhad mempunyai dua ruang kedai iaitu ruang untuk jualan makanan dan minuman dan ruang untuk jualan kelengkapan pelajar seperti barangan penjagaan diri, alatan asrama, buku-buku rujukan selain buku tulis dan alatulis. Koperasi turut menjual baju-baju kokurikulum, baju rumah sukan, baju asrama dan pas keluar asrama. Kekuatan Koperasi SMK Bintulu Berhad adalah pada bilangan pelajar yang ramai dan kuasa beli pelajar yang tinggi. Pelajar turut diberi motivasi dan pengetahuan tentang peranan koperasi kerana melalui koperasi, faedah dan keuntungan yang diperoleh akan dipulangkan semula kepada anggota koperasi melalui pengagihan dividen dan bonus selain pengagihan dalam kumpulan-kumpulan wang tertentu seperti Kumpulan Wang Kebajikan, Kumpulan Wang Pendidikan, sumbangan kepada sekolah dan banyak lagi yang mana peruntukan tersebut digunakan untuk pembangunan koperasi, sekolah serta warga Koperasi SMK Bintulu Berhad secara amnya. Selepas selesainya sesi jualan, guru dan pelajar akan mengira wang jualan dan mengisi semula stok barangan yang terjual. Selain itu, koperasi turut mengadakan Jualan Perdana secara besar-besaran selama seminggu bagi memudahkan ibu bapa untuk membeli keperluan asrama dan kelengkapan sekolah anak-anak mereka. Koperasi turut menjadi ejen Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selain menjual majalah keluaran DBP kepada sekolah-sekolah lain di sekitar Bandar Bintulu.

Pada masa sekarang, jumlah Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi SMK Bintulu Berhad adalah seramai lapan orang guru dan empat orang pelajar manakala jumlah guru koperasi adalah seramai 19 orang dan dibantu oleh 42 orang jurujual koperasi yang terdiri daripada para pelajar. Modal syer koperasi adalah sebanyak RM12,015.20. Jumlah aset koperasi RM367,398.59. Kerja berpasukan dan integriti menjadi dua elemen penting yang menjurus kepada kejayaan Koperasi SMK Bintulu Berhad. Matlamat, visi, misi serta objektif koperasi tidak akan tercapai sekiranya kerja berpasukan tidak diamalkan. Semangat dalam kerja berpasukan amat perlu demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat berlandaskan objektif koperasi yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, secara tidak langsung akan membangkitkan motivasi dalam kalangan anggota dan anggota lembaga untuk bergerak seiring bagi mencapai hasrat dan kejayaan. Anggota pasukan perlu benar-benar faham tentang peranan, kuasa dan tanggungjawab. Setiap anggota juga perlu memahami dengan jelas tentang hala tuju, objektif, misi dan visi koperasi yang menjadi pegangan mereka. Apabila anggota memahami peranan, tanggungjawab dan hak mereka serta memahami tujuan serta maksud sebenar penubuhan koperasi, maka mereka akan dapat memenuhi sasaran matlamat pembentukan pasukan. Kerja berpasukan adalah gabungan kebolehan, kemahiran dan pengalaman yang dilakukan secara bersepadu untuk menghasilkan output kerja yang lebih tinggi dari segi kuantiti dan kualiti berbanding usaha yang dilakukan secara individu. Oleh itu, menerusi kerja berpasukan, organisasi dapat mengharapkan peningkatan hasil yang maksimum berbanding dengan pertambahan kos dan penggunaan sumber yang minimum. Manakala dari segi integriti pula, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sama ada guru mahupun pelajar perlu memiliki nilai integriti yang tinggi. Anggota lembaga yang dipilih memegang amanah yang besar bukan hanya memajukan koperasi melalui perusahaan milik bersama, malah turut memegang amanah menguruskan kewangan yang anggota labur melalui pengurusan aset dan modal yang dilabur oleh anggota.

Koperasi SMK Bintulu Berhad banyak menerima anugerah atas pencapaian yang ditunjukkan. Antara penghargaan yang diterima adalah seperti:

Tahun

Anugerah

2001 - 2010

Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sarawak Bagi Sekolah Asrama Kategori A

2011

Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2011 Tempat Ketiga Bagi Sekolah Asrama Kategori A

2014 2015 2016

Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Sarawak Tahun 2014 Anugerah Koperasi Cemerlang Tahun 2015 Kategori Sekolah Anugerah Koperasi Terbaik Koperasi Sekolah Tahun 2016 (Tempat Pertama) Anugerah Koperasi Cemerlang Tahun 2015 Kategori Sekolah

2018

Mac 2019 PELANCAR

37

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease