Oleh : ABDUL WAHAB HAJI ALIAS KEUSAHAWANAN KOPERASI PERLU SENTIASA
Cabaran usahawan dan koperasi masa kini berbeza dengan cabaran pada tahun-tahun yang lalu. Kini, kita sedang dikelilingi oleh iklim perubahan permintaan yang sering berubah seiring dengan perubahan zaman. Keadaan ini pula ditambah dengan perkembangan melalui Revolusi Perindustrian yang memerlukan usahawan sentiasa fleksibel dan bersedia menongkah arus perubahan dalam permintaan dari pasaran.
Corak kepenggunaan dan pembelian oleh masyarakat pengguna juga banyak mengalami perubahan. Cita rasa dan corak pembelian pengguna mengalami perbezaan yang nyata. Perubahan cara hidup, penghijrahan masyarakat ke kota, wujudnya masyarakat kelas menengah dan pelbagai faktor lain telah membawa sumbangan yang besar dalam corak pembelian dan cita rasa. Khalayak pembeli sekarang lebih tertumpu kepada produk-produk “ekspres” dan segera. Adakah kita berbangga dengan kerepek pisang dalam beg plastik lutsinar diselitkan secabis kertas putih sebagai medium pembungkusan dan bahan promosinya. Persoalan di atas membawa kita kepada apa yang pasaran mahukan. Iklim perniagaan kini sedang mengalami perubahan dengan begitu mendadak sekali. Apa yang dahulunya begitu berjaya dilaksanakan, tidak lagi menjanjikan sinar yang sama pada masa kini. Dalam bidang pemasaran runcit contohnya, produk keluaran usahawan kecil yang tidak menepati piawaian pasaran semakin dipinggirkan. Agihan barangan yang dahulunya boleh berfungsi dalam skala kecil kini tidak lagi mampu lagi untuk bersaing dan diterima masyarakat pengguna. Wujudnya pemborong runcit berkapasiti tinggi telah menjadikan peruncit yang sebahagian besarnya melibatkan koperasi semakin hilang keupayaannya untuk bersaing dalam pasaran. Barangan dari pengeluar kepada pengguna akhir yang amalan kebiasaannya melibatkan fungsi peruncitan semakin dinafikan hak dan peranannya dalam sistem saluran agihan kerana dikatakan tidak mempunyai standard selain tidak mampu memenuhi kehendak pemborong yang mahukan harga belian lebih rendah.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yakin sumbangan perolehan sektor koperasi di seluruh negara tahun ini mampu mencapai jumlah RM48 bilion hasil kerancakan sektor tersebut pada masa kini. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, jumlah itu realistik untuk dicapai memandangkan perolehan yang dicatat bagi tempoh separuh pertama tahun ini (Januari hingga Jun) telah mencapai RM24 bilion. Dari segi pembangunan koperasi, masih banyak lagi usaha yang perlu dipertingkatkan oleh pihak kementerian. Walaupun Malaysia mempunyai koperasi yang besar dan sudah bertapak lebih dari 100 tahun di negara ini, masyarakat masih melihat koperasi sebagai sektor tempelan yang dipenuhi dengan golongan pencen. Kementerian mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mengubah persepsi masyarakat kerana sumbangan koperasi terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah signifikan kerana pada 2015, sumbangan koperasi terhadap KDNK ialah sejumlah RM37 bilion dan ia meningkat pada 2016 ke RM39 bilion. Kini, sektor koperasi disasar supaya dapat menyumbang RM55 bilion kepada KDNK menjelang tahun 2020. Dengan hampir 14 juta koperasi dan tujuh juta bilangan anggota di seluruh negara, sektor ini adalah salah satu tunjang yang perlu digerakkan secara serius kerana di Eropah, kebanyakan ekonominya dipacu oleh sektor koperasi berbanding dengan negara-negara di Asia yang kebanyakan ekonominya dipacu oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Diharapkan dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan, kesemua ini dapat disatukan demi memudahkan usahawan untuk menjalankan perniagaan mereka. Jika ingin dipisahkan secara pentadbiran, ia perlu mengikut jenis dan saiz perniagaan.
44 PELANCAR Mac 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease