Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

Wawancara khas bersama Hajah Noorizan Abdul Latif Penerima Anugerah Tokoh Koperasi Sekolah Sepanjang Hayat

Jadikan Koperasi Sekolah Asas Pembinaan Nilai Moral Tinggi

1. Terlebih dahulu sekalung tahniah diucapkan atas Penganugerahan Tokoh Koperasi Sekolah Sepanjang Hayat bagi tahun 2018. Kegigihan Hajah dalam membangunkan koperasi sekolah dan pada masa yang sama menjawat jawatan penting dalam Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan memperlihatkan kesungguhan dan minat yang tinggi terhadap agenda Gerakan Koperasi Negara. Terima kasih. Minat saya terhadap gerakan koperasi tercetus apabila saya telah diberi tanggungjawab buat pertama kali oleh Guru Penolong Kanan saya ketika itu untuk membantu menyelesaikan masalah kerugian yang dihadapi oleh koperasi sekolah kami.

Alhamdulillah, kami berjaya membawa koperasi sekolah keluar daripada kemelut kewangan yang dihadapi apabila anak-anak pelajar yang menjadi Anggota Lembaga Koperasi (ALK)dan pembantu kedai dididik berpegang kepada prinsip sadik, telus dan amanah. Saya mula mencari punca bagaimana koperasi sekolah boleh mencatat kerugian sedangkan dari segi pelanggannya memang sudah tersedia iaitu terdiri daripada guru, kakitangan dan pelajar. Punca kenapa koperasi sekolah boleh mencatat kerugian sedangkan daripada segi pelanggannya memang sudah tersedia yang terdiri daripada guru, kakitangan dan para pelajar. Hasrat ini menjadi kenyataan apabila saya dilantik menjadi Pengetua di SMK Serting Hilir

Mac 2019 PELANCAR

41

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease