Wadah PELANCAR Edisi Mac 2019

5. Apakah harapan Puan terhadap masa depan gerakan koperasi sekolah?

Saya berharap suatu hari nanti, koperasi sekolah akan lebih berjaya dan menjadi gaya hidup serta wadah utama kepada pembangunan ekonomi diri, keluarga dan negara. Saya yakin Kementerian Pembangunan Usahawan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara akan terus memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya terhadap pembangunan koperasi sekolah di seluruh negara. Oleh itu, saya amat menggalakkan anak-anak muda yang telah menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi awam atau swasta untuk menceburi bidang keusahawanan dan tidak begitu bergantung kepada pendapatan yang diperoleh daripada makan gaji semata- mata. Segalanya bermula dengan kehendak, usaha dan kegigihan kita sendiri untuk mencapai kehidupan masa depan yang lebih cemerlang bersama koperasi.

» Hajah Noorizan Abdul Latif melihat Sijil Penghargaan Tokoh Koperasi Sekolah Sepanjang Hayat yang telah diterima sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2018 Peringkat Kebangsaan.

PROFIL

Nama

Hajah Noorizan Abdul Latif

Jawatan Sekarang

1) Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan (2013 – sekarang)

2) Pengerusi, Koperasi Wanita Wawasan Negeri Sembilan (2015 – sekarang) 3) ALK, Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan Berhad (2016 – sekarang) 4) Pengerusi, Koperasi Keluarga Hj. Abdul Latif Seremban Bhd. (2011 – sekarang) 5) Pengerusi, Biro Wanita ANGKASA Negeri (2009 – sekarang)

6) Jawatankuasa Teknikal Wanita ANGKASA 7) Jawatankuasa Sektor Komuniti ANGKASA

Asal

Labu, Seremban, Negeri Sembilan

Taraf Pendidikan

1) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia 2) Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi / HRD, Universiti Teknologi Malaysia 3) Post Graduate Certification of Education, Monash University 1) SMK Mantin, Mantin, Negeri Sembilan (1982 – 1989) 2) SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan (1990 – 1995) 3) SMKA Pedas yang kini dikenali sebagai SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas, Negeri Sembilan (1998 – 2004) 4) SMK Serting Hilir Kompleks, Jempol, Negeri Sembilan (2003 – 2005) 5) SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (2006 – 2017) 1) Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan 2) Anugerah Koperator Wanita Peringkat Kebangsaan (2015) 3) Anugerah Pengurus Teknologi Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan (2016) 4) Anugerah Tokoh Koperasi Sekolah Sepanjang Hayat (2018)

Pengalaman Kerja

Anugerah Yang Pernah Diterima

Mac 2019 PELANCAR

43

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease