Kompleks pada tahun 2003 dan SM Sains Tuanku Jaafar pada tahun 2006. Sebagai Pengetua saya juga dipertanggungjawabkan menjadi Pengerusi koperasi sekolah sudah tentu saya dapat memberikan perhatian dan dapat mempelbagaikan aktiviti perniagaan dengan sokongan padu daripada ALK yang sangat berdedikasi dan mempunyai minat yang mendalam terhadap koperasi.
2. Adakah masih ada agenda tertentu dalam gerakan koperasi
sekolah yang masih belum tercapai dan mahu diperjuangkan?
Saya sebenarnya mahu membantu
koperasi-koperasi sekolah untuk mendapat perolehan RM1 juta dan mencapai sasaran 50 buah koperasi sekolah dengan perolehan tersebut seperti yang dihasratkan oleh ANGKASA. Selain daripada itu, saya juga ingin melihat koperasi sekolah menjadi wadah pembinaan asas nilai moral yang tinggi dalam kalangan rakyat. Kalau kita lihat di negara-negara lain, koperasi merupakan satu subjek atau mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar. Sejak muda lagi mereka mempunyai pemahaman yang komprehensif mengenai koperasi. Saya mahu melihat anak-anak muda kita melibatkan diri dalam koperasi dengan niat untuk berkongsi manfaat melaluinya dan bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan wang ringgit. 3. Inter School Co-operative Tourism of ANGKASA (ISTAC) dilihat berpotensi menaikkan nama koperasi sekolah ke persada dunia. Bagaimana Hajah melihat perkara ini dari sudut penambahbaikan? Pada pandangan saya, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara mempunyai potensi dan peluang yang besar untuk menjayakan ISTAC ke tahap yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai ruang dan peluang yang membolehkan mereka menerima tetamu dalam jumlah yang besar. Oleh itu, untuk tujuan penambahbaikan, Pengetua- Pengetua SBP perlu diberi kefahaman yang jelas tentang ISTAC dan bagaimana mereka boleh mengambil peluang menjana pendapatan koperasi melalui program ini.
Koperasi sekolah juga boleh memberikan insentif kepada ALK dalam kalangan pelajar sebagai tanda penghargaan dan komitmen serta dedikasi tinggi mereka dalam menggerakkan aktiviti perniagaan sekolah termasuklah program ISTAC. Insentif tersebut tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Secara tidak langsung, mereka akan merasakan bahawa usaha mereka dihargai dan akan lebih bersemangat untuk memajukan koperasi sekolah mereka. 4. Pada pandangan Hajah, apakah usaha yang perlu dilakukan bagi menanam minat pelajar terhadap prinsip dan perjuangan koperasi sekolah? Kita boleh mewujudkan kelab koperasi di sekolah. Ahli-ahli kelab boleh digerakkan secara berkumpulan untuk berjumpa pelajar dan memberi kefahaman yang jelas mengenai konsep dan prinsip koperasi. Apabila pelajar memahami apa itu koperasi dari segi fungsi dan objektifnya, maka akan lahir perasaan sayangkan koperasi mereka dan sudah tentu mereka berusaha membantu dan menjayakan aktiviti koperasi sekolah mereka. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Cabaran yang kita hadapi sekarang adalah pelajar tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai koperasi, maka akhirnya mereka lebih gemar berbelanja di luar. Sedangkan apabila kita bandingkan harga yang ditawarkan oleh koperasi sekolah dengan kedai di luar perbezaan harga jualan sebenarnya tidaklah begitu ketara dan ada antara barangan yang dijual di koperasi sekolah lebih murah.
42 PELANCAR Mac 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease